°°Abang atau adik? Siapakah yang bakal menjadi pilihan°°
"Yeah hari ini ada ujian segak." Jerit Ikhwan mengegarkan satu kelas. Aku yang sibuk menyalin nota fizik turut terhenti, terkejut.Aku menguntum senyum lihat Uzair kembali aktif seperti biasa. Tiada lagi muka masamnya itu. Kepala digeleng-geleng perlahan menyambung kembali menyalin nota fizik.
"Weh jom pergi makmal fizik." Suara Tuan mula berkumandangan. Aku mengemas buku dan mengeluarkan buku teks dan buku latihan.
Mataku menangkap kelibat cikgu Uwais sedang naik tangga menuju ke kelas sebelah, cepat-cepat aku sembunyikan wajah. Aku mengeluh kecil, nasib baik. Ingatkan dia ingin bertemuku dan mengatakan jangan sukakan dia lagi.
"Eh aku ada nampak kelibat cikgu Uwais." Ujar Mimi yang berura keluar kelas. Aku mengangkat bahu sambil menjuih bibir. Tak mungkin dia mahu jumpa aku, dalam mimpi pun belum tentu dapat.
"Dia masuk bilik sebelah rupanya." Ujar Imran dari anak tangga. Aku mengunci pintu kelas, aku tinjaukan sedikit kelas sebelah. Cikgu Uwais sedang duduk dan bermain telefonnya. Fuh, aku mengurut dada menahan debaran.
Sejak semalam, pandangan mata cikgu Uwais semasa di dalam kelas padaku. Bila ada masa dia akan merenung wajahku lama. Itu yang menyebabkan dadaku terasa sesak, bahaya betul renungannya.
Habis saja waktu fizik kami semua diarah pergi ke dewan Tan Sri Isa untuk melakukan ujian segak. Aku mengukir senyum kecil bila nampak kelibat Huizhen yang sedang berborak beberapa rakan kelasnya, aku berlari anak menghampirinya.
"Weh lama ke tunggu aku." Soalku mula menghenyak punggung di lantai dewan bersebelahan Huizhen, dia mengeleng pelan.
"Tak adalah, aku baru aje sampai." Aku ber'o sambil mengangguk kecil. Rumput yang mula tumbuh di padang aku cabut sementara menunggu kehadiran guru. Aku mengangkat dagu bila bunyi tapak kaki orang berlari menuju ke arah kami.
"Huizhen, Huizhen." Dahiku berkerut bila Santesh rakan sekelas Huizhen berdiri di depan kami. Dia sedang mengambil nafasnya.
"Apa dia." Jawab Huizhen acuh tidak acuh.
"Badrul tanya, kau pandai tak cakap bahasa cina?." Ha! Pantas aku menoleh ke arah padang bola tampar. Figura Badrul melambai tangan dipandang jauh.
"Apa kau ni, weh Santesh kau pandang tak cakap bahasa Mela- india." Santesh terdiam sebelum mengangguk lalu menunjuk ibu jari pada kami. Dia berpusing lalu mengatur langkah meninggalkan kami.
"Dah lah jalan macam sotong, tanya pula soalan paling bodoh di dunia." Huizhen melampiaskan rasa menyampah dengan mengutuk Santesh, aku ketawa kecil sambil mengeleng kepala.
"Huizhen." Spontan aku melihat Santesh jauh itu sedang melakukan bahasa isyarat tetapi apa yang dia lakukan itu lebih kepada menari tarian sotong.
"Dah kenapa dengan dia tu macam orang terencat je aku tengok." Aku berkata sambil ketawa, Huizhen turut ketawa terbahak-bahak. Ketawaku automatik terhenti tatkala anak mata aku ditala ke bangunan bilik guru Pra-u. Bersusah payah aku menelan air liur melihat cikgu Uwais sedang berdiri dan anak matanya lurus ke arah kami.
"Huizhen cikgu Uwais pandang sini. Aku takut." Aku bergumam kecil. Hujung baju Huizhen aku tarik perlahan. Huizhen mengalih pandangannya padaku.
YOU ARE READING
Hot teacher ✔
Romance(BOOK EDISI CRUSH) Megat Uwais atau Megat Uzair? Siapakah yang bakal menjadi pilihan. [STATUS ;- COMPLETE] Start:- 20 May 2019 End:- 25 September 2019 Hak milik kepada Mina_Matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste, 100% my idea