°°Abang atau adik? Siapakah yang bakal jadi pilihan°°Aku mengeluh kecil melihat modul matematik tambahan, jam dikerling untuk melihat masa. 7.12 pagi. Masih ramai lagi pelajar belum masuk ke dalam kelas.
"Ana." Laju aku pusing kepala, wajah ceria Uzair di muka pintu aku pandang. Pelik pula dia hari ini dan awal datang ke sekolah.
"Ye." Kerusi ditarik lalu Uzair melabuh punggung disebelahku, aku turut memperbetulkan posisi duduk untuk mendengar cerita dari Uzair.
"Kenapa? macam ada berita baik aje." Ujarku buatkan Uzair berhenti tersenyum. Dia mengaru pipi. "Arh tak apa, tak seronok kalau beritahu awal-awal." Gumam Uzair tahan senyum, dahiku mula berkerut melihat gelagatnya seperti sembunyikan sesuatu padaku.
"Apalah kau ni, makin pelik aku tengok." Aku kembali duduk didepan, belum sempat mahu buat kerja sekolah belakang tudungku ditarik-tarik. Aku merengus kecil lalu memukul tangan gatal Uzair.
"Uzair janganlah tarik tudung aku." Aku bersuara garang namun tidak berkesan bagi Uzair. "Aku sukalah kacau kau." Aku mengulingkan anak mata ke atas. Akhir-akhir ini aku juga perasan, Uzair selalu berkepit denganku bila ada masa terluang.
"Weh kau berdua couple eh?." Tegur Mimi datang ke arah kami berdua, aku mengeleng laju. Tidak kuasa lah aku mahu jadi kekasih Uzair. Takut hari-hari makan hati.
"Kalau aku cakap ya kau nak buat apa." Soal Uzair seolah mencabar Mimi. Aku menampar lembut lengan Uzair menyuruhnya untuk berhenti.
"Aku buat bodoh." Aku ketawa kecil mendengar jawapan spontan Mimi. Uzair hanya diam memandang Mimi, anak mata Mimi beralih padaku.
"Ju kau tak payah couple dengan dia ni. Bawa bala nanti dekat kau." Ujar Mimi berjalan ke mejanya. "Woi agak-agaklah mak cik penjual keropok Mimi." Kepala digeleng perlahan. Mimi dari jauh menjelir lidah pada Uzair.
"Ada yang lidah kena panggang kang." Ujarnya namun tiada kesan pada Mimi. Aku mengerling kepada Uzair. Malas ambil tahu. Bergaduh saja kerja mereka berdua tidak pernah habis.
"Ana nanti kau bagi kunci kelas kat aku ye." Aku mengangguk kecil. Uzair bangkit bila Ayuni masuk ke dalam kelas.
Dua plastik bebola ikan aku beli sebentar tadi digenggam erat. Meja kantin dihujung aku duduk berhampiran dinding konkrit yang dihiasi maklumat kesihatan. Aku terus tersenyum menyambut lambaian Huizhen. Semua pelajar tingkatan menengah atas sedang menikmati masa rehat mereka aku amati.
"Uzair rehat dekat mana eh?." Aku berbisik sendirian. Tubuh kurus Huizhen menghampiriku menjadi pusat perhatianku.
"Kau dah lama ke tunggu." Aku tersenyum nipis menyerahkan bebola ikan kepada Huizhen.
"Terima kasih belanja saya." Kepala diangguk perlahan. Huizhen mula bercerita tentang pergaduhan kecil antara dia dan Santesh padaku. Aku hanya diam mendengar, sesekali aku tertawa melihat telatahnya yang spontan. Sosok tubuh cikgu Uwais yang muncul laluan kantin guru aku pandang. Dia terus berjalan masuk ke dalam kantin.Riak mukanya nampak serius, tiada langsung secalit senyuman darinya. Memang patut dia dapat gelaran 'cikgu poyo' dikalangan pelajar lelaki.
"Cikgu kesayangan kau baru lepas makan kut." Aku ketawa lucu. Cikgu kesayangan. Aku memandang Huizhen bila cikgu Uwais mulai hilang disebalik dinding konkrit sekolah. Aku yakin semua peminat setia cikgu Uwais belum tahu idola mereka sudah berpunya.
"Aku masih berharap cikgu Uwais masih single." Aku bersuara perlahan. Pentas pidato aku tenung.
"Ish kau ni, jangan ungkit lagi. Kita ni mampu suka dari jauh je." Huizhen ketawa kecil sebelum menyambung.
"Kau masih suka ke kat cikgu tu." Aku mengeluh berat. Apa yang aku rasa sekarang ini kecewa. Cikgu Uwais orang pertama buatkan aku rasa lain. Dia bagaikan sesuatu yang sukar untuk diungkapkan. Bila dia berada disekeliling aku dapatkan jantung berdegup kencang.
"Susahlah nak berhenti sukakan dia." Aku merungut kecil. Huizhen mengemam bibir. Bahuku diusap lembut, aku menguntum senyum mengenggam erat tangan Huizhen di bahuku.
"Bye-bye Huizhen. Jumpa esok." Huizhen turut melambai tangan kepada aku dan Uzair. Aku mula mengatur langkah menuju hentian bas. Uzair yang berjalan di sisi aku pandang. Dia tidak lengkang dek senyum.
"Kau ni dari tadi pelik."
"Nanti kita singgah speedmart tau." Aku mengangguk kecil. Dulu aku balik sekolah naik bas seorang, kali ini aku tidak lagi kesunyian. Ada Uzair yang sentiasa menemani setiap hari.
"Kau nak cari apa sebenarnya." Aku bersuara malas mengikut belakang Uzair. Dia berhenti di tempat rak yang khas untuk keropok kentang.
"Kejap." Uzair menarik zip sekolah dan dikeluarkan dari begnya. Kotak yang berbalut kertas hadiah teddy bear terus dimasukkan ke dalam begku secara paksa. Aku terpinga-pinga melihat isi dalam beg. Uzair terus berlalu pergi tinggalkan aku.
"Uzair tunggulah aku." Aku berlari anak mengejar langkah Uzair. Beg aku peluk erat berjalan beriringan Uzair. Bibir dicebik dan menyiku lengan Uzair. Dia suka sangat tinggalkan aku.
"Ana, nanti buka kat rumah tau. Jangan buka sekarang." Bisik Uzair semasa kami beratur untuk naik bas. Aku mengangguk perlahan. Haish Uzair, tidak habis-habis buat aku terkejut.
Pintu bilik aku tutup dan dikunci. Aku duduk dibirai katil, beg ditarik ke depan dan di buka seluas-luasnya. Kotak hadiah pemberian Uzair aku pegang. Berat.
"Kenapa pula dia bagi aku hadiah, hari jadi aku lambat lagi." Aku bergumam membelek lalu mengoncang sedikit. Tiada bunyi yang aneh. Tanpa buang masa, aku buka balutan bersertakan rasa membuak-buak ingin tahu.
"Uzair~." Aku berbisik mengusap lembut kotak telefon iPhone 7 plus berwarna Rose gold. Tergamam dan terkelu. Apa semua ini.
Tanganku mengigil untuk buka isi dalam kotak ini. Telefon ini terlalu mahal buatku dan aku tidak layak untuk dapat semua ini.
"Apa semua ini Uzair." Aku berbisik mengambil sticker note yang elok ditampal pada skrin iPhone dalam keadaan mengigil.
'Halo Ana,
Aku sebenarnya betul-betul nak minta maaf sebab buat telefon kau rosak. Aku tak sengaja. Maafkan aku ye. Untuk balas kesalahan aku. Aku belikan kau telefon baru. Kau kawan paling baik yang pernah aku kenal jadi aku tak nak kau jauh dari aku. Mesti kau tak tahukan genap hari ini kita dah berteman selama sebulan. Terima kasih sudi dengar masalah dan nasihatkan aku. Aku sayang kau :)
Dari, abam kacak'
Aku ketawa kecil. Sticker kartun Ultraman aku usap perlahan. Air mata terharu diseka perlahan. Patutlah minta kunci kelas rupanya ada sesuatu dalam beg sekolahnya. Senyum tipis diukir. Kotak iPhone aku bawa ke dekapan. Mata dipejam rapat.
"Aku pun sayang kau Uzair." Jujur aku tidak pernah minta untuk Uzair belikan benda paling mahal. IPhone 7 plus aku usap sayang. Mulai hari ini, telefon ini aku akan jaga dengan baik.
*****
P/s: Flying kiss dari Ultraman Tiga 💓 serius saya melompat kegembiraan bila ada insan letak baby saya dalam senarai reading list dia. Rasa bahagia itu fuh tidak terkata
YOU ARE READING
Hot teacher ✔
Romance(BOOK EDISI CRUSH) Megat Uwais atau Megat Uzair? Siapakah yang bakal menjadi pilihan. [STATUS ;- COMPLETE] Start:- 20 May 2019 End:- 25 September 2019 Hak milik kepada Mina_Matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste, 100% my idea