°°Abang atau adik? Siapakah yang bakal menjadi pilihan°°
iPhone 7 plus aku genggam erat. Aku menghempas punggung di sofa. Esok mula cuti sekolah selama seminggu. Seminggu ini juga aku akan sunyi, hari ini Uzair terbang ke Australia bersama keluarga belah ibunya. Family vacation. Pesanan terakhir dari Uzair aku baca.
From: Uzair ❤
-Aku dah nak gerak dah ni. Apa-apa aku mesej kau guna instagram.Aku mencebik. Untungnya Uzair dapat melancong keluar negara setiap tahun. Aku?, mungkin tunggu duit kerja dahulu rasanya.
"Untungnya jadi orang kaya." Aku bergumam sendiri. iPhone di tangan aku tenung. Benda paling berharga yang akan aku jaga sebaik mungkin. Bunyi peti ais dibuka mengalih perhatianku.
"Akak siapa punya coklat ni."
"Akak punya. Jangan makan." Aku bangkit terus berjalan terus ke dapur. Coklat Cudbury dirampas dari tangan Julian.
"Alah Ian nak." Rengek Julian mahukan coklat. Aku sorokkan coklat dibelakang badan.
"No ini akak punya, banyak lagi coklat dalam tu." Ujarku sambil menunjuk coklat yang masih banyak di dalam peti ais. Julian mendengus kasar terus berlari mendapatkan ibu.
"Ish budak tak sah kalau tak beritahu ibu." Gumamku mula meletak kembali coklat didalam peti ais. iPhone ditangan aku pandang. Aplikasi Instagram aku buka. Nama Uzair menjadi sasaran carian. Gambar yang dihantar aku lihat satu persatu. Bibir dicebik.
"Kacak betul kawan aku ni." Komenku menarik kerusi meja makan. Punggung dilabuh. Aku mengecilkan mata tatkala membaca nama akaun yang dicadangkan oleh instagram.
"Liesya_Noah macam pernah tengok wajah perempuan ni." Aku bersuara kecil sebelum teringat akan sesuatu. Kekasih cikgu Uwais, laju jari aku tekan akaun itu untuk melihat. Tekaan aku tepat bila melihat gambar yang dipost oleh wanita ini. Ramainya betul follower akak pretty ini hampir mencecah angka seratus puluh ribu.
Semestinya dia layak kerana dia cantik dan pandai bergaya. Satu persatu aku meneliti gambar dia, banyak negara yang dia terokai. Aku yakin dia anak orang kaya sama taraf cikgu Uwais.
Keluhan berat aku lepaskan. Bila melihat wajah perempuan ini secara dekat dia sangat cantik. Umpama bidadari. Memiliki kulit seputih susu dan pandai bergaya.
"Patutlah cikgu Uwais terpikat. Cukup pakej." Aku bersuara lemah. Aku lihat post terbaru darinya. Membulat mataku tika melihat foto cikgu Uwais memandang tepi yang di ambil dari belakang. Tampan. Dia menyarung jaket labuh berwarna coklat, memakai topi jenis newsboy disertakan sekali cermin mata. Gaya seperti seorang dektektif. Sorotan mataku jatuh pada caption yang tertulis mengatakan.
"'Dating with my baby boo'. Eh eh kau keluar dengan suami aku." Ujarku menyampah.
"Eh dia ada taglah, wah tak sangka cikgu Uwais ada Instagram." Aku bersorak gembira menekan akaun cikgu Uwais. Serta merta senyuman lebarku mati.
"Alah kenapa cikgu private. Sudahlah gambar satu je dia hantar." Komenku melihat follow dan follower. Wah tidak sangka pengikut akaun instagram dia mencecah tujuh ribu dan yang diikut hanya lima puluh akaun saja. Muka menyampah dibuat.
"Ish ish kedekut betul orang tua ini, 50 orang je dia follow." Butang permintaan untuk menjadi pengikut aku tekan. Tangan dirapat mohon doa supaya cikgu meluluskan aku untuk menjadi pengikutnya. iPhone 7 plus aku taruh di atas meja. Tangan disilang bawah dada. Mata dipejam rapat. Mood cemburu sudah aktif. Aku perlukan masa untuk hilang cemburu tidak berguna ini.
YOU ARE READING
Hot teacher ✔
Romance(BOOK EDISI CRUSH) Megat Uwais atau Megat Uzair? Siapakah yang bakal menjadi pilihan. [STATUS ;- COMPLETE] Start:- 20 May 2019 End:- 25 September 2019 Hak milik kepada Mina_Matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste, 100% my idea