BAB 1

39 1 2
                                    

Seorang gadis berdiri memandang lautan yang terhampar luas di hadapannya dengan perasaan kosong. Kosong pandangannya sekosong hatinya.

" Angel! Boss panggil kau. Ada mission baru katanya."

Angel. Ya. Itu gelarannya ketika menjalankan misinya. Gelaran itu diberikan kepadanya sejak pertama kali dia terjebak dalam dunia gelap itu. Dunia pembunuhan. Angel. Caranya lembut tapi membunuh. Disebalik wajahnya yang lembut,tersembunyi sisi hitamnya.

Ya. Dia seorang pembunuh upahan.

---

"Angie, kau tak menyesal ke duduk dalam kepompong gelap macam ni?" soal Kyle. Hanya Kyle seorang sahaja yang memanggil Angel, Angie.

Kyle tenang memandu keretanya. Keretanya dipandu menuju ke alamat sasarannya. Ada manusia yang perlu dibunuh malam ini.

"Kenapa pula aku perlu menyesal? Aku membunuh orang yang berbuat dosa. Aku angel. Bidadari yang menghapuskan setiap manusia yang berdosa. Lupa?" soal Angel.

Sebut sahaja Angel, pasti setiap kumpulan gelap mengenali nama itu. Bidadari yang menghapuskan pendosa. Bidadari tanpa perasaan belas kasihan. Dia. Angel. Walaupun baru berusia belasan tahun, namanya sudah tersebar dalam dunia gelap.

"Kau tak pernah rasa kesian ke tengok mangsa-mangsa kau merayu minta kau jangan bunuh mereka?"

"Perasaan kesian tu dah lama mati sejak aku dibuang keluarga. Kalaulah perasaan kesian tu wujud, Angel yang sekarang ni tak akan wujud. Lagipun, mereka pendosa. Aku hanya membunuh pendosa. Kau sendiri tahu kan? Aku angel without any feeling. I am nothing. I am just a weapon. Weapon to kill person. My existence just for killing," terang Angel panjang lebar. Nadanya mendatar.

Dia dah lama buang perasaannya. Sejak dia dibuang keluarganya, sejak orang memandangnya dengan hina ketika dia menjadi gelandangan, dan sejak dia memasuki dunia gelap ni.

Kalaulah perasaan kesian tu wujud, kenapa keluarganya buang dia? Kalau perasaan tu wujud, kenapa tiada siapa yang bantu dia dulu? Kenapa? Tiada siapa yang membantunya kecuali ketua kumpulan yang disertainya itu.

Ketika hidupnya terumbang-ambing, lelaki itu menjumpainya sedang menangis di lorong yang gelap. Lelaki itu membawanya pulang dan mengajarkannya pelbagai seni mempertahankan diri. Dia juga diajar menembak dan memanah. Dia dilatih untuk menjadi mesin pembunuh tatkala lelaki itu melihat matanya. Mata yang kosong. Matanya hanya dipenuhi dendam. Dendam yang tak akan pernah padam. Dendam pada pendosa yang membunuh hatinya. Dendam pada semua pendosa.

BROKEN ANGELWhere stories live. Discover now