BAB 5

16 0 0
                                    

"Aku merayu pada kau.. Tolonglah jangan bunuh aku. Aku sanggup bagi apa sahaja yang kau minta," rayu lelaki di hadapan Angel. Pucat seluruh mukanya tatkala muncung pistol itu ditekan di belakang kepalanya.

"Duit, harta, kemewahan. Namakan sahaja," tawar lelaki itu takut. Dalam hatinya, dia bersumpah andai kata orang yang cuba membunuhnya melepaskannya, dia tidak akan melepaskan orang itu.

Angel terdiam lama. Matanya memandang tajam susuk tubuh tegap di hadapannya ini. Bibirnya digigit perlahan. Kenapa kemewahan dunia yang ditawarkan padanya? Memang itu sahajakan yang mampu ditawarkan dalam dunia ini?

"Tolonglah lepaskan aku. Aku tak kenal kau pun. Kenapa kau nak bunuh aku?" soal lelaki itu.

Naim Iskandar. Itu nama mangsanya kali ini. Dosanya? Membeli apa sahaja yang dihajatinya dengan harta dunia dengan satu tujuan. Nafsu.

Bukan sekali dua dia menculik kanak-kanak kecil untuk dijual. Sebelum dijual, kanak-kanak itu turut dijadikan pemuas nafsunya berhari-hari. Lebih malang lagi, berminggu-minggu! Tidak cukup dengan itu, anak dara turut dijadikan mangsanya tanpa rela. Duit yang diperoleh dari hasil penjualan kanak-kanak dicampak ke muka mangsanya.

---

"Aku nak kau bunuh lelaki ni," arah seorang lelaki yang berusia awal 50-an. Dihulurnya sekeping gambar.

"Lelaki ni.. dia merosakkan anak aku. Dikhayalkannya anak aku. Sesudah itu, dilayannya anak aku umpama pelacur," kata lelaki itu geram.

"Bagi aku masa sehingga esok pagi. Esok aku akan tentukan sama ada aku terima atau tidak tugasan ini," kata Angel perlahan. Dia merenung lama gambar lelaki yang dihulurkan padanya.

Segak. Menawan. Kulit yang tidak begitu cerah dan tidak begitu gelap. Dari gayanya, lelaki itu kelihatan agak mementingkan kesempurnaan dan penampilan.

"Aku akan hubungi kau esok," putus Angel sebelum melangkah keluar dari kereta itu membawa gambar lelaki yang dikatakan pendosa itu.

Dikeluarkan telefon pintarnya dari poket seluarnya sebelum nama seseorang dicari. Sesudah berjumpa, segera dia menekan menghubungi orang itu.

"Aku ada kerja untuk kau.."

---

"Kau kotor. Kotor dengan segala dosa. Manusia seperti kau tak patut wujud di muka bumi ini," ujar Angel perlahan. Nada suaranya yang perlahan menyeramkan Naim. Menggigil-gigil badan lelaki itu menahan rasa takut yang kian menggunung.

Di hadapannya bukan seorang wanita. Sebaliknya seekor syaitan. Syaitan yang bertopengkan manusia.

"Kau pun kotor! Kau yang syaitan! Kau fikir tak berdosa ke membunuh orang?" jerit lelaki itu lantang. Meluahkan segala rasa takutnya. Kalaupun dia mati, biarlah dia meluahkan apa yang dirasainya tatkala itu.

"Kau syaitan! Syaitan yang bersembunyi di sebalik topeng manusia!" ujar Naim.

"Aku bidadari. Bidadari yang membunuh iblis seperti kau. Aku cuma menjalankan tugas aku untuk membersihkan manusia seperti kau dari muka bumi ini. Manusia seperti kau tak layak hidup dalam dunia ini," ujar Angel. Dengan sekali tekan, terbenam peluru di belakang kepala Naim.

Jatuh dia yang ketika itu berdiri. Berlubang kepala lelaki itu. Mengalir cecair merah darah dari lubang itu.

"Manusia seperti kau, tak layak untuk meminta kemaafan dari orang lain. Hingga akhir hayat kau, kau hanya memikirkan soal kemewahan dunia. Semoga kau merana hidup di dalam neraka di sana," kata Angel. Dia tersenyum sinis.

Darah yang memercik di wajahnya disapu perlahan sebelum dijilatnya. Manis.

Mungkin memang inilah jalan hidupnya. Dia bukannya bidadari. Tapi syaitan yang bersembunyi di sebalik nama bidadari. Dia, bidadari dari neraka.

Dia.. Angel.

BROKEN ANGELWhere stories live. Discover now