BAB 4

12 0 0
                                    

Wujudkah Tuhan?

Itu yang sering bermain di minda Angel. Dia hanya melihat pantulan dirinya di cermin itu. Bergaun merah darah paras peha tanpa lengan mendedahkan kulit putih mulusnya. Rambut hitamnya yang paras bahu dilepaskan begitu sahaja. Bunga ros merah turut menghiasi rambutnya. Berkasut tumit tinggi berwarna hitam. Solekan nipis di wajah gadis itu menambahkan lagi seri gadis itu.

Cukup cantik. Cukup menawan. Itu yang dia lihat pada cermin itu. Tapi siapa sangka di sebalik kecantikan itu tersembunyi kegelapan?

"Cantik betul kau, Angie," puji Kyle. Dia tersenyum manis melihat penampilan gadis itu. Dia bersandar di pintu bilik Angel. Sedari tadi memerhatikan gadis itu asyik sekali menilik pantulan dirinya.

"Cantik tapi kotor apa gunanya, Kyle?" kata Angel perlahan. Dia menilik dirinya di hadapan cermin panjang di hadapannya.

"Aku kotor, Kyle. Warna merah darah ni menggambarkan diri aku yang bermandi darah, warna hitam kasut tumit tinggi aku menggambarkan aku berjalan di dalam kegelapan," ujar Angel perlahan.

Kyle tersenyum nipis. Dia berjalan ke arah Angel sebelum berdiri di belakang gadis itu. Jarinya menyentuh ros merah yang terselit di sebalik rambut hitam itu. Belakang badannya dibongkokkan sedikit sebelum bibirnya dibawa dekat ke telinga gadis itu.

"Dan ros merah di rambut kau menggambarkan keberanian dan kekuatan. Ros yang sangat cantik dan mekar. Dilindungi oleh duri dari segala tangan yang ingin memetiknya. Ros yang sangat wangi. Ros itu menggambarkan kau, Angie. Kau berani. Kau kuat. Walaupun kau nampak diri kau kotor, aku nampak seorang gadis yang sangat suci. Mekar dan wangi," bisik Kyle.

Terpana Angel mendengarnya. Perlahan, jarinya naik menyentuh pantulan dirinya pada cermin itu.

"Belajar percaya pada diri kau, Angie. Hidup memang tak pernah adil. Tapi yang kuat akan terus melangkah ke hadapan dengan yakin," nasihat Kyle. Dia mengusap rambut gadis itu perlahan sebelum berjalan ke arah pintu. Langkahnya terhenti apabila mendengar soalan Angel.

"Kau rasa.. aku ni lembut hati ke? Aku sentiasa beri peluang pada mangsa aku untuk meminta maaf," soal Angel perlahan. Dia selalu memberi mangsanya peluang meminta maaf pada mereka yang telah dizalimi oleh mangsanya. Dia sendiri yang merakamkannya dan menghantar video itu kepada keluarga mangsanya.

"Having a soft heart in a cruel world is courage not weakness, Angie," ujar Kyle.

"I found so much beauty in the dark and found a lot of horrors from the light. I saw a lot of things when I was alone. I'm fighting alone. Agains my own demon," tutur Angel separa berbisik.

Ya. Dia jumpa pelbagai perkara yang menakutkan ketika dia masih di sana. Dan dia jumpa ketenangan yang dia inginkan di sini. Kegelapan.

Mungkin di situlah tempat dia.

"I'm not an angel when I lived in darkness. I'm a demon," kata Angel perlahan.

"You are an angel. Once a angel broken, she became a fallen angel. Without soul, without feeling," ujar Kyle. Dia meneruskan langkahnya keluar dari bilik Angel sebelum menutup pintu bilik itu.

Mungkin sudah tiba masanya. Masa untuk gadis itu menentukan siapakah dirinya. A angel or a demon.

Angel terdiam lama.

BROKEN ANGELWhere stories live. Discover now