BAB 3

13 0 0
                                    

"Kau ok ke, Angie?" soal Kyle risau. Bukannya dia tidak perasan betapa pucatnya wajah gadis belasan tahun itu.

"Salahkah aku kalau aku tak mempercayai Tuhan lagi?" soal Angel membuatkan Kyle terkelu.

Dia sudah lama menyimpan soalan itu. Soalan yang sama berlegar dalam kepalanya setiap hari, malahan setiap saat! Apatah lagi apabila melihat mangsanya menyebut nama Tuhan mereka di saat akhir mereka.

"Kenapa kau tanya?" soal Kyle. Dia tersenyum kecil. Jarang sekali dia melihat gadis belasan tahun itu menunjukkan perasaannya. Meluahkan rasanya.

"Bila aku tengok mangsa-mangsa aku menangis memohon ampun, taubat, aku terfikir, wujudkah Tuhan? Kalau Dia wujud, mengapa Dia tak bantu hamba-hamba Dia yang aku akan bunuh? Sedangkan orang kata Dia yang berkuasa, tapi mengapa Dia tak hentikan aku? Hentikan aku dari perbuatan aku?" soal Angel membuatkan Kyle terdiam.

"Kalau Dia wujud, kenapa wujudnya kejahatan dalam dunia ni? Mengapa?" soal Angel bertalu-talu. Dia sememangnya menginginkan jawapan buat soalannya itu.

"Dia boleh sahaja cipta manusia yang baik-baik. Yang hatinya bersih dari segala kejahatan. Tapi mengapa yang kotor dengan segala kehitaman juga dicipta-Nya?"

Terkelu lidah Kyle. Dia sendiri bukannya arif tentang agama. Dia merupakan seorang Islam tetapi dua kalimah syahadah sendiri dia tidak tahu. Apatah lagi hukum lain. Jadi bagaimana dia mahu menjawab soalan Angel?

"Aku tak tahu, Angie. Tapi yang aku tahu, walaupun luaran dan dalaman aku rosak, tetapi aku masih percaya Tuhan tu wujud. Aku masih ingat aku Islam. Cuma aku sendiri tak tahu apa itu Islam. Aku sendiri tak tahu apa maksud agama yang sebenarnya," keluh Kyle. Bukannya dia tidak mahu belajar tentang agamanya, cuma kini bukanlah masa yang sesuai baginya. Dia sendiri punya banyak musuh. Bukan seorang dua yang dia sudah bunuh, ramai! Tak terhitung baginya kerana dia sudah menjalankan kerja haram itu bertahun-tahun lamanya. Lebih lama dari Angel. Tangannya kotor dengan darah-darah mereka.

"Aku hairan, Kyle. Ramai orang percayakan agama tetapi masih melakukan dosa. Dosa mereka pula bukannya kecil. Kalau tidak, pasti aku tidak perlu membunuh hampir setiap hari. Pasti aku tidak perlu bermandi dengan darah hampir setiap hari."

"Hidup aku umpama mesin. Mesin pembunuh. Bernyawa tapi tak berperasaan. Aku sendiri masih tercari-cari hala tuju hidup aku. Aku rasa sesuatu ketika aku membunuh tapi aku tak tahu apa perasaan itu. Aku tak tahu kenapa aku rasa tangan aku semakin berat untuk menembak. Aku tak tahu kenapa kaki aku semakin berat untuk menendang. Aku tak tahu sebab apa aku rasa sesuatu ketika melihat mereka bertarung dengan ajal mereka," luah Angel.

Kyle terdiam. Dia faham. Pasti gadis itu bercelaru. Manakan tidaknya, gadis yang sebaya dengan Angel hidup bahagia. Mempunyai kawan. Mempunyai keluarga. Tapi Angel? Hanya musuh. Dia tidak boleh letakkan kepercayaan pada sesiapa sekalipun.

"Angie.. Kita diajar untuk jangan percayakan orang. Jangan ada perasaan belas kasihan, ragu-ragu. Semua itu akan makan kita balik, Angie. Tak semua manusia dalam dunia ni baik. Mereka sanggup tikam belakang demi kepentingan mereka sendiri."

"Kalau kau kasihan dengan mangsa kau, kau akan ragu untuk membunuh dia. Dan itu akan jadi kelemahan kau. Tersilap satu langkah,kau yang akan mati. Mayat kau yang akan orang jumpa. Disebabkan itu, jangan pernah tunjuk kelemahan kau. Tak kiralah pada sesiapa sekalipun. Bila orang tahu kelemahan kau, mereka akan ambil kesempatan pada kelemahan itu. Dan kau akan kalah kalau kau tak bangkit waktu tu," jelas Kyle panjang lebar.

"Sekali kau sudah masuk dalam kegelapan, mustahil untuk kau cari jalan keluar. Sekali kau dah masuk dalam dunia ini, mustahil untuk kau keluar, Angie. Jadi kau kena terus kuat. Lawan perasaan kau sendiri," nasihat Kyle panjang lebar. Sebelah tangannya dilepaskan dari streng kereta sebelum mengusap rambut gadis itu lembut.

Gadis yang istimewa baginya. Gadis yang langsung tiada pilihan selain berjalan di dalam kegelapan. Gadis yang dibuang hanya kerana sifat busuk hati manusia lain. Gadis yang sangat tabah dan kuat dalam menempuh dugaan hidup.

BROKEN ANGELDonde viven las historias. Descúbrelo ahora