BAB 6

2 0 0
                                    


Angel mengeluh perlahan. Terasa fikirannya begitu berat. Permintaan daripada 'dia' amat sukar ditolak. Matanya merenung kosong sekeping gambar di tangannya.

Seorang lelaki, seorang wanita dan dua orang kanak-kanak. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Nampak begitu bahagia berpelukan sesama mereka.

'Bunuh mereka semua dengan cara yang paling kejam.'

Itu arahan dari si 'dia'. Hendak menolak, nyawanya menjadi taruhan. Hendak menerima, apakah dosa mereka?

Dia angel. Bidadari. Walaupun dia bidadari dari neraka, dia tidak akan membunuh orang yang tidak berdosa. Itu prinsipnya. Itu yang membezakan dia dengan pembunuh yang lain. Pembunuh yang lain membunuh kerana dendam, kerana wang. Dia membunuh pendosa.

"Kau ok, Angie?" soal Kyle prihatin. Dia menghulurkan setin cola-cola kepada gadis itu.

Sudah seminggu. Sudah seminggu gadis itu berpelakuan pelik. Jarang sekali gadis itu mengeluh tetapi kebelakangan ini, semakin kerap gadis itu mengeluh. Seolah-olah ada yang membebankan fikirannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 08, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BROKEN ANGELWhere stories live. Discover now