Dunkirk, Janna Nick dan Kopanski

139 10 0
                                    

"I will slaughter you in this battle..."

Ayat siapakah itu dan kenapa?

Sebelum mencari hari yang lapang mahu menonton Dunkirk​, wayang ingatan memainkan semula bagaimana seorang guru bernama Prof Dr Ataullah Bogdan Kopanski menjadikan anak-anak muridnya hidup dengan belajar menghargai sejarah.

Dia menjadikan para pelajar nampak sejarah itu dalam diri dan diri adalah penulis sejarah masa hadapan.

Pada tahun 1968, kerajaan Komunis Poland mengheret dia ke penjara. Kali kedua berlaku pada tahun 1981.

Dia menghabiskan masa selama 24 bulan di sebalik jeriji. Satu masa yang panjang untuk mengira berapa batang besi yang menghalang kaki dia keluar memijak tanah bebas.

Ataullah bersama-sama 12,000 orang intelektual Poland melalui situasi getir dalam penjara selepas Disember 1981 yang menyaksikan pelaksanaan tindakan ini bawah Pemerintahan Tentera.

Ditekan, diheret, dihimpit dan dirampas cahaya pagi serta angin segar. Hanya diberikan bau busuk sebuah bilik kecil dan dikecilkan lubang-lubang cahaya agar tidak menyentuh kulit.

Kejatuhan pemerintahan Apartheid pada tahun 1991, tewasnya komunis di Afghanistan pada tahun 1992. Dua peristiwa dunia di mana dia berada dalam negara terbabit ketika ia berlaku.

Kelas sejarah Ataullah hanya dikendalikan pada waktu malam, tidak pernah kami berpeluang masuk ke kelas biasa. Semuanya di bilik tayangan perpustakaan yang mirip panggung wayang kecil. Kerusinya menuruni ke bawah menghala skrin putih.

Belajar sejarah Amerika, bulan-bulan awal kami diberikan identiti orang asal, dari Mohawk, Cherooke, Najavoo, Sioux dan entah berapa puak lagi.

Kami hidup, berfikir, merasa setiap situasi dan membuat keputusan dalam menghadapi sikap orang putih yang menghapuskan kuasa dan hak orang asal.

Belajar tanpa buku teks pada awal kuliah. Video berdasarkan topik diputarkan.

Kemudian Prof Ataullah mula menyusun peluru why dan what if dalam setiap syarahan.

Kami pulang ke hostel, berbaring dan memikirkan begitu banyak kemungkinan di depan dan belakang dalam satu peristiwa. Mimpi malam bertukar kepada hutan, celoreng pada wajah, api dan asap. Perang, perang dan perang.

Entah bila kami rasa benar-benar tidur.

Kelas sejarah adalah kelas berfikir.

Kelas yang mengingat peristiwa secara langsung melalui tanda-tanda.

Kelas yang memberitahu adanya pengulangan peristiwa apabila semua ciri-ciri berlaku dahulu mengambil tempat sekarang.

Itu kelas yang dibawa oleh Prof Dr Ataullah Bogdan Kopanski.

Apabila peperiksaan dan ujian diumumkan, kata-katanya "I will slaughter you in this battle..." "I will cut part of your brain." ,"I do not want the paper of an ignorance become part of my archive." akan disebut-sebut.

Kata-kata itu bergema di sepanjang lorong masuk ke dewan peperiksaan.

Begitu besar kesan Ataullah dalam hidup, sehinggakan pada satu keadaan aku dapat senaraikan sejarah senjata pemusnah besar-besaran (WMD) meliputi senjata nuklear, kimia dan biologi yang disalah-guna oleh Amerika dari tahun 1939-1993.

Itu senarai sejarah senjata membunuh selama 60 tahun!

Video dokumentari perang Vietnam bermain dalam otak tanpa iklan atau gangguan. Butang play dan replay seakan-akan berulang kali ditekan.

Penangan seorang pensyarah sejarah.

Apa budaya buku Prof Dr Ataullah Bogdan Kopanski?

Sehingga tahun 2005, dia mempunyai 18 000 buku koleksi peribadi sehingga isterinya berkata, "Belilah sebuah rumah lagi untuk buku-buku."

Selepas 12 tahun meninggalkan kampus, Ataullah masih mengekori aku lagi.

Jika bertanya kepada isteri, "Mana kami akan pergi apabila ke satu-satu tempat bersama?"

Dia tahu aku mencari tempat yang ada cerita sejarah terlebih dahulu sebelum mengizinkan diri mencari tempat yang cantik-cantik. Tempat di mana foto-foto cantik menghiasi Instagtram. Jika bangunan buruk, senjata karat dan kubur lama, simpan dalam album telefon peribadi sahajalah.

Penjara yang menempatkan banduan paling digeruni pada tahun 1800, balai polis yang dibina tahun 1890 dan tempat seumpamanya akan dicari terlebih dahulu.

Hidup dengan menghargai sejarah.

Itu kejayaan Prof Dr Ataullah Bogdan Kopanski ke atas anak-anak muridnya.

Salah satu kata-kata guru berjambang putih, "Hanya si bodoh sahaja yang akan mengulangi kesilapan orang yang terdahulu meskipun sejarah telah membuktikannya."

Apa kaitan Janna Nick dalam cerita ini?

Kecil yang signifikan.

Dia mengingatkan aku kepada Ataullah Bogdan Kopanski.

MentolitiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora