Engkau anak siapa?

28 4 0
                                    


Setiap hari ada seorang wanita menumpangkan anak kampung yang ditemuinya berjalan kaki ke sekolah.

"Saya kerap melihat anak kampung yang berjalan seorang diri," dan kemudian dia akan memperlahankan kenderaan agar dapat menumpangkan anak kecil yang sedang menahan terik matahari tengah hari. 

Bukan sukar pun, hanya satu laluan sahaja.

Pernah sekali saya memerhatikan dia  membungkuskan nasi selepas satu program. 

Pihak penganjur pun memang memberi saranan agar dikosongkan bekas-bekas hidangan. 

Wanita ini akan membawa bekas-bekas nasi, diisi lauk pauk acara yang sudah selesai dan kemudian diberikan kepada anak-anak kampung yang akan ke sekolah sesi petang  nanti.

Ah, kebaikan tidak pernah mati. 


Semudah membayarkan hidangan orang asing di kafeteria pada tengah hari nanti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MentolitiWhere stories live. Discover now