Abang 'naga' dan gula-gula pudina

50 5 0
                                    


Perjalanan malam, duduk bersebelahan lelaki Cina bertatu di tangan, belakang badan dan berambut pendek. Bertindik dan bersubang.

Pada leher, rantai putih yang jelas kelihatan.

Dia menanggalkan kemeja yang tidak berbutang dan dijadikan selimut. Hanya 'singlet' menutupi tubuh.

Kemudian beliau bertanya mahu ke mana? Jawapan yang klise, Tanjong Malim.

Lelaki ini mahu pulang ke Ipoh.

Keluhnya, "Saya tunggu tiga jam kerana sampai awal di KL Sentral."

"Tuan buat apa di Kuala Lumpur?" saya bertanya.

"Hantar ibu jalani pemeriksaan jantung di IJN," respon beliau.

Perjalanan masih panjang. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket.

Beberapa biji gula-gula pudina berlogo halal JAKIM.

Saya ambil, dia ambil, sama-sama kami menikmati manis gula berpudina.

Lelaki Cina bertatu di tangan, belakang badan dan berambut pendek. Bertindik dan bersubang. Pada leher, rantai putih yang jelas kelihatan.

Semua itu hilang dengan cerita ibu dan gula-gula pudina.

MentolitiWhere stories live. Discover now