Sudah semak baki akaun bank diri?

61 5 0
                                    

Tiga pagi berturut-turut saya bersarapan bersama-sama beliau. 

Setiap pagi ada sahaja input baharu yang beliau perhatikan.

Hari ini beliau bercerita mengenai harga diri dan nilai diri.

"Orang selalu meloncat apabila diri 'disentuh'. Jika dimalukan, diserang secara verbal dan dituduh, segera bertindak defensif. Itu 'harga' diri. Tetapi pada masa sama tidak pula merancang menaikkan 'nilai' diri," ayat pemula beliau apabila bercakap mengenai harga diri dan nilai diri.

Saya bertanya, "Apa beza harga diri dan nilai diri?"

Selesai menghirup air dari gelas beliau menyambung, "Cuba lihat apabila kita berhenti kerja. Adakah majikan memberi tawaran yang lebih baik agar kita terus di situ?"

Jika ya, nilai kita dalam organisasi tinggi dan diperlukan.

Jika beliau majikan tak menghalang maka faham-fahamlah situasi diri.

Kita sebenarnya replacable.

"Dalam media sosial,  adakah kita menulis status yang menaikkan nilai diri juga?" soal beliau kembali.

Lalu ditunjukkan satu status yang sama, "Antara orang ini dan orang ini, mereka menulis perkara yang sama kenapa respon sosial berbeza? Satu dilihat mahal dan satu lagi dilihat biasa-biasa. Kenapa? Nilai diri dilihat berbeza."

Pesan beliau sebelum keluar dari kedai mamak. "Dalam internet pun kita mesti ada rancangan menjadikan diri mahal (berharga)."

Terus saya teringatkan Seth Godin dalam buku Linchpin: Are You Indispensable.

Buku ini memberitahu kita manusia yang semakin tinggi nilainya ialah linchpin.

Kata Seth Godin, "Linchpins are the essential building blocks of great organizations. They may not be famous but they're indispensable. And in today's world, they get the best jobs and the most freedom. The art you create is precious. Only you can do it, and you must."

Pendek kata, "Pelihara harga diri dan naikkan nilai diri."

MentolitiWhere stories live. Discover now