BAB4 Penangan Night Walk

35 4 17
                                    

"Mana L Squad ni?"

Aliff menggaru kepala. Jam 9 malam Mereka dah selesai solat Isyak. Lepasni berkumpul untuk aktiviti Night Walk 'favourite' semua.

"Ahmad Fadhil Madnoor di sini!" "K."

"Hmmm member palau la." Fadhil terharu. "Duduk je la hanat." Komen Harraz. Mereka semua duduk dalam kumpulan. "Siapa penakut dekat sini?"

"Fadhil Madnoor!"

"Ya! Sayalah tu!" Fadhil mengangkat tangan. "Haa bagus bagus. Ni la masanya nak tingkatkan keberanian. Okay. Kita tak akan tutup mata berikut aktiviti yang lasak dan challenging. Abang ada peraturan."

"First of all, pegang kawan jangan bagi lepas dan jangan menjerit, tu paling utama. Second, kalau kena tegur, diam. Kenapa abang tak bagi tutup mata? Kawasan ni terlalu extreme dan berbahaya kalau nak tutup mata. Silap langkah, boleh cedera parah. Abang takut nak buat, sampai ada kecederaan serious. Tapi ingat, mulut tu jaga."

"Semua lampu tertutup, so memang gelap la. Peratutan ketiga, jangan ambil apa apa, jangan sentuh apa apa tak kira masa di luar atau dah masuk kawasan kem semula. Peraturan keempat, jangan cuba larikan diri. Peraturan kelima, jangan bercakap dengan sesiapa. 5 Peraturan yang mudah, jangan ambil mudah."

Semua mengangguk tanda faham. Mereka mula beratur di luar kawasan dewan. Kawasan hutan memang gelap.

"Kalau anda semua boleh beri kerjasama malam ni, esok... Kita main flying fox. Tapi kalau anda... Ingkari 1 antara 5 peraturan ini, esok kita semua jadi badak berendam dalam sungai dari pagi ke tengah hari."

"Okay. Saya nak... anda semua bersedia. Kita akan gerak kejap lagi. Mohon jangan bising dan jaga mulut masing masing." Pesanan yang diingat dan diambil serious gila gila

"Okay. Group 1, sila gerak ikut Abang Man. Masuk dulu. Diikuti group lain. Jangan terlepas lepas. Ingat."

-

Semua pelajar tak bersuara walau berdecit sikit pun semasa masuk ke kawasan hutan. Mereka berjalan dengan berhati hati dan sentiasa berwaspada. Amaran itu diambil serious sungguh

Dengan gelap tak nampak apa apa dengan jelas, mana tak rasa seram sejuk je badan ni walaupun dah pakai sweater? Semua orang meredah.

Ada beberapa orang menjerit ketakutan bila diusik guru guru dan fasi fasi yang saja nak bergurau. Seronok betul kacau budak budak ni.

Dari form 1 sampai form 5, semua kena kacau. Tak kira lelaki perempuan. Perjalanan Night Walk berjalan lancar tanpa apa apa masalah atau pelajar pengsan mahupun kena sawan. Semuanya selamat.

Tapi tiada siapa akan dapat lupakan 'kejadian' di hutan itu.

-

Selepas Night Walk, semuanya berjalan dengan terlampau LANCAR (if you understand what i mean by). Ramai yang menangis, ada yang meraung nak balik, ada yang watlek watpis

L.A Squad? Diorang cuma satu je. Nak tido.

Dah hampir pukul 2 pagi kot. Nanti nak bangun solat Subuh kot. "Sekarang ni, tidur. Pukul 6.30 pagi, kita akan solat Subuh berjemaah. Sharp 6.30, siapa takde dekat dewan kita denda rendam dalam sungai sampai pukul 10."

Masing masing memahami lalu terus masuk tidur.

-

Jam 3 pagi

"Tiang elektrik, teman aku pergi toilet jap." Azhar mengejutkan Asyraff di sebelahnya. "Aku malas la, Z. Ajak Aliff tu ha." Asyraff berpusing. "Cappp..."

"Haaa aku malas la, Z. Ajak la Fadhil ke, Raz ke, Aliff ke." Balas Asyraff. "Hmm camni la member. Lep... Aleppp..." Azhar menepuk Aliff. "Hesy dia ni. Aliffku bangunlah."

"Aper? Dah subuh ke?" Aliff menggosok matanya. "Teman aku buat bisnes kecik jap." Azhar menarik lengan Aliff. "Aduhh time time ni jugak la kau nak buat bisnes. Takle time yang betul. Hesyy ajak la sorang lagi."

"Fathul. Bangun la Tol Rakyat." Azhar menarik narik lengan baju Fathul. "Apoi?" Fathul menggosok matanya. "Teman aku buat bisnes jap. Please ~" Azhar menggedik

"Ada jugak aku sunat kejap lagi. Nasib aku mengantuk ni." Aliff menguap. "Ye la ye la ye la. Jom la Lep teman si Z ni." Fathul memaksa diri bangun. "Korang la sahabat dunia akhirat aku huuhuhuhu."

-

"Z, cepat la Z. Kau buat bisnes ke kau tidur tu woi?" Aliff menguap. Lepas basuh muka, rasa ok sikit. Nasib baik toilet dekat dengan dorm lelaki.

"Kejap la. Aku rasa aku tak patut do makan biskut Hap Seng Cap Ping Pong cicah milo panas tadi. Memulas perut aku." Balas Azhar. "Tu la aku dah cakap dah jangan makan, kau makan jugak." Bebel Aliff.

"Ahh selesai sudah bisnes aku untuk 5 minit pagi ni. Jom la masuk. Nanti pukul 6 nak bangun pulak Solat Subuh. Jom guys." Azhar keluar dari tandas. Aliff dan Fathul mengikut.

Mereka bertiga pun Berombongan Bang Banana Pulang ke Dorm. "Esok aktiviti apa do?" Tanya Fathul.

"Esok misi Kaunter. Ada 4 stage. First, ada misi karaoke. Group mana dapat markah tinggi boleh lepas ke checkpoint flying fox, then aktiviti meredah hutan lagi, and last, aktiviti berkayak sampai ke Dewan Besar, checkpoint terakhir." Balas Aliff.

"Karaoke bhai. Tu memang tak lain tak bukan kerja utama Fadhil dengan Sarah. Memang nice." Komen Azhar. "Hahaha setuju do." Sokong Fathul.

"Eh kau dengar tak?" Tanya Aliff. "Bunyi apa tu?" Tanya Fathul. "Macam burung hantu, macam orang. Fasi kot." balas Azhar. Mereka bertiga meneruskan perjalanan.

Bilik mandi di dorm hanya khas untuk mandi. Ada bisnes besar? Sila guna tandas utama di luar sebelah dewan. Kena jalan la jawabnya.

"BAAA!!"

"ARGGHHHHH!" "MAKKKK!!!"

-

Jam 7 pagi

"Penangan Night Walk semalam. Saya ada nampak 3 orang pelajar sedang berjalan balik ke dorm kira kira 3.30 pagi. Saya pun saja la nak usik. Baru Baa sikit. Diorang dah lari lintang pukang masuk dorm. Pagi ni. Diorang demam."

"HAHAHAHAHHAA!"

Satu dewan gamat. Muka Azhar, Aliff dan Fathul malu gila. "Alololololo sian member kita demam." Fadhil tergelak mengusik "So, pengajaran buat saya juga. Lepas pelajar buat nightwalk jangan kacau. Demam habis."

"HAHHAHAHAHAHA!"

  "So, korang akan dikecualikan dari aktiviti terkahir iaitu cari harta karun dan lepastu penyampaian hadiah. Abang nak korang duduk dekat dewan, duduk diam diam sementara aktiviti terakhir dijalankan. Jangan merayau tanpa pengawasan guru. Abang minta maaf tau."

"Takpe bang. Dorang memang penakut pun!" Usik Khai. Azhar, Aliff dan Fathul terpaksa tahan malu gila, balut badan dengan selimut terus. Dah la demam panas. #SadLife.

"Leader L.A Squad demam do. HAHAHA tu la, aku dah cakap jangan acah acah." Komen Sarah. "Ee diam la!" Aliff membalut tubuhnya dengan selimut panjang.

"Haih guys... Guys..."

L.A SquadWhere stories live. Discover now