BAB33 Teacher's Prank

21 4 5
                                    

Semua murid masuk ke Bilik Tayangan. Miss Lee telah menunggu di situ. Semua masuk dengan muka muram.

"Kenapa semua muram harini? Ada apa apa jadi ke?" Tanya Miss Lee. "Takdelah..." Balas sorang sorang.

"Muka semua monyok je? Ok takpelah. Kita hepi hepi ok. Okey sekarang semua ada kertas mahjung (majung? Mahjung? Whatever la 😂)

"Ada....."

"Okay sekarang semua boleh berbincang tentang topik yang telah diagihkan semalam. Minggu depan kita mula bentang ye." Pesan Miss Lee.

Suasana senyap.

"Kenapa Suasana tegang harini?" Tanya Miss Lee. "Fadhil punya pasal, miss."

"Apahal aku pulak?" Fadhil berpaling, memandang Hamdi di belakang nya. "Pasal kau la puan Chang marah kelas kita!" Balas Hamdi, tegas.

"Aku tak sengaja en! Puan Chang pun dah selesai kan hal tu!" Fadhil berdiri, marah. "Ala tapi kau yang jadi punca Puan Chang nak report kelas kita!"

"AAA Memang aku yang salah en! Tapi aku dah minta maaf kan dekat puan Chang, puan Chang pun dah setel hal tadi! Korang nak apa lagi?!" Fadhil berdiri, tak puas hati.

"Tapi puan Chang tak layan kita pun tadi!" Bentak Shazmeen. "Apa masalah kau tiba tiba nak tunding jari kat orang lain?!" Nisa bangun.

"Tah! Bukan dia je salah, kita pun salah jugak!" Azhar turut bangun dari kerusi sama. "Tapi sebab dia sorang, kita yang kena tunggu lama! Lepastu kita yang kena denda!" Bentak Yap.

"Fikir la! Sebab ketua sorang, kita semua kena kot! Batak sia mamat ni!" Bentak Azeera. "Tah! Dia sorang yang salah, kita yang kena! Mana kitorang tak puas hati dapat ketua macam ni?" Balas Athirah.

"Sudah! Sudah! Tak nak gaduh macam ni! Kenapa nak marah Fadhil je?" Miss Lee menghentikan perbalahan antara semua pelajar 3 Dinamik.

"Memang dia yang salah cikgu! Tak pasal pasal kitorang yang kena!" Bentak Hamdi, dipersetujui yang lain.

"Memang aku je kan yang salah! Korang tak salah! Haa bagus la! Bagus!" Fadhil campak bukunya ke lantai. "Weh dah la! Hormat la cikgu dekat depan!" Jerit Adlina.

"Woi dah la gila! Hal kelas bincang kelas la! Dah la tu guys! Depan cikgu kot!" Aliff menghentikan yang lain. "Respect la miss Lee nak mengajar woi! Puan Chang tak masuk hal disiplin kan?!" Elsa masuk campur.

"Masalahnya nama Dinamik do! Nama 3 Dinamik! Agak agak la nak silap sikit!" Balas Aleesya. "Kelas ramai kot, kau ingat aku sorang boleh ke kontrol korang? Korang yang buat hal, korang nak marah aku?"

"And, bukan kitorang yang start dengan puan Chang tadi. Korang yang tak nak present topik Geografi tadi. Kitorang cakap benda betul, tu je. Korang terasa, terasalah!" Nisa membela diri.

"Kalau Cik Chang report kelas kita, kau nak balas apa? Nak senyum?" Bentak Ikhwan. "Kalau masuk bilik disiplin kalini, satu kelas tau! Sebab korang!" Tambah Atirah.

"Korang tak boleh salahkan kitorang je, korang yang salah! Kitorang dah present. Ok act kitorang minta maaf sebab terbuat kecoh masa serious tadi. Tapi tak sengaja en?" Tambah Sarah.

"Yela korang dah tahu Cik Chang marah sebab kitorang. Yang korang sama cari pasal tiba tiba dah apahal?" Sampuk Dinah.

"Berapa kali aku nak cakap, benda tu tak sengaja kan!"

Miss Lee hanya diam memerhati kan mereka semua berbalah satu sama lain secara tiba tiba. Tak tahu nak buat apa, hilang kata kata. Panik pun ada.

"Tah! Tak boleh ketua kelas pun, kau ahli L.A Squad kot! Ada dua member ketua!"

"Memang aku perfect kan? Memang aku ni ketua kelas, kena perfect! Ketua ketua L.A Squad kena perfect! Memang aku ketua 3 Dinamik kena sentiasa perfect kan!" Jerit Fadhil.

"Bro. Dah la." Fathul memujuk Fadhil yang emosi. Miss Lee tak terkata, terkejut dengan keadaan tiba tiba 3 Dinamik harini. Salah makan pil ke apa?

"Ha! Nangis! Nangis! Macam perempuan sia dia ni!"

"Diam la siot! Korang apahal do tiba tiba nak tunding jari dekat orang?!" Nisa membalas. "Dari kau! Pengawas ada sijil tak buat kerja!"

"Bapak ah! Kau ingat aku ponteng macam kau ke sia? At least kitorang bertugas, kau tau apa! Yang kau tukar topik asal, nak gaduh?!" Nisa melangkah ke depan.

"Weh jangan la gaduh gila!" Suara yang lain membantah pergaduhan mereka di makmal komputer depan guru kelas mereka. Sesetengah lagi masih berdebat dengan L.A Squad.

"Kau nak tumbuk dengan aku ke siot?" "Kenapa tak?"

"Ehh ehh! Pelajar!" Miss Lee bergerak dari tempat nya. Tiba tiba lampu tertutup. "Eh? Kenapa terpadam?"

"Happy birthday to you ~ happy birthday to you ~ Happy birthday, Happy birthday to you!"

  "Korang ni kan macam macam hal lah!" Miss Lee menggeleng sambil tersenyum. "Ni semua idea diorang cikgu. Diorang suruh kitorang berlakon." Ujar Nisa.

"Apa benda la yang korang semua gaduhkan tadi?" Miss Lee menggeleng. Terhibur pula tahu bila ianya cuma prank. "Takde
Acah je. Buat situasi sendiri." Balas Nisa.

"Cik Chang ada dalam bilik tu tadi. Cik Chang?"

"Ya saya dengar." Cik Chang keluar dari bilik. "Terima kasih cikgu!" Ucap 3 Dinamik.

"Saya dengar idea mereka. Saya kata, saya pun mau join juga. Sebab tu saya sengaja cakap dekat you, budak 3D masuk lambat sebab kena denda. Padahal diorang sengaja."

"Terkejut saya. Saya takut puan Pang lalu, tu je." Balas Miss Lee. "Maafkan kami cikgu 😂 Ni bukan idea L.A Squad, ni idea 3 Dinamik, cikgu." Komen Aliff.

"Diorang yang suruh kitorang berlakon. HAHAHAHA! Jadi kan cikgu?" Balas Harraz.

"Terkejut cikgu. Pertama kali 3 Dinamik bergaduh." "HAHAHAHAHA Maaf cikgu! Tapi lakonan kami jadi kan?" Tanya Fadhil.

"Orang lain tak tertipu, saya yang tertipu." "HAHHAHAHAHAHAA Maaf maaf!"

-

SEMINGGU SEBELUM INI....

"L.A SQUAAAADDD!!"

"Mak kau meja terbalik aku belum mandi tatuntuang." Fadhil terkejut sampai tendang meja dan terjatuh ke belakang.

"Kau ok?"

"MAKKK SAKITTT MAKKK!!" Fadhil menangis di lantai. "Kau dah pahal gila?" Tanya Sarah. "Aku tekezut...." Balas Fadhil. "L.A Squad!"

Member kelas, Afif tiba di meja L.A Squad bersama Adam di sebelahnya. Afif hempuk meja dengan tangannya.

"Kau pahal gila? Aku baling kau nanti baru menyesal." Nisa geram. "Ok sori sori chill. Jap. Bagi aku ambik nafas." Afif tercungap cungap.

"Relax bro. Nak pergi mana? Rombongan Cik Kiah ke?" Tanya Nisa. "Korang tau hari Isnin nanti birthday Miss Lee kan?" Adam duduk di lantai, penat.

"15 Januari. Aah. Awat? Bukan korang cadang nak beli kek ke? Sambut waktu Sejarah dua masa sebelum balik? Awatnya? Hampa tak cukup duit lagi ka?" Bebel Sarah.

"Ok sebenarnya kitorang tukar plan."

"So?"

"Kitorang perlukan bantuan korang. Betul betul ni! Serious! Tak main main!" Afif melutut.

"Kau dah apahal? Takkan kau nak suruh panggil Sultan datang kelas kot? Agak agak ah. L.A Squad punya femes ada limit. Sebab tu L.A Squad is limited edition." Bebel Aliff.

"HAHAHAHHAHA Kan!" L.A Squad bersorak. "Kitorang boleh je tolong. Apa plan gempak sangat dengonye tu?"

"Sebenarnya.... Plan kitorang..."

........

"HAHAHAHHAA OK! Senang je tu! Serahkan dekat kitorang. Tapi cakap kat diorang kena main karakter gak la!"

"Jangan risau. Yang lain dah ada karakter. Korang punya peranan lagi penting."

Now that's how to celebrate a birthday 😂

L.A SquadWhere stories live. Discover now