BAB5 Lakonan

28 4 21
                                    

BananaAriel_

"Teacher! Saya nak tanya satu soalan penting ni! Paling penting dalam dunia ni! Tak baik cikgu sebagai cikgu abaikan soalan saya ni! Sedih hati, jiwa dan perasaan saya ni nanti!"

Fadhil berdiri sebelum teacher Manimegalai atau mesra dipanggil ticer Mega memulakan sesi pembelajaran. Suasana kelas tenang dan aman. "Ya Fadhil. Kamu nak tanya apa?"

"Adakah wajar saya dihukum atas satu benda yang saya tak buat? Wajarkah itu? Adilkah itu?" Tanya Fadhil. "Tak patutlah. Sebab kamu tak buat pun benda tu."

"Ha! Betul tu ticer! Saya sokong!" Fadhil buat muka bangga. "Tapi benda apa tu?"

"HOMEWORK HAHAHAHHAHA!"

"Hei kamu ni. Ticer sabar je la." Ticer Mega tersenyum. "Ha! Tak siap homework ticer la tu!" Komen Ticer Mega.

"Im so sorry ticer. I tak sempat siapkan essay. Lepastu untuk Grammar harini, buku tertidur kat rumah. Dah kejut dah tadi tapi dia tak bangun bangun pun. So saya pun lupa nak ambil dia tadi. Ha, buku tu tertidur kat rumah da. Nanti balik saya marah dia untuk ticer."

"HAHAHAHAHHA! Adoi Fadhil!" Azhar tergelak sakan. "Kau buat lawak apa do?" Tanya Afiq. "HAHAHAA ni kisah lawak ke kisah sedih ni?" Tanya Iqbal.

"Kamu ni selalu sangat cipta alasan. Cakap je la buku aktiviti pun kamu tak bawa." Balas ticer Mega. "Yes teacher. Sebab buku aktiviti tidur satu dorm dengan buku E1, E2, E3, E4 tu. So satu dorm bangun lewat nak ke sekolah."

"HAHAHAHA apakah!" Harraz tergelak sama. "Hai sabar la cikgu. Dah dah dah. Salin ni dalam kertas nanti tampal. Kalau ticer tengok buku E1 takde nota ni. ticer denda kamu jalan itik satu koridor biar lalu bilik disiplin!"

"Ok ticer ok. Yey! Sayang ticer!"

"Macam macam la budak zaman sekarang ni. Sabar la ticer." Komen ticer Mega. "Mestilah. Sebab tu ticer ditakdirkan bertemu saya hehehe!" "Ye ye la Fadhil."

-

"So harini group terakhir iaitu group Los Angelas akan membentangkan drama yang saya dah beri tajuk bebas iaitu 'Anak Derhaka'." Komen puan Fadzlin.

"L.A bukan Los Angelas la cikgu! Tortilla!" Balas Aliff selaku ketua L.A Squad. "Eh? Apahal tortilla pulak?" Tanya puan Fadzila. "T O R I L L A. Ambil dua huruf dekat belakang tu. L.A Squad!" Balas Nisa.

"Ha yela yela. Tortilla ke nachos ke suka hati kamu la. Sekarang kamu boleh set up. Tapi kamu terlebih orang ni tau."

"Ni saya bawa torchlight." "Untuk apa pulak?"

"Lightning lightning biar jelas muka pelakon." Balas Hani. "Hei kamu ni. Ada ada je la. Suka hati la. Drama kamu bukan drama saya. Ha, mula mula kenalkan karakter dulu." Balas Puan Fadzlin

"Ok ni cerita si Tanggang tapi kitorang ada tambah watak sikit tau. Watak utama adalah Fathul aka si Tanggang anak derhaka kawan durjana. Then Fadhil jadi mak si Tanggang aka Mak Som. Perempuan kaya yang kahwin dengan tanggang pulak aka Najmi yang diberi nama Najma."

"Kawan si Tanggang aka Asyraff as Acap. Lipstick aka Aliff...."

"Kau jangan pandai pandai eh. Aku tumbuk kau nanti melayang ke hutan Amazon sana." Aliff mengugut. "Ok ok ok ok sorry bro. Aliff as Aliff." Azhar tergelak dalam introduction nya tadi.

"Asyraff as bapak mentua tanggang aka Pak Cap. Iqbal as Iqbal aka pembantu Tanggang. Khairi as Khairina aka sepupu Tanggang. Izzuin as pencerita sahaja."

L.A SquadWhere stories live. Discover now