BAB10 NiNi & NaNa

25 6 4
                                    

"Kalau benci, kenapa ada yang merindu? Kalau merindu, kenapa ada yang membenci?"

"Hati ini tak sanggup melepaskan kau pergi. Kalau melepaskan, mengapa masih mencintai. Kalau mencintai, kenapa melepaskan?"

"Apa kes Hani dengan Aina jiwang karat ni?" Tanya Azhar. "Kesnya? Aina broken idola dia reject dia. Hani memahami. Itulah gabungannya." Balas Aliff. "Oh gosh..." Adlina memerhati.

"Jika dia bukan untukku, takdirkan lah yang terbaik. Namun mengapa mesti dia jauh dariku?" Aina membalas. "Hati tak boleh memaksa cinta, cinta tak boleh membeli hati. Tapi kerana cinta, hati rela terluka ~"

"Korang boleh masuk sajak puisi broken heart duo kot." Komen Izzuin. "Jap. Apa kes member dua orang ni broken?" Tanya Fathul. "Kes yang sebenarnya... Hmmm rumit pulak." Aliff menggaru kepalanya.

"Apa kes?"

"Hmmm... Sebenaqnya ni yang cheq memang ada hasrat nak habaq kat hampa semua. Sebenaqnya depa terasa kat Aliff dan Azhar noh." Balas Izzati. "Hai? Apa cite pulak ni?"

"Apahal kitorang ni? Cerita mana ni?" Azhar tak berkelip matanya. "Hai hangpa ni la..."

"Lihatlah, bintang bintang di langit. Kira kan segalanya. Tak mampu kerana begitu banyak? Begitulah cintaku yang tak mampu dihitung untukmu ~" Hani memandang langit.

"Hari cerah woi."

"Lihatlah, matahari yang satu menyinari seluruh dunia. Begitu juga cintaku yang menyinari dirimu. Namun, kau tutup dirimu di sebaliknya dan membelakangi cintaku untukmu." Aina membalas.

"Guys just..."

"Nini, jom pergi jalan jalan." "Jom Nana."

"Who the hell is Nini and Nana?" Adlina menggaru kepalanya. "Haihh... Cheq tak tau nak gitau camana kat hangpa." Izzati mengeluh dan menggeleng.

"AAAA Dorang terasa pasal aku dengan Azhar tak nak join aktiviti pengakap tu ke?"

"Nak dipendekkan cerita, yes." "...."

-

"Ok guys bukan tak nak join dan tu bukan alasan murah tau. Tapi kitorang malas la nak pergi. Lagipun kalau korang pergi, korang boleh jadi ketua kan? Kalau kita tak pergi pun, Syafiq jugak jadi ketua." Azhar cuba explain.

"Lihat lah langit. Sungguh mendung dan gelap. Begitulah hatiku sekarang untuk mendengar alasan alasan mu."

"Whatda..."

'"Haih padan muka hangpa la." Izzati menggeleng. Ada ada je hal. "Manusia. Menabur janji memang juara. Namun gagal mengotakan janji, meretak seribukan sekeping hati." Balas Hani.

"Ya tuhan deep la siot." Aliff dan Azhar menghantuk dahi masing masing. "Hmm mendapatlah korang..." Fathul dan Afiq mengusik. Asyraff dan Najmi dah syok gelakkan dua orang tu.

"Is it too late now to say sorry?" "Yes."

"Okay sorry."

"Too late."

"PADAN MUKA HAHAHAHAHAHA!" Sarah tergelak bila Aina membalas pertanyataan Azhar tadi. Azhar buat muka serba salah. "Pandai siot membelit!" Izzati tergelak sama.

"Alahh sori la gais. Bukan sengaja." Aliff cuba menenangkan suasana. "Diam diam. Biar mereka bergembira mentertawakan kita." Ujar Hani. "Ya tuhan muka takle blah, nak gelak jugak."

"Ok ok ok sila marah asalakn boleh lepaskan geram kau tu."

"Weh Aliff. Kau baru je gali lubang tandas sendiri." Fadhil menepuk dahi. "Mampus kau Zaliff." Elsa membelakangi mereka. "Hani. Tugas ni aku serahkan kat kau." "No worry, Aina."

"Oh bab berjanji nombor satu! Nak jadi komander la, nak jadi ketua bagai last last takde angin takde ribut tiba tiba tak hadir tarik diri! Mesej tak, call pun tak Oh HAHAHAHA tiba tiba tak datang oh wow Amazayn! Just like a fried banana!"

"Fried banana?" "Shhhh!"

"Ekonomi kumpulan ni dah la merudum macam anak kambing ragut rumput. Ha, rumput kau panggil meragut. Habistu yang manusia dok kerja dia meragut je nak panggil apa? Mengunyah? Bapak ah. Janji ditepati konon. Dasar janji tak ditepati! Tak mengenang budi!"

"Aku dah la tiba tiba tup tup kena jadi penolong kumpulan sebab si Aliff takde. Kumpulan kurang 2 orang. Oh HAHAHA janji manismu akan ku kenang sampai bila bila. Lepastu datang sekolah muka sempoi macam tak tau apa apa. Oh wow cantiknya muka! Nak je aku ambik arang aku lumur! Biar hitam!"

"Janji manis! Janji sekadar janji, tu la manusia zaman sekarang. Aku dah cakap dah iPhone tu cukup 6 beradik je. Pergi menggatal tambah lagi sorang tu kenapa? Kan dah merudum otak remaja zaman sekarang ni? Aku tak paham apa masalah henfon aku dari haritu lagi internet tak sampai sampai!"

"iPhone, otak, internet. Apa kena mengena?"

"Shh shh diam diam. Nanti lagi parah."

"Ha lepastu pulak aku tak tahu la nak cakap apa bila tong sampah dalam kelas tu penuh je. Aku tak paham! Orang suruh bertugas tak nak! Lepastu salahkan aku sebab kenapa kelas tak kemas, yang ketua kebersihannya mengangkang je kerja! Tong sampah semuanya!"

"Ha lepastu limau dalam kotak untuk Chienese New Year bukan nak penuhkan. Asyik tinggalkan kosong. Kes ni sama dengan Chipster dan lain lain. Geram aku. Habiskan duit nak makan, tapi beli angin dah apahal. Aku ni busy kerja sekolah la assingment la,  ITU LA INI LA!"

"Jangan makan keropok aku woi!" "SHADAP YOU!"

"Ok ok ok ok sila sila..." Fathul lari ke sebelah Fadhil. Fadhil tergelak tengok muka Fathul. Aina pula dari tadi mengangguk angguk tanda setuju walaupun apa yang Hani cakap tak berkaitan dengan topik asal.

"Kes ni sama dengan buah pisang dekat pokok pisang aku kena curi. Aku tak kisah kalau monyet yang curi pisang aku tu! Tapi manusia curi tu dah apahal! Tak reti mintak izin? Aku jaga, siram tanam elok elok kau curi setandan pulak tu! Setakat sebiji dua tak la aku kisah, ni setandan. Aku boleh jual dapat duit kot! Dasar tak mengenang budi! Tak bayar pulak tu! Pisang pun mahal tau tak sekarang ni?!"

"Aku ni niat la nak petik pisang buat makan, buat goreng. Tiba tiba pisang sebiji pun tak ada padahal baru semalam elok je. Monyet curi pun takde la banyak sampai macam tu. Dasar manusia betul. Dha la tak cakap terima kasih pun. Aku yang jaga, yang tanam, orang lain curi dah apahal?"

"Satu lagi, kes pen hilang." Aina menyambung. "Betul tu!" Sokong Hani.

"Bila dah pinjam pen member, bukan reti nak pulangkan. Buat harta lepastu tak mengaku aku punya. Cantik siot perangai. Bukan setakat pen, sampai pensel, pembaris, kalkulator aku dirembat sekali! Gila betul. Dah la tak minta izin. Kalkulator dah la mahal sekarang ni! Banyak betul duit aku la kan?"

"Sokong ah Hani. Yang paling gila bila aku hantar buku latihan, cikgu tak tanda. Lepastu cikgu cek semula, dia marah kenapa tak tanda. Oh wow hebatnya! Geram betul aku tiba tiba tak dapat explain kena berdiri kat luar"

"Tu bukan cerita 4 tahun lepas ke?"

"Lepastu kes meja kat kantin kena rampas. Kau dah nampak ada orang duduk kat situ sebelum tu, dia pergi beli makanan kau jangan la duduk situ! Pakai la otak sikit bila buat seusatu! Jangan la ego sangat, fikir diri sendiri je. Lepastu aku nak duduk, bukan main sombong muka. Kalah taik kuda! Cantik betul lah perangai!"

Maka kedua dua mereka teruskan membebel sampai lah...

Habis waktu persekolahan.

"Aku takkan mintak dioranh buka mulut lagi. Janji."

"Insaf weh insaf."

sorri ah gila hambar sikit 😂

L.A SquadWhere stories live. Discover now