BAB 2

10.5K 590 15
                                    

Beberapa minit berada di taman, Iman memandang sekeliling melihat orang orang suruhan Farish mengawal ataupun tidak. Dalam otak dah pasang rancangan.

Dia kena keluar dari sini. Duduk dengan lelaki asing? Memang taklah! Dia bukan gadis seperti itu. Mama papa telah ajar agama yang cukup padanya.

Iman berjalan perlahan-lahan dan menuju ke arah tembok yang memisahkan taman dengan hutan tebal diluar sana itu. Berpaling ke belakang sebentar untuk memastikan tiada yang memerhatikannya.

Terus Iman melompat dan capai bahagian atas kemudian dia mengangkat sebelah kakinya untuk diletakkan di atas tembok bagi memudahkannya untuk melompat untuk ke sebelah hutan.

"Argh." Erangannya terlepas apabila kakinya yang sakit telah sentuh di tanah selepas dia melompat dari tembok.

Terduduk dia sambil memegang kakinya yang sakit. Dia lupa, kaki dia masih lagi belum baik semasa kejadian 'lari' dia tempoh hari.

Terkedu Farish melihat Iman yang berani melarikan diri. Tak sempat nak menahan, sebab dia yang lihat itu pun Iman tengah tunggu untuk terjun ke bahagian hutan.

Kagum juga dia dengan nekad dan keberanian gadis itu. Kalau cuma berlagak berani dia tak tahulah. Tapi dia memang kagum.

Farish berpaling masuk ke rumah dan menuju ke pintu utama untuk mengejar Iman yang sudah pasti sudah jauh. Well budak atlet sekolah dulu. So tak ada hal nak lari. Kelebihan apa pada Iman yang mempunyai kaki panjang, tapi tak boleh lawan dengan ketinggian dia. Tapi tetap Iman boleh berlari laju.

"Eh sekejap, bukan kaki dia sakit ke? mesti tak jauh lagi ni." Fikir Farish. Terus dia menonong ke pintu utama.

------

BANG!

Terduduk Iman mendengar tembakan itu. Dadanya berdegup kencang. Jangan kata yang Farish berjaya menemuinya.

Seketika kemudian Iman pasti yang Farish ada di sekitar-kitar sini sebab lelaki itu melepaskan tembakan secara rawak. Tak lain dan tak bukan, mesti mahu menakutkannya. Heh.

Baru sahaja Iman ingin bangun untuk menyambung lariannya, dia terdengar suara yang boleh membuatkannya kembali semula ke villla tempat dia disembunyikan. Iman mengeluh halus.

"Aku dah cakap kan jangan lari tapi kau lari jugak." Farish mencangkung di hadapan Iman yang hanya menundukkan wajah sambil duduk dengan hanya menggunakan lutut.

Iman diam.

Farish mendengus geram apabila Iman tidak bagi respon. Dia ni kan! Sengaja cabar aku agaknya!

"Kau memang cabar aku." Kata Farish seraya bangun daripada cangkungannya dan mengahalakan muncung pistol ke arah Iman.

"Maa..maafkan saya , sssaa..aya tahu saya salah, tolong jangan apa-apakan saya." Gugup Iman apabila muncung pistol dihalakan ke arah dia.

Walaupun dia tak nampak sebab dia menunduk, tapi dia dapat rasa pistol itu betul betul di kepalanya. Kalau nak bunuh dia, kenapa tak buat masa hari pertama? Kenapa kena hari ketiga?

"Kau yang cari penyakit Iman." Senyuman sinis menghiasi wajah Farish.

"So, ada apa-apa nak cakap sebelum aku tembak? Nak makan nasi ayam ke? Atau nak balik semula villa tadi?" Tawar Faris dengan merapu sambil melayangkan wajah mengejek.

Iman hanya diam. Dia tak dapat nak fikir untuk tawaran Farish itu. Akal dia tak dapat nak berfikir apa-apa sekarang ni. Yang pasti dia sangat takut sekarang!

Akhirnya dia hanya menutup mata sambil mengucap dua kalimah syahadah. Redha akhir hidupnya begini.

"Nampak macam dah ready je.. Dah ready ke?"sengaja Farish ingin membangkitkan ketakutan Iman dengan banyak bertanya dan melambatkan tembakan.

[E] My Love  Mr Kidnapper✔Where stories live. Discover now