Iman tersedar apabila terdengar bunyi guruh kuat, menandakan hujan yang turun sekejap lagi akan lebat. Suhu bilik yang memang telah sejuk bertambah sejuk disebabkan keadaan itu. Di luar sana yang hutan bertambah gelap jadinya.
Jam di sebelah lampu tidur dipandang. 6 pagi. Terkelip-kelip matanya memandang jam itu. Tidak percaya dia terpaksa bangun seawal ini untuk melaksanakan dendanya itu.
Heh, kelakar Iman. Getus hatinya. Segera dia bangun dari katil sebelum hatinya tergoda dengan keselesaan katil tidurnya tika ini. Tergugat dek iman nanti. Bahaya!
Usai solat subuh, Iman mengambil tuala mandi dari almari untuk mandi walaupun dia sedang sejuk. Tidak gemar betul dia mandi sejuk-sejuk seperti ini. Setelah itu tudung disarungkan.
Ruang luar bilik yang terang dan sunyi buatkan hatinya turut sunyi. Selangkah dibuka lalu matanya melorot memandang laluan yang kosong. Figura Farish pun tidak kelihatan. Tidur lagi kot, teka fikirannya.
Malas mahu membuang masa, segera Iman turun ke bawah dan ke dapur. Tiada sebarang menu sarapan apa pun difikirannya buatkan dia menyelongkar isi kabinet dapur, mencari bahan apa yang terdapat dalam itu.
Sempat matanya singgah di jam besar di ruang tamu. Telah masuk 7:30 pagi. Terbeliak mata Iman. Dia tak tahu nak buat sarapan apa. Matanya kembali memandang kabinet dapur yang ternganga pintunya.
Satu plastik rotu gardenia bersaiz kecil menarik perhatiannya. Lantas peti ais dibuka. Mencari sesuatu yang terlintas di fikirannya. Hujung bibir ternaik melihat telur yang berderet susun di tempat khas telur dalam peti ais.
Lima minit sebelum jam 8, roti bakar yang disapu dengan planta dan telur 3 biji separuh masak dihancurkan terhidang di atas meja. Sebagai pencuci mulut, buah epal dipotong. Dan kopi panas untuk Farish, manakala dia milo suam.
Iman tersenyum dengan hasilnya. Boleh kata untuk percubaan pertama, dia berjaya. Walaupun menu simple, tapi bagi dia susah! Maklumlah mana pernah dia buat benda ini semua.
Bunyi derap tapak kaki membuatkan Iman berpaling ke arah tangga. Kelihatan Farish sedang menuruni tangga. Jam besar di ruang tamu sekali lagi dipandang.
Dia tak tahu sama ada rasa kagum atau pun menyampah dengan Farish yang sangat menepati waktu. Tepat jam 8 lelaki itu baru turun untuk bersarapan.
Fatish berhenti di tepi meja makan. Mukanya tidak beriak apa-apa sebelum keninganya berkerut tidak suka.
"Ini je ke kau mampu buat? Tak pandai masak ke?" Soalnya berbaur sindiran. Dia memandang kosong Iman yang mengetap bibir. Gerram mungkin.
"Memang tak pandai masak pun! Padan muka awaklah! Kalau tak sedap, awak yang makan. Lain kali tanya saya dulu pandai masak ke tak sebelum nak suruh masak." Bebel Iman tidak puas hati.
"Lagi satu, barang dapur satu apa pun tak ada. Jadi jangan nak pertikaikan apa yang saya masak. Bersyukur sikit!" Sambungnya lagi apabila Farish diam tidak membalas.
Fariah mengambil tempat duduk tanpa sebarang komen lagi. Dia menghirup sedikit kopi dan matanya terbeliak luas. Sedap! Sekurangnya ada juga Iman reti buat.
"Nanti aku beli barang dapur. Dan kau masak. Aku tak kisah kau pandai masak ke tidak. Yang penting kau masak." Dia memandang Iman yang telah pun mengambil tempat duduk di sebelahnya dengan roti di mulut. Cawan diletakkan semula di piring.
Iman hanya mengangguk sebagai balasan. Malas nak gaduh lama-lama. Hari-hari gaduh naik bosan dia!
Selesai sarapan, Farish terus naik ke bilik kerjanya manakala Iman membasuh pinggan serta cawan yang digunakan.
Selesai sahaja kerjanya di dapur, dia pergi ke bilik kerja Farish. Dia ada sesuatu ingin cakapkan. Tadi dia tidak sempat cakap Farish dah naik bilik kerja di atas.
YOU ARE READING
[E] My Love Mr Kidnapper✔
Romance1st novel by ssyqienn STATUS: COMPLETED & EDITTING Tajuk akan tukar - Mrs Farish Iman Amani seorang yang ceria, manja lagi nakal. Tetapi senakal-nakal dia pun, dia tidak melawan kata-kata mama papanya. Apa yang mereka mahu, dia akan turutkan. Faris...