BAB 4

9.2K 439 11
                                    

Satu pun siaran di Tv tidak menarik perhatian Iman untuk menonton. Punat-punat di badan remote tv ditekan berulang kali menghilangkan bosan.

"Ee! Stresslah dengan mamat tu! Apahal tiba-tiba cium aku?" Teriak Iman tiba-tiba. Tangan naik menyentuh ubunnya yang menjadi tempat kucupan Farish tadi.

Ada rasa bahagia menjengah hatinya, ada juga rasa geli geleman bila bibir itu menyentuh ubunnya yang belum pernah menerima kunjungan orang asing. Tak lupa rasa benci dengan sikap Farish yang bebas menyentuhnya.

Prang!

Bunyi barang jatuh dari arah dapur menyentakkan Iman yang tengah termenung di ruang tamu.

Apa tu?

Dada tiba-tiba sahaja berdebar kencang apabila fikirannya mula memikirkan perkara negatif. Seperti rumah ini telah dimasuk perompak.

"Siapa tu? Farish dah keluar kan?"Gumamnya perlahan. Mata dikerling ke luar rumah untuk melihat kereta milik lelaki itu ada di situ ataupun tidak.

Tiada. Iman diserang gelisah.

Lantas punggung di angkat dari sofa yang menjadi labuhan duduknya. Kaki melangkah ke arah dapur. Keberanian yang hanya nipis senipis kulit bawang itu tidak diendahkan. Yang penting sekarang ini, dia mahu tahu siapa yang berada di dapur.

Anak-anak buah Farish hanya berkawal di luar rumah. Tak akan sesekali anak buah Farish berkawal di dalam rumah.

Disebabkan lelaki itu sendiri tidak membenarkan anak-anak buahnya masuk ke dalam rumah tanpa ketiadaan lelaki itu di rumah. Sebabnya Iman sendiri tidak tahu.

Batang penyapu yang berada di penghujung pintu dapur dicapai untuk dijadikan sebagai senjata. Kaki melangkah perlahan ke arah figura lelaki yang membelakanginya di sinki dengan perasaan yang berdebar. Takut!

Batang penyapu diangkat tinggi bila melihat tanda-tanda lembaga itu ingin berpaling ke belakang. Sebelum perkara itu terjadi, Iman terlebih dahulu menghayunkan batang penyapu.

Buk!

"Padan muka! Rasakan!" Tanpa segan silu Iman memukul bertubi-tubi bahu kiri lelaki itu dengan kuat. Biar pengsan lagi bagus! Tak ada lah jadi apa-apa kat dia nanti.

"Aduh! Aduh! Woi! Kau kenapa hah?" Jerit Farish lantang sambil tangannya cuba menghalang batang penyapu supaya berhenti dari singgah di badannya. Wajahnya tertampal riak sakit.

Iman terkedu mendengar suara itu. Automatik tangannya di awangan, berhenti memukul bahu itu. Dia melihat wajah Farish yang sedang menahan sakit. Bibir bawah digigit halus.

Tanpa buang masa, Iman melepaskan batang penyapu. Membiarkan batang itu jatuh menyembah lantai. Farish yang melihat itu mengangkat wajah. Matanya merenung tajam Iman yang tampak bersalah itu.

Iman tertunduk sebaik mendapat renungan tajam itu. Hatinya bertambah berdebar.

"Kenapa kau pukul aku ni hah? Kau ingat perompak masuk?! Kalau perompak mestilah muka pecah rumah, tapi aku yang muka ada iras-iras Zull Ariffin takkan perompak kut." Sempat Farish mengangkat bakul sendiri sambil cuba menyentuh bahunya.

Iman yang mula rasa bersalah terus bertukar menyampah. Satu lagi sikap farish dia telah ketahui. Suka memuji diri.

"Awak tu, balik tak dengar salam pun. Kereta pun tak ada kat depan tu. Macam mana saya tak fikir perompak?" Jelas Iman. Bukan silap dia kalau dia tersalah anggap.

[E] My Love  Mr Kidnapper✔Where stories live. Discover now