🌷 8

6.2K 323 18
                                    

Mata cuba dibuka . Tetapi tak boleh , seperti ada yang menghalang . Keadaan yang gelap gelita menakutkan Iman . Dia takut gelap !.Tangan naik untuk mengalihkan 'sesuatu' yang berada di matanya .

Kemudiannya , dia tersentak . Tangannya diikat . Kakinya juga dia pasti , diikat . Keadaan dia sekarang ni dia sedang duduk diatas lantai sambil kaki dilunjurkan dan tangan di ikat di belakang badannya . Iman gelabah seketika . Well dia tengah takut kan ?

Bunyi pintu terbuka membuatkan Iman berpaling ke arah pintu . Telinganya kena peka dengan segala bunyi di persekitarannya , dan dia kena pantas mengecam keadaan yang berlaku .

Bunyi derap kaki jelas ditelinga Iman . Bunyinya semakan jelas dan kuat . Iman yakin orang tersebut melangkah kearahnya .

"Siapa ?"bergetar suaranya kini . Keadaan yang macam ini dia sangat takutkan ! dia tak nampak dan sekaligus dia tak boleh mengetahui apa yang berlaku disekelilingnya dengan cekap ! orang yang sedang berjalan ke arahnya mungkin akan membuat sesuatu dengannya.

Diam . Bunyi derap tapak kaki juga tidak lagi kedengaran . Iman gelisah .

"Siapa ?!"ditekankan sedikit suaranya . Dia betul-betul nak tahu !

"Kau tak perlu tahu siapa aku . Yang hanya kau perlu tahu , aku musuh keluarga kau"bisik suara itu ditelinga Iman . Cukup perlahan , dapat membuatkan Iman takut dengan bertambah-tambah .

Iman bergerak ke belakang dan ke tepi sedikit . Terkejut dengan suara berbisik yang tiba-tiba itu . Kepala Iman berpusing ke arah suara yang berbisik di telinganya .Dia mengagak suara itu pasti datangnya dari orang yang berusia seperti mama papanya .

"Musuh keluarga ? apa yang kau tak puas hati dengan keluarga aku ? setahu aku keluarga aku tak ada musuh"tutur Iman .

Tergelak sinis lelaki di hadapan Iman .

"Kesian kau Iman . Keluarga kau sendiri kau tak kenal lebih mendalam . Kau tak tahu apa-apa langsung Iman tentang perkara 24 tahun lepas . Aku yakin kau mesti tak tahu jugak pasal status kau"

Perkara 24 tahun lepas ? apa yang berlaku ?. Status aku ? single lagi . Apa orang ni merepek dengan aku ni nih ?. Iman menggelengkan kepalanya .
"Apa kau cuba merepek ni ? status aku ? mestilah bujang lagi . Yang tiba kau cakap pasal status aku dah pahal ?"kalau dengan Farish pun dia boleh melawan kata , dengan orang ini jugak dia boleh melawan kata . Dah kena culik dengan Farish , kena culik lagi dengan entah siapa pun dia tak kenal . Apalah nasib kau Iman .

"Nampak sangat kau tak tahu Iman . Tak apalah , kita tunggu sampai mama papa kesayangan kau datang sini dengan tunang kau"dia yang duduk menyangkung depan Iman bangun berdiri dan meninggalkan Iman yang terdiam dengan kata-katanya tadi . Senyuman sinis terukir .

Ttuu...nang ? what ?! tunang ?! bila masa pulak aku ada tunang ni ?!. Pelbagai soalan yang berada di kepalanya , membuatkan kepalanya memberat . Kepala disandarkan di dinding belakangnya , dan akhirnya di terlena .

---------

Farish menuruni tangga dengan wajah yang tiada riak ! pakaiannya juga telah bertukar dengan jaket hitam , dan berseluar jeans lusuh .

Gerun anak buahnya melihat Farish itu . Muka je nampak tenang , kejap lagi berapi la tu . Anak buahnya sudah masak dengan Farish !.

Dipandang satu-persatu anak buahnya yang sepatutnya berkawal malam tadi . Matanya yang hitam-kelabu sedikit itu seakan hitam kesemuanya , tiada sikit pun kelabu di mata lelaki itu . Hitam gelap !

Telan liur kesemuanya di situ melihatkan keadaan Farish .

"Korang buat kerja atau tak ha ?! macam mana diorg boleh terlepas masuk dalam rumah ni ?!. Yang jaga luar rumah , macam mana korang boleh terlepas pandang kereta asing masuk ?!. Yang jaga bahagian dapur , mana korang pergi masa tuh ?! tidur ?!"tengking Farish . Dadanya naik turun menahan marah .

[E] My Love  Mr Kidnapper✔Where stories live. Discover now