Halilintar, Jangan Tinggalkan Kami...

2K 101 0
                                    

Pada suatu petang...

Kelihatan 5 remaja sedang duduk di sebuah pondok di taman permainan.

"Hah... Bosannya cuti akhir tahun ni... Takde benda ke nk buat?..." Gopal merungut.

"Hmm... Apa kata kita buat ulangkaji matematik. Nk tak?" Cadang Ying.

"Yaayy! Aku boleh je!" Balas Yaya riang.

"Ha?! Tak nak aku ulangkaji math. Buat tambah bosan lagi ada la." Bantah Boboiboy.

"Ini waktu cuti la... Bukan waktu kelas tambahan math..." Ujar Fang pula.

"Ish! Bosannya! Boboiboy kuasa tujuh!" Boboiboy terus berpecah.

"Eh? Apasal kau tiba² berpecah ni, Boboiboy?" Soal Gopal.

"Saja nk hilangkan kebosanan." Jawab Gempa.

"Adakah anda bosan?" Soal Blaze siap dengan gaya seperti pengacara tv lagi.

Yg lain hanya mengangguk.

"Kalau macam tu, bersiap sedialah untuk... Persembahan Api! Yaayy! Tepuk tangan! Tepuk tangan!" Ujar Blaze sambil bertepuk tangan.

Semua di situ sudah sweatdrop.

"Saksikanlah... Cakera Api! Hiyaa... Hahaha..." Blaze melambung dan menangkap semula Cakera² Api tersebut berulang kali. Ala² juggling gitu.

Sedikit sebanyak, terhibur juga hati mereka.

"Ice! Jom la join aku!" Ajak Blaze.

"Tak nak aku. Baik aku tidur. Zzz..." Belum apa² lagi, Ice sudah tidur di kaki pondok itu dalam keadaan duduk bersandar dan kaki berlunjur.

"Taufan?" Blaze memandang Taufan.

"Lalalalala..." Taufan sudah bahagia dengan hover boardnya.

"Halilintar, kau nak buat kerja tak?" Soal Gempa tiba².

Kesian dia melihat Blaze sorang jer yg menghiburkan mereka.

"Kerja apa?" Soal Halilintar kembali.

"Tu. Cantas dahan pokok yg berlebihan tu. Nampak kemas sikit." Pinta Gempa.

"Ok. Biar aku tunjuk kebolehan aku." Kata Halilintar sebelum sepantas kilat mencantas dahan berlebihan dengan menggunakan Pedang Halilintar.

"Wah... Bergayanya..." Gopal memuji.

"Eleh... Setakat cantas pokok, aku pun boleh buat... Harimau Bayang!" Fang mahu bersaing.

Dan mereka bersungguh-sungguh menggubah pokok² itu untuk menentukan siapa punya lagi cantik.

Gempa pula mengeluarkan Golem Tanah. Thorn menyangkut Akar Menjalar pada Golem Tanah untuk membuat buaian.

"Sementara tu, main la buaian dulu..." Thorn mengalu-alukan sesiapa saja yg ingin main buaian buatannya.

"Aku nak!" Jerit Yaya dan Ying serentak dan terus menaiki buaian panjang itu.

"Ceh! Macam tak pernah main buaian jer..." Kata Gopal.

"Eleh... Cakap je la kau jealous..." Solar yg duduk di sebelah Gopal menyindir.

"Heh! Aku dh siap..." Kata Fang angkuh.

"Wah!" Semua jadi kagum melihat hasil kerja Fang.

"Aku pun..." Kata Halilintar.

"Wah!!" Lagi bertambah kagum melihat hasil gubahan Halilintar.

"Heh! Kacang jer..." Kata Halilintar lalu berjalan ke pondok untuk duduk di situ.

"Lalalala..." Taufan menaiki hover boardnya tanpa hala tuju.

"Alamak! Halilintar, tepi!" Jerit Taufan yg semakin hampir dengan Halilintar.

Dia tak dapat kawal hover boardnya.

Halilintar yg mendengar jeritan Taufan menoleh ke belakang.

Dan saat itu, dia sempat berundur ke belakang namun malangnya, Halilintar tersadung kaki Ice.

Dia jatuh ke belakang kemudian kepalanya terhentak pada bucu pondok di situ.

"Halilintar!" Semua menyerbu Halilintar yg sudah tidak sedarkan diri.

"Halilintar! Bangun! Jangan la buat aku macam ni! Maafkan aku, Halilintar!" Taufan sudah meraung saat melihat darah mengalir di belakang kepala Halilintar.

"Korang jangan pergi mana²! Aku pergi telefon ambulans dan panggil Ochobot!" Ujar Gempa sambil berlari menuju ke rumah Tok Aba.

Taufan masih menangis melihat Halilintar di pangkuannya.

Fang masih terkedu kerana baru saja tadi dia berentap dengan Halilintar dan kini Halilintar sudah terbaring kaku di hadapannya.

Yaya yg kesian melihat Taufan pun turut mengalirkan air mata.

Yg lain hanya diam tak berkutik kerana semua terjadi dalam sekelip mata.

* To be continued...*

_________________⚡⚡⚡______________

Just Memory, Halilintar... (Boboiboy Fanfic)Where stories live. Discover now