Blaze, Ice...

1.1K 66 0
                                    

Blaze berjalan pulang sambil menjinjit beg plastik berisi sebekas ais krim vanila. Siap bernyanyi kecil lagi.

Sampai satu masa itu, Blaze terlihat Yaya yg berjalan tidak jauh darinya.

"Yaya! Yaya!" Blaze melaung gembira lalu menghampiri Yaya.

"Eh, Blaze. Hai." Yaya senyum.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Blaze.

"Aku saja jer jalan². Kau pulak, dari mana?" Yaya menyoal kembali.

"Aku baru balik dari kedai. Beli ni." Blaze menyua beg plastik lut cahaya itu ke arah Yaya.

"Ooo... Ais krim ni untuk Hali ke?" Yaya masih menyoal. Dh macam sesi soal jawab pulak...

"Ha'ah." Jawab Blaze ringkas.

"Hmm... Kalau macam tu, elok la... Jangan lupa suruh dia makan ubat, tau. Harap² dia cepat sembuh." Ujar Yaya dengan senyuman.

Wajah Blaze yg tadinya riang, terus menjadi mendung.

Yaya yg melihat perubahan itu terus dipagut rasa bimbang.

"Blaze, aku ada salah cakap ke?"

"Takde la. Aku balik dulu. Bye." Blaze meneruskan langkahnya tanpa menoleh Yaya lagi.

Yaya jadi terpinga-pinga.

Sementara itu, Blaze pula berjalan dengan mulut terkumat-kamit.

'Hali³! Tak habis² Hali! Aku ni, tak pernah pun dia ambik kisah!' Bicara hati Blaze.

Blaze dh mula rasa cemburu bila Yaya asyik ambil berat tentang Hali. Asyik tanya tentang Hali jer.

Tiba² Blaze berhenti melangkah. Dia memegang kepalanya. Kepalanya terasa sakit dan berdenyut-denyut.

"Ahhh!!" Blaze menjerit bila terasa kepalanya semakin sakit.

Yaya yg masih belum jauh dari tempat keberadaan Blaze, menoleh apabila mendengar jeritan itu.

"Blaze!" Yaya terbang ke arah Blaze.

Blaze sudah pun melutut ke tanah dengan tangannya masih memegang kepalanya.

"Blaze, kau kenapa ni??" Yaya sudah cemas.

Tiada jawapan drpd Blaze. Dia terus-terusan mengerang kesakitan.

Akhirnya, Blaze rebah juga di atas tanah dlm keadaan tidak sedarkan diri.

Yaya tiada pilihan lain selain membawa Blaze kepada pecahan Boboiboy yg lain dan Ochobot.

Dia menggunakan kuasa Apungan Gravitinya untuk mengangkat Blaze dan terus menuju ke kedai Tok Aba.

_________________⚡⚡⚡______________

Beberapa minit sebelumnya...

Ice bermalas-malasan di sofa dalam bilik Boboiboy.

Sekali-sekala, dia memeriksa keadaan Hali untuk memastikan Hali dalam keadaan yg baik.

Ketika Ice memejam matanya, dia terdengar Hali memanggil namanya.

Ice membuka mata dan menghampiri Hali.

"Ada apa, Hali?" Ice bertanya lembut.

"A-aku se-sejuk..." Hali mengadu.

Ice berasa sedikit hairan. Hali sudah memakai selimut tebal yg tentu² memanaskan.

Tapi lama-kelamaan, dia faham keadaan Hali.

"Kau tunggu sini. Biar aku buatkan air koko panas untuk kau." Ujar Ice.

Hali hanya mengangguk.

Ice beredar dari situ.

Setibanya di dapur, Ice melalui sebuah cermin yg terletak di dapur.

Buat seketika, dia merenung wajahnya dalam cermin.

Dia mengangkat sedikit topinya dan menyentuh rambut putihnya yg sedikit berbanding rambut hitamnya itu.

Dalam masa yg sama, kepalanya diserang sakit yg teramat sangat.

Ice mengerang kesakitan sebelum dia terbaring di atas lantai dapur.

Dia memegang kepalanya yg tak tertahan sakitnya.

Sementara itu...

Hali terdengar suara Ice dari arah dapur.

Walaupun badannya lemah namun dikuatkan juga semangat untuk memeriksa apa yg telah berlaku kepada Ice.

Sampai saja di dapur, Hali dpt melihat Ice sudah terbaring dalam keadaan sedang memegang kepalanya.

"Ice!" Hali segera mendapatkan Ice.

Ice tak berhenti mengerang sehingga satu saat dia terasa pandangannya kian berbalam.

Akhirnya, Ice tidak sedarkan diri di pangkuan Hali.

* To be continued...*

_________________⚡⚡⚡______________

Just Memory, Halilintar... (Boboiboy Fanfic)Where stories live. Discover now