Kepulangan Halilintar

1.5K 87 0
                                    

"Ko... Korang to... Tolong jagakan Halilintar. A-aku pergi telefon Tok Aba." Tergagap Gempa bertutur kerana terasa lidahnya kelu.

Mereka hanya mengangguk.

Gempa berjalan keluar dengan semangat yg masih bersisa.

Setibanya di luar wad, Gempa terduduk di kerusi yg berada betul² sebelah pintu wad.

Dia menangis semahu-mahunya.

Yaya yg baru keluar drpd wad untuk pastikan keadaan Gempa, simpati melihat Gempa sedang menangis.

"Sabar la, Gempa... Kau kena kuat... Kalau kau tak kuat, macam mana dengan Solar, Thorn, Taufan, Blaze dan Ice? Diorang mesti sedih bila tengok kau macam ni. Nk² lagi bila waktu Halilintar memerlukan korang..." Panjang berjela Yaya memberi kata semangat.

"Aku tak sanggup nk tengok Halilintar macam tu... Aku sedih... Aku ingatkan semua akan jadi macam biasa bila Halilintar sedar tapi..." Gempa tak mampu menghabiskan ayatnya.

Dia masih menangis namun cuba ditahan.

"Dh la tu, Boboiboy... Aku pergi panggil doktor untuk periksa keadaan Halilintar dulu. Kau telefon Tok Aba, ya?" Yaya tersenyum.

Gempa hanya mengangguk sebelum menghubungi Tok Aba.

_______________⚡⚡⚡________________

"Kenapa dengan cucu saya doktor?" Soal Tok Aba sesudah doktor memeriksa keadaan Halilintar.

"Halilintar mengalami Amnesia akibat hentakan yg kuat pada kepala. Harap Tok Aba dan semua dapat bersabar." Doktor Tiha kelihatan berat untuk menyampaikan berita itu.

"Ada apa² tak yg kita boleh buat untuk pulihkan ingatannya?" Gempa menyoal.

"Kamu boleh menceritakan tentang masa silamnya tapi jangan terlalu memaksa. Cuba sedikit demi sedikit." Terang Doktor Tiha.

"Baik. Terima kasih, doktor." Ucap Gempa.

Doktor itu berlalu pergi.

"Gempa, jom tengok keadaan Halilintar." Ajak Ying.

"Takpe. Korang pergi tengok dulu. Nanti aku masuk." Ujar Gempa dengan senyuman yg cuba dimaniskan.

Fang perasan senyuman Gempa yg lain drpd biasa.

Setelah yg lain masuk wad Halilintar, Fang duduk di sebelah Gempa.

"Kau ok tak?" Soal Fang.

Gempa hanya diam. Dia masih teringat-ingat keadaan Halilintar yg meronta-ronta ketika doktor mahu memeriksanya.

Sebak hatinya melihat kembarnya begitu.

"Aku tau. Walaupun aku bukan seorang abang tapi aku faham perasaan kau." Fang berkata.

"Kenapa Halilintar kena lalui semua ni?" Ujar Gempa sebak.

"Kau tak boleh macam ni, Gempa. Kau tak boleh anggap semua ni beban bagi kau, Halilintar dan pecahan Boboiboy yg lain." Fang masih memberi semangat.

"Betul tu. Kau kena anggap ini takdir buat Boboiboy. Semua yg jadi mesti ada hikmahnya..." Tiba² suara Yaya mencelah.

"Eh?! Bila masa kau ada kat sini? Bukan kau kat dalam ke?" Soal Gempa dengan reaksi terkejut.

"Tak lah. Aku pergi beli makanan untuk korang tadi. Nah!" Yaya menghulur makanan tersebut dengan senyuman.

"Terima kasih." Sambut Gempa dan Fang.

"Aku nak tengok Halilintar. Korang nk tengok tak?" Soal Yaya.

"Ok." Jawab Gempa lalu mengekori Yaya.

Fang juga.

_________________⚡⚡⚡______________

Hampir seminggu Halilintar berada di hospital. Hampir seminggu juga Halilintar terasa kekok dengan orang di sekitarnya.

Akhirnya, dia boleh pulang ke rumah.

"Ini lah rumah Tok Aba." Ujar Gempa sewaktu tiba di hadapan rumah antik itu.

Halilintar hanya memerhati sekelilingnya tanpa sebarang kata.

"Yaay! Halilintar dh balik!" Jerit Blaze keriangan apabila melihat Halilintar melangkah masuk ke dalam rumah.

"Halilintar dh balik? Wah... Rindunya aku kat kau..." Ujar Ice yg baru sedar dari tidur.

Halilintar memandang pelik ke arah 5 orang yg berwajah serupa itu. Sangkanya hanya dia dan Gempa saja yg serupa. Tapi kenapa ramai sangat yg wajah sama dengannya?

"Halilintar, kenalkan, ini Solar, Thorn, Blaze, Ice dan Taufan." Kata Gempa.

"Eh? Kau!" Halilintar menunding ke arah Taufan.

"Hah?! Ke-kenapa dengan aku?" Taufan cemas.

'Maafkan aku, Hali!'

Ayat itu tiba² bergema di minda Halilintar.

"Arghh!" Halilintar memegang kepalanya yg sakit.

Pandangannya semakin kabur dan akhirnya gelap...

* To be continued...*

________________⚡⚡⚡_______________

Just Memory, Halilintar... (Boboiboy Fanfic)Where stories live. Discover now