Ice is Ice

915 51 0
                                    

"Huwaaah... Hmm? Dh pukul berapa ni? Eh?"

Ice yg baru bangun tidur melihat sekelilingnya yg sungguh asing.

"Bilik siapa ni?" Ice menggosok mata sebelah kanannya.

"Ice, kau dh bangun?" Tiba² pintu bilik dibuka dan seseorang menjenguk ke dalam.

"Ha? Siapa? Aku ke?" Ice menggaru kepala.

"Err... Ha. Kau Ice. Aku Taufan. Jom, semua dh tunggu untuk makan malam." Taufan mengajak Ice.

"Makan malam? Dh pukul berapa dh ni?" Ice masih terpinga-pinga.

"8 malam. Kenapa?" Taufan pula bertanya.

"Lamanya aku tidur..." Ujar Ice perlahan.

"Taufan! Mana Ice? Makan malam dh siap dh ni!" Kedengaran suara Gempa melaung dari ruang makan.

"Ha, pak cik tua tu dh panggil dh. Jom turun sebelum dia-"

"Pak cik tua kau panggil aku?!!" Tiba² Gempa berdiri di muka pintu bilik.

"Ha?! Bukan kau kat bawah ke tadi?!" Taufan terkejut.

"Haa... Dh ngaku ngumpat dh tu." Solar pula tiba² ada.

"Dh! Cepat turun!" Arah Gempa sebelum melangkah menuruni tangga.

"Fuhh... Nasib baik tak kena pukul." Taufan mengurut dada.

"Nasib baik apa? Tunggulah kat bawah nanti... Confirm kau kena belasah dengan pak cik tua kau tu."

Solar yg bersandar pd pintu bilik mula beredar.

Muka Taufan jadi pucat.

Ice hanya terpinga-pinga sebelum mengikut Taufan turun ke bawah.

___________________♥♥_________________

'Waa... Ramainya muka sama...' Ice memerhati setiap pecahan Boboiboy yg dianggap kembar serupa.

"Duduk la, Ice. Jangan malu²." Thorn menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya.

Ice duduk.

"Nama aku Ice?" Ice bertanya untuk kepastian.

"Ya. Nama kau Ice. Aku Gempa. Ini Tok Aba, Thorn, Taufan, Solar, Hali dan Blaze." Gempa memperkenalkan seorang demi seorang.

"Robot kuning yg terbang tu Ochobot." Taufan mencelah.

"Dh². Mkn dulu. Nanti kita sambung cerita, ya?" Tok Aba bersuara.

"Baik, tok." Jawab empat orang pecahan yg masih belum hilang ingatan.

'Blaze? Macam pernah dengar... Tapi kat mana?' Ice cuba mengingat semula.

_________________⚡⚡⚡______________

Selesai mkn mlm, semua pecahan Boboiboy duduk di ruang tamu kecuali Gempa yg membantu cuci pinggan di dapur.

Ruang tamu itu hanya dipenuhi kekecohan Taufan dan Thorn.

Kadang² Solar turut bersuara bila Thorn mencari pasal dengannya.

Ice hanya mampu tersenyum bila dirasakan gelagat mereka mencuit hati.

Namun berbeza bg Hali dan Blaze.

Hali hanya duduk diam dan berpeluk tubuh di sofa. Wajahnya pun tidak bermaya kerana demamnya baru kebah.

Blaze yg biasanya paling gila², hanya diam saja.

"Haih... Korang ni tak habis² nk gaduh. Takde benda lain ke nk buat?" Gempa keluar dari dapur dengan sebekas ais krim.

"Eh! Ais krim! Nk²!" Taufan tak menghiraukan teguran Gempa tadi.

Belum sempat Taufan merampas ais krim itu drpd Gempa, Gempa menyorokkan ais krim itu di belakangnya.

"Ep, ep! Biasha dia!" Gempa memukul tangan Taufan.

Taufan mengembungkan pipi tanda tak puas hati.

"Ni untuk Ice. Bukan untuk kau." Gempa menghulur pd Ice.

"Alohhh... Nk sikit..." Taufan dan Thorn merungut.

"Eee... Tak reti malu betul. Orang punya ais krim, nk minta² pulak." Solar menjeling.

Taufan dan Thorn hanya mencebik.

Ice menyambut ais krim itu lalu memakannya.

"Oh ya! Gempa, tdi Yaya ckp, esok dia nk jumpa kau." Kata Taufan.

"Eh, ha'ah la... Aku dh lama tak jumpa Yaya. Dia sihat? Ada ckp nk jumpa aku tak?" Thorn mencelah tiba².

"Kau tak payah nk menggatal." Solar menarik telinga Thorn lalu dilepaskan.

"Adeh! Sakit la! Eiish! Tau la kau jealous." Thorn mengusap telinganya.

Solar hanya diam lalu berpeluk tubuh.

"Hmm. Yela. Nanti aku jumpa dia." Gempa mengabaikan Solar dan Thorn dan menbalas kata² Taufan awal tdi.

"Yaya tu siapa?" Tiba² Ice bersuara.

"Kau tak ingat dia?" Taufan menyoal.

Ice menggeleng sambil menyuap ais krim ke dalam mulutnya.

"Takpe. Esok kau ikut aku jumpa Yaya." Pelawa Gempa.

"Alohh... Ice je? Aku?" Tanpa sengaja, Taufan dan Thorn berkata serentak.

"Tak payah! Korang tak penting pun." Solar melarang.

Kedua-dua pecahan Boboiboy yg gila² itu mengembungkan pipi.

"Err... Uhmm... Ada lagi tak?" Ice menghulur bekas ais krimnya.

Bila Gempa melihat isinya, kosong.

Gempa hanya tersenyum lalu pergi ke dapur untuk mengambil ais krim lagi.

Bagi Gempa walaupun Blaze berperangai berbeza, namun Ice tetap Ice yg dia kenal dulu.

* To be continued...*

_________________⚡⚡⚡______________

Just Memory, Halilintar... (Boboiboy Fanfic)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora