Demam

1.4K 70 0
                                    

Halilintar masih teringat ayatnya tadi.

'Tapi sayang... Mata tu bukan untuk aku...'

Ya. Dia mengaku. Dia tak sepadan dengan Yaya.

Yaya baik hati, sopan-santun dan peramah. Tak macam dia. Pendiam, pemarah dan dingin.

Yaya jauh lebih sesuai dengan Gempa yg rasional, matang dan bertanggungjawab.

Halilintar semakin merasa dia tiada peluang untuk menyimpan perasaan pd Yaya bila tengok perangai Blaze.

Dia masih ingat lagi wajah Blaze yg marah bila Halilintar tak sengaja melibas Yaya semalam.

Walaubagaimanapun, Halilintar tak tau kenapa dia rasa selesa bila berada dengan Yaya.

Dia rasa tenang dan kerana itu dia menceritakan tentang mimpinya itu kepada Yaya.

Padahal, sewaktu seminggu Halilintar di hospital, Gempa sering bertanya kenapa Halilintar selalu meracau memanggil nama Taufan setiap kali tidur.

Namun Halilintar berasa berat untuk menceritakan mimpinya kepada Gempa mahupun orang lain.

Sehinggalah Yaya yg menyoal punca dia pengsan ketika melihat Taufan. Dan ketika itu dia rasa mudah saja lidahnya bertutur.

Hati Halilintar sedikit lapang apabila dapat meluahkan tentang mimpi yg menjadi tanda tanya di dalam fikirannya selama ini.

Halilintar memandang langit. Mendung?

Tak lama lepas tu, hujan turun dengan lebat. Halilintar berlari untuk pulang.

________________⚡⚡⚡_______________

Keesokan harinya...

"Assalammu'alaikum. Boboiboy! Oh, Boboiboy!" Yaya memberi salam.

"Eh? Yaya? Ada apa kau datang sini?" Tanya Ochobot ramah.

"Aku datang nk bagi sup ni untuk Hali." Yaya menghulur mangkuk tingkat yg dibawanya.

"Oh... Terima kasih." Ucap Ochobot.

"Eh? Kau tak ikut Tok Aba ke kedai ke hari ni?" Soal Yaya.

"Atok buka kedai lambat sikit hari ni sebab-"

"Siapa datang, Ochobot?" Kedengaran suara Gempa memintas ayat Ochobot.

Gempa muncul dari belakang Ochobot dan melihat Yaya.

"Eh? Yaya? Kenapa ni?" Gempa pula mengulang soalan Ochobot.

"Ni ha... Yaya bawakkan sup untuk Halilintar." Ochobot menyua mangkuk tingkat itu kepada Gempa.

"Oh... Err... Untuk Halilintar je ke? Untuk aku takde?" Gempa tersengih.

"Mesti la ada... Aku bawak lebih sup tu. Cukup untuk korang semua." Jelas Yaya.

"Waa... Patut pun rasa berat je mangkuk tingkat ni. Hehe... Terima kasih." Gempa senyum.

"Sama²! Oh, ya! Kenapa Ochobot tak ikut Tok Aba pergi kokotiam?" Yaya mengulangi soalannya.

"Tok Aba bukak kedai lambat sikit sebab nk masakkan bubur untuk Halilintar." Ochobot menyambung ayatnya tadi.

"Eh? Kenapa dengan Hali?" Soal Yaya.

"Dia demam panas. Sejak semalam suhu badan dia tak turun." Gempa menjelaskan.

"Hmm... Kesiannya... Takpe. Nanti korang bagi la dia makan sup aku masa panas². Harap² demam dia cepat kebah." Yaya mengharap.

"Hmm. Ok. Eh? Tapi... Kenapa kau panggil Hali dan bukan Halilintar?" Soal Gempa.

"Oh... Sebab semalam aku dh janji nk panggil nama dia Hali dan bukan Halilintar. Korang pun kena panggil nama dia Hali." Ujar Yaya.

"Tapi kenapa pulak?" Ochobot hairan.

Yaya menceritakan segalanya dari A sampai Z.

"Ohh..." Itu saja yg terucap drpd Gempa dan Ochobot.

"Aku balik dulu. Jumpa kat kedai Tok Aba nanti. Bye!" Ucap Yaya sebelum terbang.

* To be continued...*

________________⚡⚡⚡_______________

Huhu... Rin dh merapu... Ntah apa² jer citer Rin ni jadinya...😖 sori readers... Rin dh takde der spare part idea... Uhuhuhu... Bye.👋

-Rin~

Just Memory, Halilintar... (Boboiboy Fanfic)Where stories live. Discover now