"Not all those who wander are lost."
~J.R.R. Tolkien——🍁——
"What?!" jerit Toni yang terbongkang di atas katil. Segera dia duduk dan menghadap Ella dengan mata terjegil.
"Aku cakap aku jumpa mamat Melayu tadi," jelas Ella yang masih selamba. Namun wajahnya tidak dapat menyembunyikan kelelahannya setelah bekerja seharian.
"For real Ella?" Tona suara Toni naik senada.
Ella mendecit. "Kau dah kenapa?" Pelik Ella menengok Toni. "Tak pernah nampak lelaki Melayu ke?" Padahal dia sendiri jarang sekali bersua muka dengan orang Melayu di Bar Harbor.
"Pernah la ... tapi kat sini yang aku kenal Uncle Jo kerepot yang jual sayur tu aje." Toni lantas naik ke katil Ella dengan senyuman meleret.
"Hensem tak mamat tu?" Toni mengebilkan matanya. Jelas warna hazel anak matanya. Untung jadi anak campuran.
"Hensem pun tak ada gunanya kalau layan perempuan dia macam pelacur. Pegang sana pegang sini depan public. So disrespectful." Ella mengeluh di hujung ayat. Dia lantas menceritakan peristiwa tengahari tadi.
"Ish! Kau ni. Biasalah benda-benda macam tu. What if they are married. Tak ke kau dah tabur fitnah? You're making assumptions here Ella, that is so not you ...."
Ella tersentap. "Ya tak ya juga ...." Ella merenung syiling sebelum menggumam, "Tapi tetap salah nak buat PDA."
Mereka jeda beberapa saat. Masing-masing melayan buah fikiran.
"So?" tanya Toni yang duduk bersila di sisi Ella.
"Apa?" Ella mendongak.
"Plan kita nak balik Malaysia macam mana. Masih nak teruskan ke?"
Ella lepas keluhan kecil. Perlahan dia berkata, "Tawar hati nak balik Malaysia."
"Kau takut terserempak dengan mamat tadi eh?" tebak Toni.
Ella kalih pandangan ke wajah Toni yang gigih merenung ekspresi Ella. Sengaja la tu nak jadi psikik. "Tak lah ...."
"Don't lie to me Ella. You said Malaysia is pretty big. For sure we won't miraculously bump into him." Toni cepat-cepat baring di sisi Ella. Dipeluknya tubuh kecil Ella rapat-rapat. Ella sudah mengerutkan hidung tidak suka dengan tabiat terlebih mesra Toni. "Besides ... bukan ke kau yang nak sangat balik Malaysia semalam?"
Ella mengimbas semula perbualan mereka semalam.
"Macam mana kalau aku terserempak dengan dia?" Akhirnya Ella menyatakan kerisauan yang melanda sejak tengahari tadi.
Toni tepis paha Ella. Terjerit Ella dibuatnya. "Macam mana apa lagi ... hulurkan aje tangan kau. Apa salahnya Ella ... dah memang jodoh kau kot?"
"Hish! Tak nak aku!" Ella mengengsot jauh dari Toni.
"Yalah, jodoh kan takkan ke mana. You all malays suka cakap benda tu kan. Manalah tau dia tu betul-betul jodoh kau." Suka sangat Toni menyakat Ella. Walhal dia sendiri tahu agak mustahil untuk Ella bertemu dengan mamat itu lagi. Tapi ... tak mustahil kalau memang dah jodoh.
"Sorry, not interested." Ella menolak. Sempat lagi dilayangkan anak mata ke atas.
Toni memetik jari sambil duduk semula. "Kalau macam tu kita baliklah Malaysia. Kalau dah jumpa dengan dia pun kau tak interested, then it's safe to say you're not gonna get yourself into trouble." Pantas saja Toni mencari alasan.
YOU ARE READING
Nota Cinta Untuk Cinta
Mystery / ThrillerDUA orang bloggers, Ella dan Toni adalah sepasang BFF. Kehidupan mereka di Maine, Amerika Syarikat sangat stabil ... namun kian membosankan. Sos tomato Ella yang hangus membawa kepada perbincangan untuk kembali semula ke tanah kelahiran. Siapa sangk...