Jiyong membelokkan kereta ke sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni.
"kita kat mana ni?" soal Yoongi
"tempat nak bunuh kau la apa lagi" kata Jiyong
"whut!?" kata Yoongi terkejut.
Jiyong mematikan enjin kereta dan turun dari perut kereta. pintu belakang dibuka.
"keluar" kata Jiyong. Yoongi hanya menuruti. takutlah tu kena marah macam tadi HAHAH
Jiyong memimpin Yoongi dengan cara merangkul bahu Yoongi untuk masuk ke dalam rumah itu.
"kau duduk sini" kata Jiyong menyuruh Yoongi duduk di sebuah kerusi kayu. kelihatan rumah itu sangat bersepah dan penuh dengan bau arak dan soju.
Yoongi duduk tanpa teragak-agak. dia memang takut betul dengan Jiyong dan persekitaran rumah ni sekarang. rasa nak terkucil pun ada agaknya. Yoongi kan penakut
Jiyong ke bahagian belakang rumah itu. nampak seperti dapur tapi tak tahulah. bayang Jiyong hilang. Yoongi tertunggu-tunggu sambil itu, sempat dia mengusap-usap mukanya yang lebam akibat ditumbuk tadi.
Yoongi bermonolog. "kenapalah aku tak bagi je duit tu tadi. ego aku tinggi sangatlah. someone call someone yang boleh rendahkan ego aku ni. sebab benda kecil, aku mesti nak besar-besarkan. em aku takut" Yoongi mula menghela nafas panjang.
setelah beberapa minit, Jiyong kembali dengan sebuah parang di tangan!
cuak gila Yoongi. di meronta-ronta tapi mulutnya diam. dia mengambil keputusan uuntuk diam kerana muka Jiyong bagaikan seorang yang suka memotong lidah orang yang suka jerit-jerit macam Yoongi.
Jiyong menuju ke arah Yoongi. mukanya merah padam dan keningnya berkerut.
Yoongi hanya berdoa dan berharap agar Jiyong tak mengapa-apakan dia. dia masih mahu hidup. dia belum kahwin lagi. dia tak nak mati ditangan Jiyong. dia juga tak nak mati di usia yang muda begini. siapa nak warisi kekayaan Presiden YongYong nanti.
semakin lama, semakin dekat Jiyong dengan Yoongi.
"Tidakkkkk jangan bunuh aku!" jerit Yoongi
"sapa nak bunuh kau? nanti aku jugak ken tangkap masuk penjara sape nak jamin? aku dahlah miskin" kata Jiyong jujur
"aik? habistu kau nak buat ape dengan parang tu?" tanya Yoongi
"oh aku nak mintak tolong kau. jom cabutkan ubi kayu kat belakang rumah ni, ade perempuan tu nak" kata Jiyong
• • • • • •
sebelum kejadian itu..
ting tung
satu bunyi keluar daripada telefon pintar Jiyong
ternyata ianya pemberitahuan tentang satu mesej masuk.
Perempuan Gila ❤
awak boleh carikkan ubi kayu tak? saya teringin nak makan la
teringin?
kau mengidam ke ape?
kau mengandung?
omg anak sapa la!?
kau jangan suruh aku jadi pak sanggup sudahlah!hish ape bende la awak ni! saya saja je nak makan. nanti saya masakkan. ahjumma kata awak suka makan ubi kayu rebus. kan? kan?
ouh yeke yela nanyi aku carikkan. tunggu aku balik eh.
okay :)
• • • • • •
mereka meredah hutan nipis untuk mencari ubi kayu. di kawasan rumah itu memang ada pokok ubi kayu.
"kyaaaaa! hati-hati pendek! depan tu ada pokok duri tajam" jerit Jiyong memberi amaran
Yoongi menghiraukan kata-kata Jiyong sebab Jiyomg asyik panggilnya pendek
kerana tak dengar cakap orang tua, eh Jiyong tua eh? Yoongi terpijak pokok berduri itu. padan muka HAHAHA
"aduhh!" kata Yoongi mengerang kesakitan. dia terduduk dan memegang tumit kakinya yang mdngalir keluar darah merah segar.
"ha padan muka kau cakap aku kau tak nak dengar!" kata Jiyong dan pergi ke Yoongi. lengan bajunya dikoyakkan. dia membalut tumit kaki Yoongi dengan cebisan kain itu
Yoongi hanya diam. awkward awkward awkward awkward suasana terus bertukar kepada awkward.
dua orang remaja ini diam sehingga la sampai ke pokok ubi kayu yang diingini.
Jiyong terus menarik ubi kayu itu tanpa teragak-agak. orang kuat kan~
Yoongi menghampiri untuk menolong menarik ubi kayu yang terbenam itu.
"woi kau buat apa ni? pegi duduk tepi! tak padan kaki sakit. susun ubi yang aku dah cabut ni" kata Jiyong
"hm yela" kata Yoongi
mereka pun pulang ke rumah Jiyong setelah mencabut ubi kayu yang berbakul-bakul.
[TO BE CONTINUED]

YOU ARE READING
[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon Jiyong
FanfictionGenre: Sad Main Cast: Big Bang G-Dragon, Ulzzang as Kim Na Mi Supporting Cast: BTS Suga and Jhope, Ulzzang as Kwon Young Ji. Wanna One Ong Seungwoo Extra Cast: Kwon Ji Sung, Jung Hyi Won. seorang remaja yg sosial. tak fikir pasal masa depan. ada per...