26 • Takdir

51 9 2
                                        

"ya abang nak tanya ape?" kata Young Ji sedia mendengar.

"apa yang buatkan kita berpisah?" soal Jiyong. senyuman Young Ji kini pudar. why? kenapa sekarang dia masih nak throwback pasal kisah dulu?

Young Ji menarik nafas dalam

"kita berpisah waktu abang umur 6 tahun. saya baru umur 4 tahun. waktu tu, kita, omma dengan appa duduk kat kampung nenek." cerita Young Ji. sebak di dada kembali.

"kita hidup susah sangat. nak makan sehari sepinggan pun susah. nenek tak sihat, appa cuma bekerja kat ladang majikan. omma sibuk membesarkan kita dan jaga nenek" sambung Young Ji. sungguh, perpisahan antara adik-beradik kembar ini memang sukar diterima.

"disebabkan kita masih kecil dan omma appa tak dapat tanggung kita, ada orang kaya nak beli omma. iaitu appa tiri kita yang dah bunuh omma" kata Young Ji. difikirannya terlintas kejadian yang diberitahunya bahawa omma dibunuh dengan kejam oleh lelaki itu.

Jiyong juga teringat akan semuanya yang dia lalui didepan matanya sendiri. omma yang disayangai, mati di depan matanya sendiri. di dalam dakapannya sendiri. air mata melinang laju. Na Mi datang memeluk tubuh Jiyong yang hampir rebah akibat kebenaran

"appa tiri bawak omma pergi Seoul, disebabkan omma terlalu sayang abang dan appa terlalu sayang saya, omma bawak abang dan tinggalkan saya dengan nenek dan appa yang sebatang kara." jelas Young Ji.

Flashback start

"aku nak bawak bini kau ke Seoul, aku beli dia dengan harga 100 juta. kau setuju?" tanya appa tiri

Kwon Ji Sung, iaitu appa kandung Jiyong dan Young Ji hanya diam. apa dia nak buat sekarang? biarkan isteri dibawa orang atau hidup dengan lebih baik?

"anak kau kecil lagi. fikir masa depan kau" soal lelaki itu lagi.

"baik, aku setuju." kata Ji Sung. dengan berat hati, dia menceraikan isterinya dan merelakan isterinya menjadi pemuas si lelaki kaya itu.

"betul keputusan abang ni?" tanya Hyi Won, ibu Jiyong dan Young Ji.

"ya, kalau inilah cara terbaik untuk keluarga kita, abang rela" ujar Jisung. anak kembar mereka yang masih kecil hanya duduk ditepi dan tak tahu apa-apa. kesedihan Hyi Won tak dapat disorokkan. dia tak sangka akibat kemiskinan, dia hilang keluarga yg disayangi.

"Young Ji" panggil Ji Sung. Young Ji, budak kecil yang comel dengan rambut nya yang diikat tocang, datang kepada ayahnya.

"nae?" soal budak itu. walaupun dia masih kecil, dia sungguh petah berbicara.

"peluk abang kamu." kata Ji Sung. Jiyong yang tadi bermain dengan mainannya bangun apabila namanya disebut.

dengan tak ragu-ragu, Young Ji peluk dan cium abang kembarnya berkali-kali sebab memang itu yang mereka selalu buat memandangkan mereka kembar seiras.

Ji Sung pula mencium dan memeluk anak jantannya lama. dengan harapan, anak ini akan melawatnya satu hari nanti.

Hyi Won memeluk anak perempuannya dengan erat. mulutnya tak henti-henti berpesan agar Young Ji menjadi budak yang baik tanpanya. Young Ji yang akur, mengangguk faham dan mencium ommanya buat kali terakhir.

lelaki kaya itu keluar dan masuk ke keretanya. dengan berat hati, Hyi Won membawa bagasi dan Jiyong mengikut lelaki kaya yang dia sendiri baru saja kenal.

air mata Ji Sung tak henti-henti mengalir. Young Ji datang dan menyeka air mata itu.
"appa, mana abang nak pergi?" soal Young Ji.

Ji Sung hanya diam. sedih. sukar untuk dia mempercayai semua ini. dengan duit 100 juta ditangannya, dia menyara emaknya dan persekolahan anak perempuannya.

tanpa khabar drpd isteri juga anak lelakinya, dia hidup dalam kerinduan dan kesunyian. dihiasi senyuman tawar yang sentiasa diukir didepan anak perempuannya.

umur Young Ji telah mencecah 18 tahun. dia sudah tamat belajar dengan cemerlang. satu hari, dia terfikir dan mula bertanya kepada appanya. mana ibunya? dan kenapa macam ada rasa kekosongan? macam ada orang yang paling rapat, hilang daripada sisinya.

"mereka dah tiada" jawab Ji Sung kepada pertanyaan Young Ji. Young Ji hanya mempercayainya.

Ji Sung menghantar Young Ji sambung belajar di Melbourne. setelah lama di luar negara, Young Ji pulang ke kampung dan dapat tahu oleh orang kampung, nenek dan appanya sudah tiada. sebak tak terhingga.

perbualan orang kampung mengatakan ibunya masih hidup dan menetap di Seoul. dengan keazaman dia membawa diri ke Seoul sehinggalah dia terjumpa makcik yang betul-betul rapat dengan Jiyong dan tahu semua tentang kisah Jiyong.

Flashback end

dengan kesemua kebenaran yang Young Ji ceritakan, reaksi Jiyong hanya diam. dia sedang menerima kesemua hakikat. kenapa? kenapa tuhan tak tolong keluarga aku?

Jiyong tak mampu menangis lagi. dia hanya mampu menerima takdir yang hidupnya memang menyedihkan.

[TO BE CONTINUED]

[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon JiyongOnde histórias criam vida. Descubra agora