18 • Truth

56 8 1
                                        

Na Mi pov

aku mundar-mandir di ruang tamu. aku kena bagi tahu Jiyong tentang keadaan mental aku. aku sangat terkejut. aku dah gila? semua ni salah omma appa! sebab dia orang la aku jadi macam ni! mereka selalu paksa aku jadi doktor pakar la apa lah! aku tak suka!

aku kena jugak bagi tahu Jiyong pasal benda ni. aku tak nak tipu orang yang aku sayang. nak bagi tahu depan-depan Yoongi ke? em aku tak boleh fikirlah! fikiran aku bercelaru!

tiba-tiba sebuah kereta merah kelihatan menyusur masuk ke rumah Jiyong. HUH! tu kereta Jiyong! aku menguruskan diri dan pergi ke pintu untuk menyambut Jiyong pulang. aku takkan terus beritahu dia tentang masalah aku. dia baru balik. dapat kerja ke tidak budak kecik tu.

Jiyong keluar daripada tempat duduk penumpang dengan muka yang agak masam. Yoongi keluar membawa barang-barang Jiyong. dah memang betul-betul kuli dah aku tengok budak pendek ni.

"Jiyong! awak dah balik?" soalku. aku nak ceriakan moodnya. sungguh, tak hensem dan buruknya muka dia tanpa senyuman dipipi.

"ya" jawabnya. dia masuk ke rumah dan mengabaikan aku. aku lihat muka Yoongi. Yoongi hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tak tahu apa yang berlaku dengan Jiyong.

Jiyong merebahkan dirinya di sofa. aku tunduk dan membuka stokingnya. tali lehernya juga aku longgarkan. dia dalam masalah ke? aku tak suka kalau dia bad mood macam ni. nanti semua benda jadi tak kena.

aku tatap matanya yang tertutup. lesu je muka dia. aku usap pipinya. dia mengeluh kasar. kenapa dengan dia ni? tadi pagi dia semangat je. now? dah macam apa.

"kenapa dengan awak Jiyong?" soalku. kenapalah suasana ni sunyi sangat. janggal tahu tak.

"aku tak dapat cari kerja." kata Jiyong dengan matanya masih tertutup. mrsti dia penat kan? aku kedapur dan membaw segelas air lemon. aku datang kepadanya kembali dan menghulurkan air itu. dia minum dengan rakusnya. haus sangat dah ni. selepas itu, dia terus melangkah masuk ke biliknya tanpa meninggalkan sepatah kata.

"hm mungkin bukan hari ni" kataku. aku masuk ke dalam bilikku yang berada sebelah bilik Jiyong dan terus baring diats katil yang empuk.

aku pun dah banyak menderita. selama ni aku asyik fikir pasal orang lain je, sampai aku tak fikir pasal diri aku. aku penat dan risau. apa akan jadi pada diri aku kalau aku tak dirawat. aku akan jadi lebih teruk ke? aku lelapkan mata. akhirnya, aku lena dibuai mimpi.

• • • • • • •

Na Mi terjaga di waktu malam. haih dia lupa nak masak untuk makan malam. macam mana ni. dia melangkah keluar bilik, di ruang tamu, hm kosong. mungkin Yoongi dah ke luar untuk membeli makanan.

Na Mi masuk ke bilik Jiyong. Jiyong masih lagi tidur. mesti dia kecewa dan menyesal sebab keputusan peperiksaan dia yang tak baik. sebab tu susah orang nak ambil bekerja.

Na Mi duduk dibirai katil Jiyong. rambut Jiyong diusap. sayang dia dengan Jiyong ni. Jiyong dah banyak menderita. sekarang, dia nak bawa sinar baru dalam hidup Jiyong dengan menyokong Jiyong dengan apa saja yang dia lakukan.

Na Mi bertindak mencium perlahan dahi Jiyong. dia betul-betul tak tahu macam mana nak bagitau Jiyong pasal masalahnya. Jiyong terjaga apabila dahinya dikucup sebuah bibir yang hangat. dia tahu itu Na Mi. dia pura-pura tidur dan tak sedar.

"macam mana saya nak cakap dengan awak ni Jiyong" keluh Na Mi.

"cakap jela. aku sedia mendengar" kata Jiyong dalam hati

"saya sebenarnya. em saya .. pagi tadi saya pergi terjun bangunan" kata Na Mi. air matanya mengalir. dia kecewa dengan dirinya sendiri.

Jiyong terkejut tetapi dia ambil keputusan untuk tetap pura pura tidur dan mendengar luahan hati Na Mi.

"ada doktor psikiatri yang selamatkan saya. dia kata saya ada masalah mental" kata Na Mi. dia memegang dan menggentel cuping telinga Jiyong

"memang betul lah ya apa yang doktor tu cakap haritu. kau mmg gila" kata Jiyomg dalam hati.

"saya minta maaf Jiyong. saya minta maaf sebab dah susahkan awak selama ini." kata Na Mi. air matanya jatuh lagi.

Jiyong dah tak tahan dengar semua ini! dia bingkas bangun dan memeluk tubuh kecil Na Mi. Na Mi terkejut. mesti Jiyong dah dengar kan luahannya tadi.

"ni bukan salah kau Na Mi. ni salah omma appa kau yang selalu mendesak" kata Jiyong. dia memeluk erat Na Mi. Na Mi menangis teresak-esak. Na Mi terus memeluk Jiyong lagi kuat

"kau jangan risau. aku tetap sayang kau walaupun kau dalam keadaan macam ni. please jangan risau. esok kita jumpa doktor psikiatri yang selamatkan kau tu, biar dia yang rawat kau." kata Jiyong. Na Mi terkejut. Jiyong sayang dia?

"awak sayang saya?" soal Na Mi. dia melepas pelukan dan memandang muka Jiyong.

"ya aku sayang kau" kata Jiyong tanpa ragu-ragu. dia mencium bibir Na Mi lama. akhirnya dapat juga dia meluahkan perasaannya. setelah itu, ciuman Jiyong lepaskan.

"dah pergi tidur" kata Jiyong dan memimpin Na Mi keluar bilik.

[TO BE CONTINUED]

random tag weh ❤
Dahyunicorn_ -seunghyunnie Minamie_ blacksmin nellajella KKYUNGYUHAN_COOKIESS IzzElza CiiEiyn

[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon JiyongWhere stories live. Discover now