17 • Doktor

50 11 0
                                        

satu tenaga menarik Na Mi drpd mensia-siakan nyawanya. tangan yang hangat. Na Mi terjatuh diatas lantai akibat tarikan yang kuat itu.

Na Mi membuka matanya. dia fikir dia dah mati dan sekarang dia di alam lain. tetapi apabila dia membuka matanya, sepasang mata sedang melihatnya dengan risau.

"cik okay ke? kenapa cik nak terjun daripada situ? cik nak mati sangat ke?" soalnya.

Na Mi hanya terkejut. terjun bangunan? bila masa? yang dia ingat tadi dia pergi melipat kain dirumah. Na Mi bangun dan berdiri. badannya berpeluh-peluh. dia takut. apa dah jadi dengan dia ni? kenapa dia asyik tak ingat apa yang dia buat?

"saya.. saya" kata Na Mi tak terkata-kata.

"tak apa, mari turun bawah" kata lelaki itu. Na Mi tak nak ikut kerana ini kali pertama dia berjumpa dengan lelaki inu tetapi tangannya ditarik perlahan menyebabkan badannya rela mengikut lelaki itu.

tangga untuk kebawah di langkah bersama-sama dengan lelaki yang tak dikenali. setelah sampai di bahagian yang bukanlah tingkat paling bawah, Na Mi dibawa ke dalam satu bilik. bilik yang kemas. dan bau wangi aroma terapi menyerikan hidung Na Mi.

lelaki itu senyum. kenapa semua lelaki brbuat baik dengan aku? soal Na Mi pada dirinya.

lelaki itu duduk di sebuah kerusi pejabat. mukanya terus menjadi serius. Na Mi mula takut. apa lah dia nak buat dengan Na Mi kali ini.

"duduklah dulu cik" katanya. Na Mi pun duduk di kerusu yang bertentangan dengannya. kepalanya ditundukkan. dia keliru. apa yang jadi sebenarnya?

"kenapa cik nak bunuh diri? hidup cik tak menggembirakan ke?" soalnya. Na Mi terfikir, bila masa dia nak bunuh diri!? bila? dia masih mahu hidup! ada seorang lelaki yang dia sayang sedang beransur berubah. apa sebab dia nak bunuh diri?

"bila masa saya nak bunuh diri? saya tak ingat pun. tiba-tiba je saya dah ada kat bangunan ni" kata Na Mi menjelaskan

"oh yakah? saya yang selamatkan awak daripada bunuh diri tadi. saya nampak awak naik bangunan ni. dan awak terus nak terjun. saya terus tarik awak." kata lelaki itu. dia menghirup segelas air disebelahnya. bukannya nak bagi Na Mi air pun.

Na Mi gelisah. apa dah jadi sebenarnya ni? kenapa dia macam tak sedar dengan apa yang dia buat?

"macam ni lah. nama saya Joshua. doktor Joshua. apa yang berlaku pada awak ni saya tahu kenapa. awak mengalami gangguan mental kerana terlalu fikirkan hal lama. salah satu simtomnya ialah tak ingat perkara apa yang awak baru lakukan. awak macam berhalusinasi. betul tak apa yang saya cakap?" kata Doktor Joshua.

"gangguan mental?" soal Na Mi. mungkin juga kerana kisah silam Na Mi iaitu ketika dia selalu didesak dan dipaksa oleh kedua orang tuanya.

"saya hantar awak balik rumah dulu, lepastu awak bincang dengan penjaga awak untuk dapatkan rawatan drpd saya. jika setuju, awak boleh datang klinik saya untuk buat appointment. ini kad saya. telefon saya kalau ada apa-apa" kata Joshua dan menghulurkan sekeping kad berwarna ungu.

Na Mi agak terkesima. apa semua ni? sambil itu dia cuba untuk menerima dan memahami situasi ini. Joshua memimpin Na Mi masuk kedalam kereta.

Na Mi memberitahu dimana rumah Jiyong dan Joshua menghantarnya betul-betul dihadapan rumah Jiyong.

"terima kasih doktor" kata Na Mi dan turun drpd kereta.

"apa aku nak bagitau Jiyong ni? betul ke aku memang dah gile?" kata Na Mi sendirian. dia masuk ke rumah. mujurlah Jiyong belum balik. kalau Jiyong tahu dia tak ada dirumah, apa dia nak jawab? jawab yang dia pergi bunuh diri?

dia penat. makin lama makin banyak dugaan yang menimpa dirinya. Na Mi mendamparkan dirinya di katil dan melelapkan matanya.

[TO BE CONTINUED]

[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon JiyongWhere stories live. Discover now