24 • Kwon Young Ji

48 7 0
                                        

someone pov

kini aku didepan rumah dia. aku meneliti rumah teres yang agak usang ini, serius buruk. aku tak percaya dia boleh duduk kat sini.

aku harap hari ini aku dapat yakinkan dia yang aku memang adik kembar dia. tolong, aku nak dia percaya. sebab dia bukan sekadar abang bagi aku, dia cinta hati aku. kalau aku berjauhan dengan dia, aku rasa risau. kita dah duduk dalam rahim yang sama selama 9 bulan.

cuma keadaan omma appa kita yang pisahkan kita berdua abangku. aku rindu kau abang. tiba-tiba, aku sedar yang aku hanya bermonolog dan semua apa yang aku cakap, takkan menyebabkan abang datang balik kat aku.

aku melangkah dengan kaki kanan biar berkat. perlahan-lahan mendekati pagar yang berkarat lalu memanggil nama 'Kwon Jiyong' agar dia datang bersua denganku.

beberapa minit kemudian, seorang perempuan yang nampaknya seusia denganku keluar dengan muka yang penuh dengan tanda tanya. mesti isteri abang kan? syukur abang dah bahagia sekarang.

"ya cari siapa? jiyong? dia kat dalam tengah tidur." kata perempuan itu. abang tidur lagi? matahari dah tegak and still tak bangkit? omg

"oh ya? boleh saya masuk? saya ada urusan dengan suami awak" kataku.

"suami? dia bukan suami saya la" katanya dan ketawa. mukanya jelas bertukar menjadi merah padam. kalau bukan isteri, dia ni siapa? perempuan simpanan?

"oh" jawabku.

"saya Na Mi." katanya memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. dah la cantik, peramah pulak tu. aku menyambut tangan kecilnya itu.

"saya Kwon Young Ji." kataku. kening dia terus berkerut. what? pelik ke kalau nama aku dengan nama abang kembar aku dah nak dekat sama?

"oh okey jom lah masuk dulu, saya kejutkan Jiyong" kata dia dan mengajak aku masuk. aku akur, sampai didepan pintu masuk, aku buka kasut tumit tinggiku dan terus duduk di sofa. Na Mi terus ke bilik untuk mengejutkan Jiyong agaknya.

end pov

"awak, bangunlah awak" kata Na Mi dari jauh. masih tiada reaksi daripada Jiyong.

"awak" kata Na Mi dan mula duduk di birai katil Jiyong.

Jiyong hanya menggeliat.

"Kwon Jiyong" panggil Na Mi lagi. kini dia membelek-belek rambut dan muka Jiyong lembut.

"ha?" bunyi Jiyong dan membuka sebelah kelopak matanya.

"bangun lah dulu" kata Na Mi. dengan kudrat yang sedikit akibat kemalasan, Jiyong cuba bangun. sekarang dia duduk dan dalam keadaan separuh sedar.

Na Mi hanya menggelengkan kepala melihat Jiyong. "awak ni dah sedar ke belum?" kata Na Mi. tangannya bertindak menepuk-nepuk pipi gebu Jiyong.

"dah dahh" kata Jiyong malas. mulutnya sangap

"ada orang nak jumpa awak" kata Na Mi

"siapa?" soal Jiyong. Jiyong tak delah famous sangat sampai orang datang cari kat rumah.

"entah lah. dia kata dia ada urusan dengan awak" kata Na Mi

"okey." balas Jiyong. Na Mi masih lagi duduk di tepi Jiyong.

"tak nak keluar ke? aku nak mandi ni. ke kau nak mandi sekali?" kata Jiyong.

"eh tak ingin lah!" kata Na Mi lalu dia terus keluar. geli hati Jiyong melihat gelagat Na Mi.

SKIP

"kejap ye Jiyong tengah mandi." ujar Na Mi kepada Young Ji.

"okey" kata Young Ji.

setelah beberapa puluh minit.

"lamanya dia orang berdua ni. sorang ke dapur, sorang kat dalam bilik tak keluar-keluar." bisik hati Young Ji.

dia bangun daripada duduknya. kakinya berjalan disekitar rumah itu sampailah di sebuah kabinet dipenjuru rumah itu. dia tertangkap sebuah bingkai gambar.

"ini? gambar appa" kata Na Mi kepada sebuah gambar yang ada Jiyong, ommanya dan juga appa kandungnya. bermakna mereka memang adik beradik kandung.

Jiyong keluar. dia ternampak seorang perempuan yang rambutnya keperangan. maklumlah Young Ji menghadap ke kabinet itu jadi Jiyong tak nampak mukanya.

"kau siapa?" soal Jiyong. Young Ji berpaling kepada suara itu. dia senyum girang kerana terlalu rindu dengan abang kembarnya.

"kau lagi? apa kau buat kat sini? siapa benarkan kau masuk?" jerit Jiyong marah kerana dia tak akan percaya dengan perempuan yang tiba-tiba datang dan mengaku dia adik kembarnya.

Na Mi terdengar siara Jiyong yang lantang dari dapur. terus dia berlari kedepan.

"awak, kenapa marah-marah ni? saya yang bawa dia masuk, sebab di kata dia ada urusan dengan awak" kata Na Mi menarik-narik pergelangan tangan Jiyong untuk suruh dia bersabar.

Young Ji hanya kaku. dia beku. kenapa? Jiyong tak dapat rasa ke yang dia tu sebenarnya adik kandung malah adik kembar dia? air mata rindu dan kecewa Young Ji jatuh.

Jiyong menarik tangannya yang Na Mi pegang dengan kasar. "kau ni senang je percaya orang kan? lain kali tanya aku dulu kalau nak bawak orang masuk rumah!" marah Jiyong kepada Na Mi pula.

Na Mi terkejut dan menapak kebelakang. sampai hati Jiyong? siapa perempuan tu sampai Jiyong benci sangat dengan dia?

"abang, abang dengar dulu saya nak jelaskan!" kata Young Ji

"kau nak jelaskan apa lagi hah? menyemak je! kau keluar dari rumah aku sekarang!" kata Jiyong

"abang dengar ni! gambar ni! ni gambar appa kandung kita! nama dia Kwon Ji Sung! ni omma! Jung Hyi Won! abang tak percaya jugak? omma mati sebab appa tiri yang bunuh dia dan kandungan dia! abang ingat saya penipu ke!?" ujar Young Ji telus. dia tahu semuanya dari A sampai Z kerana dia memang adik kembar Jiyong

"what?" terduduk Jiyong. Young Ji pergi kepada abangnya. dia duduk disebelah abang yang dia rindu itu. Na Mi hanya memerhati dengan sebak kisah mereka berdua.

"kau serius?" soal Jiyong nakkan kepastian. Young Ji memegang kedua belah tapak tangan abangnya.

"ya abang. selama ni saya cari abang, sampailah saya jumpa ahjumma jiran sebelah ni. dari dia jugalah saya tahu yang omma dah tak ada." jelas Young Ji lagi.

air mata Jiyong menitis. tak sangka Young Ji lagi menderita daripadanya. Young Ji meninggalkan Jiyong dengan Na Mi dan dia beredar. dia nak biar abangnya menerima semua kejutan ini dengan tenang.

[TO BE CONTINUED]

[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon JiyongOnde histórias criam vida. Descubra agora