sepanjang tiga hari Na Mi tak sedarkan diri, Jiyong lah yang berulang-alik dari rumah ke hospital. Yoongi hanya disamping Jiyong dan memberi dorongan.
tak sangka budak yang tak membayar hutang boleh jadi budak yang paling baik dan selalu membantu Jiyong HAHAHA
9:00AM
Jiyong turun ke cafe untuk breakfast. baru sekarang dia terfikir untuk makan dan teruskan hidup. sebelum ni, dia mereput menunggu Na Mi sedar dan tak risaukan diri sendiri. tak ke tandas, tak makan, tak tidur, dan tak bercakap langsung. apa yang dia buat hanya menatap mata Na Mi.
nasi lemak diorder Jiyong dan secawan teh tarik. dia menatang pingga dah cawan itu ke tempat duduk. dia duduk dan makan dengan perlahan. rasa macam tak ada selera tetapi dia perlu bertenaga untuk hadapi semua ini. nasi lemak itu dia kunyah perlahan-lahan.
"uhuk uhukk" tersedak Jiyong. air teh tarik dihirup sampai habis.
"kenapalah aku rasa tak sedap hati ni" kata Jiyong. dia segera meninggalkan nasi lemak yang berbaki dan pergi ke wad Na Mi. lif dinaiki dengan gusar. apa akan jadi selepas ni
sesampainya di pintu wad Na Mi, Jiyong menolak pintu masuk dan berdiri di tepi pintu. dari jauh, kelihatan seorang wanita meraung-raung dan memekik-mekik. janganlah itu Na Mi. Jiyong risau. Na Mi dah banyak timbulkan masalah baru-baru ni.
"saya kat mana ni? kenapa wayar-wajar ni kat tangan saya? hey mana semua orang!? kenapa saya duduk atas katil ni" ujar Na Mi. kusut apabila melihat keadaan Na Mi.
"Na Mi! awak okay tak?" kata Jiyong dan menerpa keaarahnya. tubuh Na Mi di pegang erat.
"kenapa saya kat sini Jiyong?" soal Na Mi.
"awak tak ingat ke?" kata Jiyong
"ingat apa?" tanya Na Mi.
"em tak ada apa-apa." kata Jiyong. takkan dia tak ingat cubaan membunuh diri yang dia sendiri buat? Jiyong menggaru kepalanya yang tak gatal.
setelah beberapa minit, doktor dan nurse datang meneriksa keadaan Na Mi. laporan dicatat nurse diatas sebuah kertas. riak muka Na Mi seperti orang nyanyuk. tak tahu apa-apa.
"Encik Jiyong, kita kena berbincang mengenai isteri encik" kata doktor itu lalu Jiyong pun mengukutinya ke luar.
"Isteri?" tertanya-tanya Na Mi. bila masa dia kahwin dengan Jiyong?
"Encik, encik sendiri nampak kan dengan mata encik? pesakit Na Mi tak ingat yang dia dah kelar tangannya sendiri tempoh hari. apa dah jadi sebenarnya?" tanya doktor.
"saya tak tahu doktor. sejak beberapa hari ni, dia memang pelik. dia mesti tak ingat perkara-perkara yang dia sendiri yang lakukan" ujar Jiyong
"beginilah, saya syorkan encik bawa isteri encik jumpa pakar psikiatri. saya risau dia mempunyai gangguan mental tanda-tandanya sudah jelas." kata doktor.
"baiklah doktor terima kasih" kata Jiyong. doktor beredar. Jiyong terduduk.
"Na Mi, gila?" soal Jiyong pada dirinya. dia tak mempercayai semua ini. apa dia yang buat Na Mi jadi macam ni atau kisah lama dia?
• • • • • •
setelah keadaan Na Mi stabil, Jiyong membawa Na Mi pulang. Na Mi dipimpin dengan perlahan kerana dia lemah sangat. bagaikan tak mampu nak berjalan sendiri.
"awak boleh jalan tak? kalau tak boleh, saya boleh dukung awak sampai rumah" kata Jiyong
"eh tak payah. saya masih boleh jalan" kata Na Mi. mereka berjalan ke tempat menunggu teksi dan pulang kerumah.
at home
"Jiyong, apa dah jadi kat saya sebenarnya?" soal Na Mi.
[TO BE CONTINUED]

YOU ARE READING
[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon Jiyong
FanfictionGenre: Sad Main Cast: Big Bang G-Dragon, Ulzzang as Kim Na Mi Supporting Cast: BTS Suga and Jhope, Ulzzang as Kwon Young Ji. Wanna One Ong Seungwoo Extra Cast: Kwon Ji Sung, Jung Hyi Won. seorang remaja yg sosial. tak fikir pasal masa depan. ada per...