CHAPTER 8

6.8K 191 0
                                    

Awal pagi Isya bangun. Hari ni dia sudah berjanji nak datang ke rumah Rania. Sebelum pergi ke rumah Rania seperti biasa Isya akan membuat sarapan pagi untuk Irma. Itu sudah menjadi rutin. Bila salah seorang bangun awal akan mula memasak untuk sarapan pagi.

"Morning kak. Akak nak pergi rumah Rania pukul berapa? Oh ya nanti jangan lupa bawa kuih frozen dalam peti sejuk tu. Rania bawa kek dan kita bawa la kuih frozen tu. Banyak jenis. Boleh la kita buat sumbangan pada rumah anak-anak yatim. At least boleh kurangkan beban mereka."cadang Irma pada kakaknya.

"Yup, akak memang cadang nak bawa pun. Tak perlu masak. Bawa je ke sana. Frozen bila-bila boleh masak dan makan. Boleh juga bagi pada family Rania sebagai buah tangan. Segan pula pergi sana tapi tak bawa apa-apa."kata Isya lagi.

Selepas selesai bersarapan, Isya gerak ke rumah Rania manakala Irma pula pergi kerja bersama Haikal. Haikal menjemput Irma hari ni disebabkan ingin membeli barang-barang persediaan kahwin mereka.

Selepas 30 minit Isya sampai di rumah Rania. Kelihatan kereta Tengku Irham tiada. Isya rasa bersyukur. Kalau ikut hati dia memang tidak mahu datang jika memikirkan Tengku Irham tapi disebabkan aktiviti amal itu lebih menarik perhatian Isya.

"Ah lupakanlah pasal Tengku Irham. Lebih baik fokus pasal aktiviti hari  ni."pesan hati Isya.

Dalam pada yang sama hati Isya juga turut berdebar-debar dan harap dapat melihat wajah Tengku Irham.

" hai hati, kenapalah aku masih berharap dapat jumpa dia sedangkan kau sendiri tahu yang dia dah ada Lisa. Please hati tolonglah lupakan dia. Empat tahun baru kau jumpa dia balik." Isya berbisik lagi di dalam hati manakala kaki mula melangkah ke rumah Rania.

"Eh awal akak datang. Masuklah. Banyaknya barang yang akak bawa. Ni semua untuk aktviti petang ni ke?" Tengku Rania melihat Isya membawa 1 kotak dan Pak Hamid juga membawa 1 kotak.

"Kan Rania nak buat kek banyak. Jadi akak datang awallah. Papa dan Mama Rania mana? Opah pula mana?"tanya Isya.

"Papa dan Mama ada hal. Opah ikut Auntie Maria ke Johor. Sabtu ni kan kita celebrate birthday Opah. Jadi hantar sana dulu. Boleh kita siapkan plan kita sabtu ni. Abang Irham pula demam. Tak tahu la bila startnya. Tau-tau malam tadi dengar abang batuk-batuk. Pagi ni tengok badan abang dah panas."beritahu Tengku Rania lagi.

Tengku Rania sengaja memberitahu perihal abangnya yang sakit. Memang benar Tengku Irham demam. Ini semua gara-gara dia geram dan cemburu melihat Isya keluar bersama lelaki lain. Balik saja terus terjun ke kolam renang.
Tengku Irham jenis yang tidak tahan sejuk. Bila waktu malam memang dia perlu elakkan diri untuk berenang. Jika tidak beginilah yang jadi. Demam.

"Lah ye ke. Akak ingatkan Tengku Irham tak ada sebab akak tak nampak kereta Tengku Irham."balas Isya.

"Kereta abang masuk workshop. Semalam ada orang langgar kereta abang. Nasib tak ada apa-apa. Pak Hamid yang jemput abang malam tadi." Tengku Rania memberitahu Isya.

Dua berita tidak bagus yang Isya dengar pagi ini. Hati Isya terdetik rasa kasihan.

Hari ini Tengku Rania memang mengambil cuti semata-mata untuk aktiviti amal petang ini manakala Tengku Irham pula cuti sakit.

Tengku Rania dan Isya sibuk menyediakan  barang-barang untuk memasak kek. Kini riuh Isya dan Tengku Rania di dapur. Selain itu mereka juga dibantu dengan dua orang pembantu rumah Tengku Rania.

"Mak Kiah, pergi buat bubur untuk abang Irham. Ni dah pukul berapa. Lepas makan bubur bagi abang makan ubat demam."pesan Tengku Rania yang sedang sibuk memasukkan adunan kek ke dalam cup pembakar.

"Cik Rania, Mak Kiah kan balik kampung. Tadi pagi Pak Hamid hantar Mak Kiah ke stesen bas. Cik Rania lupa ya?"tegur Pak Hamid yang kebetulan masuk ke ruang dapur.

"Alamak, Rania lupa pula Pak Cik. Tak apa lah nanti sekejap lagi Rania buat. Nak suruh Siti dengan Mawar ni masak bubur, confirm nanti abang bising."balas Tengku Rania kepada Pak Cik Hamid.

Tengku Rania sengaja membuat suara kasihan untuk menarik perhatian Isya. Memang benar Tengku Irham tak mahu masakan Siti dan Mawar. Dua orang pembantunya itu. Ini disebabkan dulu mereka pernah masak untuk Tengku Irham tetapi masakan mereka tidak sesuai dengan tekak Tengku Irham dan akhirnya Siti dan Mawar ditugaskan untuk mengemas rumah. Jika semua sudah siap baru menolong Mak Kiah dalam menyiapkan barang untuk memasak.

"Rania buatlah kek dulu. Biar akak tolong masak bubur."cadang Isya kerana kasihan melihat Tengku Rania.

Rania bersetuju dan rancangannya berjaya. Isya segera memasak bubur ayam untuk Tengku Irham. Setelah siap dia baru sahaja ingin meminta Siti atau Mawar untuk bawa bubur kepada Tengku Irham tetapi tidak kelihatan pula bayang mereka. Tengku Rania pula kelihatan sedang sibuk meletak topping pada kek yang sudah siap masak.

"Rania, Rania pergilah hantar makanan ni pada abang Rania. Biar akak sambung kerja Rania."pinta Isya.

"Eh tak apa lah kak. Akak hantar je terus kat bilik abang. Pastikan abang makan ubat ya. Abang tu bukan betul sangat. Umur je besar tapi macam budak-budak. Kalau tak tengok dia makan ubat memang confirm ubat tu dia simpan. Abang dekat bilik bawah je kak. Dekat je dengan dapur ni. Kalau akak takut, akak buka je pintu tu."pesan Tengku Rania.

Mahu tak mahu dia pergi juga menghantar makanan ke bilik Tengku Irham. Ubat juga dibawa.

Isya mengetuk pintu Tengku Irham dan meminta kebenaran masuk. Tiada sahutan dari Tengku Irham. Isya terus masuk dan mengejut Tengku Irham.

"Tengku, bangun. Makan bubur ni."panggil Isya lembut kepada Tengku Irham.

Tengku Irham terkejut melihat Isya di dalam biliknya.

"Eh sejak bila awak datang sini. Kenapa datang sini? Buat apa bawa bubur sampai ke bilik? Awak keluarlah. Pandailah saya nanti cari makan kalau saya lapar."Tengku Irham menjual mahal tapi dalam masa yang sama hatinya turut berbunga. Tidak sia-sialah dia terjun kolam renang malam tadi. Dapat juga merasa bubur ayam dari Isya.

"Tengku ni degillah. Kalau deman buat je lah cara demam. Meh sini cepat makan bubur ni. Lepas makan bubur terus makan ubat. Nanti melarat sakit tu."marah Isya.

"Saya taulah makan sendiri. Nanti saya makan. Awak keluarlah dulu."beritahu Tengku Irham.

"Ah jangan nak mengada-ngada. Makan depan saya. Lepas tu makan ubat. Saya tak kira. Tengku kena juga makan sekarang!!."paksa Isya lagi.

"Boleh. Awak suapkan. Satu lagi jangan panggil saya dengan panggilan tengku. Awak panggil je saya abang Irham. Lagipun awakkan kawan baik adik saya. Kalau tidak saya tak nak makan." Tengku Irham mendapat idea. Kalau Isya tak nak mengaku hal empat tahun yang lepas tak mengapa. Hal itu dia akan cari jalan lain tapi sekarang yang pasti dia mahu rapat dengan Isya. Hal malam tadi mengganggu hidup Tengku Irham. Dia mahu segera memikat hati Isya.

"Macam nilah Tengku. Saya boleh suapkan makan tapi panggilan tu saya tak boleh tukar. Lagipun tak manis kalau orang lain dengar. Apa pula kata Cik Lisa kalau dia tau saya panggil begitu. Tengku pun kena faham situasi saya."

Tengku Irham akhirnya mengalah. Tak mengapa sekurang-kurangnya Isya menyuap dia makan. Dia akan mencuba lagi.

"Terima kasih Rania sebab tolong abang."bisik hati Tengku Irham dengan berbunga-bunga rasa di hati.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now