Chapter 66

3.4K 113 1
                                    

Tengku Irham mengalah. Isya pulang seperti yang dijanjikan. Sepatutnya Desmond yang pergi menjemputnya tetapi kini Datuk Michael sendiri yang pergi menjemput Isya. Datuk Michael mahu berbincang dengan Isya sendiri.

"Desmond mana Daddy? Kenapa Daddy yang ambil Isya?"tanya Isya pelik.

"Desmond ada je tapi Daddy ada hal nak bincang dengan Isya. Daddy pelik tengok perangai Isya sejak kebelakangan ni. Isya yang minta nak kembali pada Irham tapi Isya sendiri yang buat perangai. Isya jangan macam-macam. Daddy dengan Tengku Razief dah sibuk uruskan perkahwinan Isya. Seminggu lagi majlis akan diadakan. Daddy tak peduli!"marah Datuk Michael ketika di dalam kereta.

Sepatutnya majlis Isya dan Tengku Irham akan diadakan dua minggu selepas Isya balik dari London tetapi disebabkan Isya menambah 5hari di London jadi hanya tinggal 1 minggu sahaja lagi. Tarikh telah ditetapkan maka tiada apa yang akan diubah oleh Datuk Michael dan Tengku Razief.

Isya hanya mendengar dahulu amarah Datuk Michael. Selepas segalanya terluah baru dia akan jelaskan sebabnya.

Lama juga leteran Datuk Michael. Isya faham kebimbangan Daddynya itu. Dia juga tahu Tengku Irham sudah pasti risau. Bukan dia mahu orang risau disebabkan dia tetapi dia sudah menjelaskan kepada Tengku Irham sebelum ini. Hanya Tengku Irham sahaja tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Isya.

"Daddy, Isya minta maaf. Isya bukan tak mahu balik tapi Isya ada hal yang penting."Isya menyerahkan kontrak yang berjaya dia perolehi kepada Datuk Michael.

"Isya! Betul ke ni? Kenapa tak beritahu Alex? Kenapa Isya nak buat seorang diri? At least orang tahu Isya bukan melarikan diri."kejutan demi kejutan yang Isya beri kepada Datuk Michael. Isya menyerahkan kontrak bernilai RM35 juta. Projek akan dijalankan di Malaysia bersama dengan Syarikat di London.

"Yes, Daddy. Isya nak beri kejutan kepada Daddy. Projek ni kita akan jalankan bersama Syarikat Tengku Razief. Nanti kita discuss sama-sama. Mengenai hal perkahwinan Isya dengan Irham, Isya tiada bantahan. Lagipun sebelum ni Isya dah serahkan seratus peratus keputusan dekat Daddy."beritahu Isya lagi.

Isya pelik melihat Datuk Michael. Jalan balik yang dilalui amat berbeza.

"Daddy, kita nak pergi mana? Bukan sepatutnya kita terus balik ke? Kenapa kita jalan sini?"tanya Isya.

"Kita terus pergi ke rumah Tengku Zakiah. Yang lain semua ada dekat sana dah. Isya je lagi yang belum ada. Masing-masing sibuk buat persiapan dekat sana."jelas Datuk Michael.

Isya tidak membantah dan sebaliknya hanya menuruti sahaja. Isya memejamkan mata sambil berfikir mengenai Farhana. Adakah Farhana mengetahui tentang hal ini? Risau juga dia. Takut Farhana membuat kecoh semasa majlis. Itu sahaja yang ditakuti oleh Isya. Dia tidak mahu Farhana membuat kecoh semasa majlis. Itu juga sebab kenapa Isya mahu hanya orang yang terdekat yang hadir. Dia tidak mahu terjadi sebarang kekecohan dan menyebabkan berita tersebut menjadi bualan orang ramai.

Tengku Irham pula meminta pertolongan Desmond dan Syazana. Syazana akan memberi jadual palsu kepada Farhana mengenai aktiviti Tengku Irham manakala Desmond pula mengintip pergerakan orang-orang Farhana. Sepanjang ketiadaan Isya di Malaysia aktiviti orang-orang Farhana juga semakin perlahan. Betullah kata Alex selepas balik ke Malaysia, orang-orang Farhana akan menjadi perlahan apabila Tengku Irham ada masalah dengan Isya. Teringat Tengku Irham minggu lepas apabila terjumpa dengan Farhana di Nandos Citta Mall. Kebetulan Tengku Irham baru lepas berjumpa dengan Alex.

"Hai Irham. Isya mana? I tak nampak pun! Selalu you berkepit je dengan Isya."perli Farhana.

"You diamlah Hana. Kalau setakat jumpa nak menyakitkan hati I, lebih baik tak payah jumpa. Biarlah perempuan nak ke mana pun. Aku dah tak peduli!"marah Tengku Irham. Tengku Irham hanya berlakon di depan Farhana. Dalam hatinya masih risaukan Isya. Risau jika Isya mahu membatalkan majlis yang sedang diatur.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now