Chapter 84

3K 122 3
                                    

Isya kelihatan letih. Baru sahaja balik dari Johor dan kini dia bergegas ke majlis pernikahan Farhana dan Daniel. Mana mungkin dia melepaskan peluang ini. Inilah detik yang dinantikan oleh Isya. Ingin melihat Farhana bahagia.

"Sayang, sayang okay tak ni? Kalau tak okay kita balik rumah je. Nanti majlis kahwin mereka kita pergi."cadang Tengku Irham. Entah kenapa dia kasihan melihat isterinya yang kelihatan agak pucat.

Isya menolak cadangan suaminya. Dia mahu menghadiri hari penting Farhana. Dia mengeluarkan alat soleknya dan kini mukanya sudah kelihatan bermaya dengan pertolongan alat soleknya.

Tengku Irham sudah masak dengan perangai isterinya. Degil. Tapi apakan daya. Sudah sayang. Dia ikutkan sahaja kehendak isterinya.

Farhana sah bergelar isteri kepada Daniel dengan sekali lafaz sahaja. Kini sudah hilang segala kerisauan bagi Isya. Dia ingin melihat sahabatnya itu bahagia.

Majlis pernikahan Farhana dan Daniel dilakukan secara ringkas tetapi tetap mewah dan meriah. Hanya orang yang terdekat sahaja datang.

"Congrates Hana. So lepas ni kena belajar jadi isteri solehah pula ya!"ucap Isya.

Farhana tersenyum gembira dan memeluk Isya. Sungguh dia tak sangka kebahagiaan ini yang dikecapinya hari ini.

"Thanks Isya sebab tolong Hana. Kalau Isya tak ada,Hana tak tahu apa akan jadi pada Hana sekarang ni. Hana minta maaf banyak-banyak apa yang Hana dah lakukan dekat Isya sebelum ni dan Hana juga penyebab Ishal tak dibesarkan oleh Irham dan juga Irham hilang peluang untuk jaga Isya. Sebab Hana juga Isya hilang peluang untuk sambung belajar dulu."luah Farhana sambil menangis.

"Hana, perkara yang lama kita tak perlu ungkit. Semua itu sudah takdir. Isya redha dan sekarang Isya harap Hana belajar menerima takdir dan redha atas apa yang terjadi. Sekarang ni Hana pandang ke depan je okay! Dah, jangan nangis-nangis! Nanti apa pula kata Daniel kalau nampak Hana menangis. Habis make up cair. Nanti tak berseri pengantin ni."usik Isya.

Farhana dan Isya mula ketawa. Inilah detik yang Isya nantikan. Bahagia bersama sahabatnya.

Tengku Adam Ishal pula sudah semakin layu. Penat kerana perjalanan jauh dan bermain di majlis Farhana bersama-sama rakan sebaya. Isya juga sudah letih. Kini dia tidak perlu sembunyikan keletihannya.

"Abang, jom balik. Isya letihlah. Tak larat dah. Nanti balik kita singgah supermarket jap. Isya nak beli kudap-kudap."ajak Isya.

"Kita balik teruslah sayang. Anak pun dah tidur tu."

Kereta dipandu oleh Desmond manakala Alvin menjaga Tengku Adam Ishal. Isya keletihan. Dia tertidur sepanjang perjalanan mahu pulang ke rumah Datuk Michael. Malam ini mereka bermalam di rumah Datuk Michael. Selepas majlis perkahwinan Farhana barulah mereka akan berpindah semula ke rumah mereka di Damansara.

Oleh kerana keletihan dan Isya lena tertidur, Tengku Irham mengarahkan Desmond terus pulang ke rumah. Dia tidak mahu mengganggu tidur Isya. Barang akan beli kemudian.

Tiba sahaja di rumah Datuk Michael, Isya di dukung oleh Tengku Irham. Tengku Irham tidak mahu mengejutkan Isya. Dia kasihan melihat Isya yang sedang lena tidur. Lama juga Isya tidur.

Tepat jam lima petang Isya terjaga. Letih sangat. Terkejut dia melihat dia sedang lena tidur di dalam bilik. Tengku Irham juga sudah tiada. Mungkin sahaja di bawah bersama anak dan ahli keluarga yang lain.

Kedengaran riuh di kawasan taman di kolam renang. Isya menjenguk darioada balkoni atas. Kelihatan Alvin bersama Naila dan Tengku Adam Ishal bermain air. Tengku Irham pula sedang rancak berbual bersama Stephanie, Alex dan Datin Mery.

Rutin harian Isya setiap hari, Isya akan mengambil vitamin tetapi kelihatan vitaminnya juga sudah habis. Dia terlalu sibuk dengan hal kerja dan juga hal perkahwinan Farhana sehingga dia lupa untuk mengambil ubatnya di klinik. Dia segera mandi dan solat.

Seusai solat, Isya bersiap-siap mahu ke klinik. Kebetulan Desmond ketika itu masuk ke dalam rumah dan terserempak dengan Isya. Isya mengarahkan Desmond untuk bersiap-siap membawanya ke klinik. Dia juga perlu membuat pemeriksaan doktor. Dia berasa tidak berapa sihat dan letih.

Desmond segera menyiapkan kereta. Kereta Vellfire dibersihkan. Tengku Irham yang ketika itu terlihat Desmond berasa pelik.

"Desmond, nak ke mana? Isya ada arahkan awak pergi ke mana-mana ke?"tanya Tengku Irham.

"Isya minta saya bawa dia ke klinik. Dia nak pergi ambil ubat."Desmond menjawab.

Tengku Irham pula segera mencari Isya. Dia risau dengan keadaan Isya.

"Sayang, abang ikut sekali. Tunggu abang bersiap."beritahu Tengku Irham tegas. Dia mahu sentiasa bersama Isya.

Lima belas minit sahaja sudah cukup untuk Tengku Irham bersiap. Isya pula sabar menanti suaminya.

"Sejak bila sayang pergi klinik ambil ubat. Sayang sakit ke?"tanya Tengku Irham. Kebiasaannya masing-masing sibuk dengan hal pejabat dan baru hari ini dia tahu Isya sering pergi ke klinik.

"Aah abang. Isya tak berapa sihat. Kurang darah. Itu yang kena ambil vitamin dan juga pil untuk tambah darah. Kepala Isya pun pening-pening."beritahu Isya.

Ketika mendengar kata-kata Isya Tengku Irham mahu marah. Dia lalai dengan tanggungjawabnya. Bagaimana dia tidak  perasan akan perubahan Isya.

"Maafkan abang sayang. Abang tak sepatutnya fokus dekat kerja sahaja sehingga abaikan sayang."kata Tengku Irham perlahan.

Isya hanya tersenyum dan sudah tiba masanya Isya mengeluarkan sesuatu kepada suaminya. Kad merah diserahkan kepada Tengku Irham.

"Kad apa ni sayang? Sayang sakit apa ni?"tanpa menyelak kad tersebut pelbagai soalan keluar daripada mulut Tengku Irham.

"Abang, abang jangan marah tau dan jangan sedih..."perlahan sahaja nada suara Isya.

Tengku Irham pula mula berdebar-debar. Dia takut akan kenyataan yang akam keluar daripada mulut isterinya. Dia takut kehilangan isterinya.

"Sebenarnya Isya mengandung."pendek sahaja jawapan Isya.

"Pregnant? Betul? Berapa bulan? Sejak bila sayang tahu?"Tengku Irham seperti tidak percaya. Itulah detik yang dinantikan olehnya selama ini.

"Dah empat bulan. Isya tahu masa kandungan Isya sebulan."

"Sayang, kenapa tak beritahu abang. Sampai hati sayang ni. Dah, mulai sekarang abang tak nak sayang buat kerja berat lagi. Abang nak jaga sayang. Nanti kita beritahu ahli keluarga yang lain. Kita pergi klinik dulu."arah Tengku Irham.

Berita tersebut sungguh mengejutkan. Apa yang lebih mengejutkan bahawa Isya sanggup menyembunyikan morning sickness demi tidak mahu orang lain risau. Berbeza pembawaan kali ini daripada Tengku Adam Ishal dahulu. Kalau dulu Isya tidak ada alahan langsung tetapi kini Isya mempunyai alahan. Mujur tidak berapa teruk.

Isya pula tidak perlu untuk menyorokkan lagi keadaannya. Dulu da risau jika Farhana tahu dan dia di ancam dan kini tidak perlu risau lagi. Semuanya sudah berada dalam keadaan baik.

Selepas sahaja selesai hal di klinik, Isya mengajak Tengku Irham singgah di supermarket. Dia mahu membeli buah-buahan dan juga sedikit kudap-kudap. Tengku Irham pula mengikut sahaja kehendak isterinya.

"Sayang ada mengidam nak makan apa-apa tak? Kalau ada beritahu je ya. Nanti kita cari."tanya Tengku Irham. Tangan Isya tidak langsung dilepaskan oleh Tengku Irham.

Isya pula kelihatan rimas. Layanan yang diberikan seperti orang sakit pula. Baru sahaja dia mahu berjalan cepat sedikit sudah dimarah oleh Tengku Irham. Pening dia dengan sikap Tengku Irham yang terlalu prihatin.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now