Bab 15 : If You Ever Need Me

29K 1.3K 89
                                    

Hana hanya mampu mengeluh apabila melihat langit hitam yang masih menurunkan air hujan yang mencurah-curah. Hari ini dia keluar dari pejabat lebih awal daripada biasa kerana mahu mengelak daripada Ilham, tetapi sehingga sekarang dia masih tersekat di lobi pejabat kerana hujan yang turun tidak henti-henti sejak tadi. Hana tahu hujan itu rahmat Tuhan, tetapi apabila hujan turun maknanya dia tidak boleh pulang ke rumah lebih awal.

Mesej Ilham yang menyatakan bahawa dia dalam perjalanan membuatkan Hana lebih tidak sabar untuk pulang ke rumah. Dia sudah berura-ura untuk meredahi sahaja hujan apabila hujan sudah reda sedikit nanti. Buat masa sekarang, Hana masih sabar menunggu hujan reda. Dia tidak mahu terburu-buru seperti hari itu dimana dia dikacau di perhentian bas. Nasib baik ketika itu ada Affendy yang menjadi penyelamat.

Dulu pun dia yang selamatkan aku juga. Abang Fendy ni memang dilahirkan untuk menyelamatkan aku je ke?

Lamunan Hana terhenti apabila sebuah kereta Honda CRV hitam metalik berhenti betul-betul di hadapannya. Hana buat tidak peduli kerana tidak tahu kereta itu berhenti untuk siapa. Di situ ada beberapa lagi pekerja lain yang sedang turut menunggu hujan reda ataupun menunggu seseorang menjemput mereka. Mungkin kereta itu mahu menjemput orang lain. Lagi pula, cermin kereta itu betul-betul gelap. Hana tidak tahu siapa gerangan si pemandu.

Tinted habis cermin kereta! Kalau ada roadblock memang nahas ni!

Apabila cermin kereta itu tiba-tiba diturunkan, Hana jadi terkedu sebentar.

Ilham.

"Come on, babe. Masuklah," ujar Ilham dari dalam kereta. Tangannya menunjukkan isyarat kepada Hana supaya masuk ke dalam keretanya.

Hana mendengus geram. Susah betul cakap dengan orang yang tak faham bahasa macam ni! Sudah dipesan jangan datang ke pejabatnya, Ilham tetap juga datang. Sudah dipesan juga supaya jangan memanggilnya 'babe' lagi, tetapi Ilham masih juga degil!

Dasar lelaki tak makan saman!!!

"Tak nak, Ilham." Hana berkata tegas sambil memandang tajam tepat ke mata Ilham. Dia mahu Ilham tahu dia tidak akan ikut kehendak lelaki itu.

"We've talked about this on the phone Hana...."

"You've talked about this on the phone. Not me." Perkataan 'you' itu sengaja ditekan supaya Ilham tahu dia tidak pernah bersetuju untuk berjumpa dengan Ilham. Lelaki itu yang lebih-lebih!

Hana memandang kanan dan kirinya. Tepat seperti jangkaannya, beberapa pasang mata di situ sudah mula memandang-mandang. Silap-silap ada yang mahu pasang telinga juga.

Busybody! Just stop sticking your nose in someone else's business, okay!

"Hana...."

Ketika itu, tiba-tiba sahaja ada sebuah kereta berhenti betul-betul di belakang kereta Ilham. Kali ini Hana tahu siapa gerangan pemilik kereta Range Rover yang baru sahaja berhenti itu. Rasanya sudah berkali-kali juga dia naik kereta itu, jadi tidak mungkin dia lupa kepada kereta dan juga tuan kepada kereta itu.

Hana lihat Ilham turut berpaling ke belakang untuk melihat kereta yang baru sahaja berhenti di belakang keretanya. Dahi Ilham berkerut. Dia tahu siapa pemilik kereta itu. Kereta Affendy.

Telefon bimbit Hana tiba-tiba berbunyi dan nama monster yang tertera di atas skrin. Tanpa sedar bibir Hana terukir sebuah senyuman.

"If you ever need me... you know where to go."

Hanya sepatah ayat itu sahaja yang diungkapkan oleh Affendy sudah cukup meyakinkan Hana untuk melangkah kaki ke arah kereta Range Rover itu dan bukannya ke kereta Ilham. Hana tersenyum di dalam hati. Betullah tekaannya tadi.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now