Bab 16 : Handsome Tahu Tak!

27.9K 1.2K 61
                                    

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah hampir enam bulan Hana bergelar seorang chambie di firma guaman Tetuan Hairi dan Affendy. Kalau dulu dia pernah berasa menyesal kerana mendapat Affendy sebagai master-nya, sekarang tidak lagi. Malah, Hana rasa dia akan lebih menyesal jika Affendy bukan master-nya.

Affendy memang ternyata merupakan mentor yang cukup bagus bagi Hana. Sepanjang enam bulan dia menjadi intern di bawah kelolaan lelaki itu, Affendy tidak pernah lokek untuk mengajarnya apa sahaja. Yang penting, Hana perlu ringan mulut untuk bertanya. Jika tidak, Affendy tidak akan memberi tunjuk ajar sama sekali.

Teringat lagi ketika dia tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan Affendy dulu kerana tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Affendy mengamuk teruk kerana dia tidak bertanya, sedangkan itulah motif utama dia membuat latihan dalam kamar. Untuk belajar dan diberi tunjuk ajar. Sudahnya, dia terpaksa stay back di pejabat untuk menyiapkan kerja itu seorang diri. Tup tup, malam itu juga dia pengsan kerana terlalu kepenatan. Nasib baik Affendy juga yang menjumpainya ketika dia pengsan di dalam bilik pejabat lelaki itu.

Dan selama enam bulan ini juga... Hana dapat rasakan hubungan dia dan the-so-called-master Affendy itu semakin rapat.

Rapat yang... memang rapat.

Rapat yang mana dia tidak lagi rasa kekok untuk menemani lelaki itu makan malam dan apabila lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah hampir setiap malam. Dia tidak pernah meminta, tetapi apabila Affendy sudah mempelawa, Hana tidak menolak.

He's a good guy. A very good guy.

Tidak salah jika Hana mengatakan yang sedikit sebanyak dia sudah mulai tertarik dengan lelaki itu. Tertarik dengan karismanya. Tertarik dengan gayanya. Tertarik dengan sikapnya.

Segala-galanya yang ada pada Affendy itu serba-serbi menarik. Patutlah dahulu Anne juga mudah tertarik dengan lelaki ini walaupun baru beberapa bulan berkenalan.

Tetapi... entahlah. Hana sendiri tidak tahu dengan perasaannya. Suka? Mungkin. Cinta? Tak mungkin. Selagi perasaan itu masih belum muncul, dia perlu menghalang terlebih dahulu. Mana mungkin dia boleh jatuh cinta pada Affendy. Affendy itu bekas suami Anne!

Bukan title 'bekas suami' itu yang menjadi penghalangnya. Hana tidaklah sekejam itu, mahu membeza-bezakan manusia melalui gelaran duda, janda, atau sebaliknya.

Tetapi... lelaki itu pernah menjadi milik Anne. Dan Anne itu kawan baiknya. Itu masalah pertama.

Masalah kedua, ibunya takkan pernah setuju. Terngiang-ngiang lagi bebelan Puan Melati di telinganya setiap malam selepas dia dihantar oleh Affendy. Dan sebelum dia keluar ke pejabat keesokan paginya, sekali lagi dia dinasihati oleh ibunya supaya jangan terlalu rapat dengan lelaki 'kepunyaan orang', walaupun pada hakikatnya Affendy itu bukan milik siapa-siapa lagi!

Bunyi ting daripada telefon bimbitnya telah menyedarkan lamunan Hana yang panjang. Matanya melirik ke arah skrin telefon bimbit untuk membaca preview mesej itu sahaja tanpa perlu untuk dia 'menghadiahkan' sepasang bluetick kepada sesiapa sahaja yang menghantarnya mesej itu.

Monster
Hey. Jauh mengelamun? Are you okay?

Hmm... panjang umur. Macam tahu-tahu je yang aku memang tengah fikirkan dia. Hana mengangkat muka lalu mencari bayang lelaki itu. Pasti Affendy berada berdekatan situ kerana lelaki itu nampak dia sedang mengelamun.

Tepat jangkaannya. Affendy berada selang beberapa kubikel daripadanya dan sedang berbincang entah apa dengan Shahran. Tetapi walaupun Shahran sedang bercakap dengannya dan dia juga seperti fokus mendengar kata-kata Shahran, tetapi Hana perasan sekejap-sekejap pasti mata lelaki itu memandang ke arahnya.

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now