Special Chapter 7 : Luahan Hati Affendy

26.8K 1.2K 197
                                    

🎶 Akhirnya Cinta - Salma Asis 🎶
Di mana pengorbanan, keikhlasan dan bukti kejujuran
Pernah dulu yang sering kau lafazkan
Ingatkah kau janji percintaan?

***

"Cerita dekat Hana... kenapa abang tinggalkan Hana malam tu?" Akhirnya selepas tangisannya sudah reda, Hana dapat juga mengajukan soalan itu setelah sekian lama dipendam. "Hana nak tahu dari awal."

Affendy terdiam sekejap. Berfikir dari mana dia harus memulakan ceritanya. Tujuh tahun punya perjalanan cerita, takkan habis nak dicerita dalam sehari. Lainlah kalau Hana mahu beri dia masa tujuh tahun lagi untuk hidup bersama. Pasti dia akan menjadi orang yang paling bahagia sekali.

Tanpa sedar, tangannya bermain-main dengan jari-jemari Hana yang masih dalam pegangannya. Tindakan spontan apabila dia sedang berfikir. Nasib baik Hana tak menolak. Dalam marah-marah, sebenarnya hati Hana masih lembut juga. Tapi... cincin kahwin mereka tiada lagi di jari itu. Affendy mengeluh berat.

"Salah abang sebab ikutkan perasaan cemburu abang. Abang ingat Hana dengan Ilham...."

"Abang ingat Hana curang?"

Affendy meraup rambutnya ke belakang. "Abang tak pernah terfikir sayang curang. Abang cuma rasa yang sayang masih ada perasaan untuk Ilham. Bukan untuk abang."

Hana menarik semula tangannya dari pegangan Affendy dengan kasar. "Sampai hati abang fikir macam tu. Lepas apa yang Hana dah buat untuk abang, abang masih fikir Hana tak sayang abang? Hana kahwin lari dengan abang! Hana mengandungkan anak-anak abang! Hana sanggup tunggu abang walaupun dah tujuh tahun! Apa lagi yang abang nak?" marah Hana dan tanpa sedar dia telah mengaku bahawa dia menunggu Affendy selama tujuh tahun ini.

"I know... I know... abang memang bodoh sebab tak fikir semua tu. Abang runsing sangat masa tu. Dengan mama dan abah baru meninggal. Lepas tu abang nampak pulak kereta Ilham kat rumah kita. Dan Anne pulak tunjuk kat abang gambar Hana pegang tangan Ilham dan masuk dalam kereta dia masa abang tak ada kat rumah. Abang jadi marah dan cemburu. Tambah pulak Hana langsung tak datang masa mama dan abah meninggal dulu. Jadi abang fikir Hana lebih rela pergi dengan Ilham, berbanding datang kepada abang."

"Annisa meninggal, abang tahu tak? Meninggal!" jerit Hana. "Abang janji nak ambil Hana untuk check-up petang tu tapi abang tak datang! Abang biarkan Hana tunggu abang lama dan sikit pun abang tak teringat nak telefon Hana! Hana pergi hospital sendiri, abang. Hana dapat tahu yang baby kita dah tak ada sendirian, tanpa abang. Abang rasa apa perasaan Hana masa tu? Bila Hana balik rumah, Hana nak bagitahu abang, tapi abang tuduh Hana macam-macam! Sikit pun abang tak nak dengar penjelasan Hana!"

"Abang tahu...."

"Dan abang lebih percaya gambar yang Anne tunjuk kepada abang berbanding Hana sendiri? Abang tahu tak kenapa Hana pegang tangan Ilham dan masuk dalam kereta dia? Malam tu Hana sakit sangat, abang. Perut Hana sakit sangat. Hana telefon abang berkali-kali tapi abang tak jawab. Hana takut sangat kalau ada apa-apa terjadi pada Adam. Hana tak sanggup nak kehilangan kedua-dua baby Hana. Jadi Hana telefon Ilham untuk bawa Hana ke hospital. Tiga hari abang tak ada kat rumah, tiga hari tu jugaklah Hana kena warded abang tahu tak? Tapi sekali pun abang tak pernah datang! Dan malam tu... abang terus pergi tinggalkan Hana tanpa sebarang penjelasan. Abang rasa adil ke semua ni untuk Hana?" ucap Hana panjang lebar dan dia sudah mula menangis lagi.

Sekali lagi Affendy meraup wajahnya dengan kasar. Sesal atas apa yang telah dia lakukan. "Abang tahu... Ilham dah terangkan semuanya dekat abang. Dia cari abang sampai ke lubang cacing, sayang. Ilham cari abang dekat UK dan dia terangkan semuanya dekat abang tentang apa yang terjadi antara dia dan Hana."

Cinta Jangan Pergi ☑Where stories live. Discover now