Bab 1

31.9K 594 27
                                    

"Erish, papa tunggu Erish dekat bawah. We need to talk."

Terpisat-pisat gadis itu apabila dikejutkan dengan deringan Samsung galaxy note3 nya. Dia mendengus kegeraman. Erish membaca sekilas whatsapp yang dikirim oleh papanya, haish papa ni, ganggu orang tidur saja.

Gadis itu bingkas bangun menuju ke bilik air.

"Pa, nak apa?" Tegur Erish selamba sambil menepuk kuat bahu papanya daripada belakang. Tersedak Tan Sri Azir disergah oleh anak perempuan tunggalnya itu. "Boleh gugur jantung aku, silap silap jalan terus." Omel hati tuanya kegeraman.

"Erish! Boleh tak lain kali sebelum nak menyergah orang tengok dulu papa tengah buat apa! Perangai tak ubah daripada kecil sampai dah tua bangka!" Tan Sri Azir memulakan syarahannya. Sememangnya dia yang menghidap sakit jantung, terasa sakit apabila disergah begitu. Bukan Erish tidak tahu papanya menghidap penyakit kronik itu, sengaja berbuat demikian.

"Papa ni tak sporting ah." Balas Erish sambil menayang sengih, dia yang hanya memakai t-shirt lengan pendek dan seluar pendek paras lutut, mengambil tempat duduk disebelah papanya.

"Banyaklah Erish punya sporting. Kalau penyakit papa datang tadi macam mana? Erish suka kan kalau papa mati?"

"Papa ni, sikit sikit nak ugut Erish. Bosanlah dengar benda sama je. Papa nak apa ni? Kacau je Erish nak tidur. Dengki orang je kan papa ni. Bencilah." Balas Erish sambil menyilangkan kakinya.

"Erish cakap dengan papa elok elok boleh tak? Duduk tu molek molek sikit. Erish dah besar, perangai macam budak sekolah."

Lain kali pakai baju sopan sikit.
Awak tu dah boleh jadi isteri orang dah. Pening lah papa dengan Erish ni." Tan Sri Azir memegang kepalanya yang berdenyut secara tiba tiba.

Sungguh, dia pusing memikirkan kerenah anaknya yang satu ini. Perangai kasar, sekali imbas dia memandang Erish seperti lelaki. Kadangkala Erish juga hilang rasa hormat terhadap papanya sendiri. Sejak isterinya meninggal dunia 8tahun lepas, Erish berubah karakter.

Bercakap dengannya bila perlu sahaja, sering memberontak dan sangat keras kepala. Sakit jiwa dibuatnya menghadap kerenah puteri yang seorang ini.
"Do I care? Papa nak cakap apa ni? Cepat boleh tak? Buang masa orang je." Erish sudah mula meninggikan suaranya. Dia rimas apabila dibebel oleh papanya.

"Kenapa kurang ajar ni Erish?!" Tan Sri Azir mulai berang dengan bicara anaknya itu.

"Sebab papa tak ajar." Balas gadis itu selamba sambil mengenyit matanya. Seronok menyakitkan hati papanya itu. Sememangnya Erish tidak rapat dengan papanya, semenjak mamanya meninggal dunia kerana menghidap barah otak, Erish menyalahkan papanya seratus peratus. Erish menganggap pemergian mamanya kerana kesilapan papanya yang selalu sibuk dengan kerja, mengabaikan kesihatan mamanya. Sewaktu mamanya sakit, jarang sekali papanya meluangkan masa memberi semangat kepada mamanya. Sehingga mamanya menghembuskan nafas terakhir, Erish dan Zarul Arman, adik lelakinya sahaja disisi mamanya.

Papanya berada di London menguruskan syarikat. Erish benar-benar kesal dengan sikap sambil lewa papanya. Hatinya sakit mengenangkan peristiwa itu. Walaupun papanya sudah jauh berubah sejak mamanya tiada, Erish masih tidak dapat menerima papanya lagi. Hatinya sudah tawar.

"Erish jangan nak naikkan darah papa! Papa panggil Erish turun bukan nak ajak bertekak. Papa ada benda penting nak bincang." Tan Sri Azir bangkit dari duduknya. Dia mengambil tempat dihadapan Erish. Dia merenung lama wajah anaknya yang mempunyai iras arwah isterinya. "Abang rindu Raudhah.." Bisik hatinya kekesalan. Dia berjanji tidak akan mensia siakan anak perempuannya yang satu ini. Dia mahu menebus segala dosa dosanya terhadap keluarganya selama ini.

"Yang papa pandang Erish macam tu dah kenapa? Papa ni lembab lah. Nak bincang apa? 10 mins only. Faster." Balas Erish sambil menjeling papanya, dia meluat melihat papanya sendiri. Benci.

"Papa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah."

"What?!! Are you crazy papa? Apa papa cakap ni! Who are you nak tentukan hidup Erish?" Erish menengking papanya sekuat hati. Dia bengang mendengar arahan papanya itu. Suka suka je cari jodoh buat dirinya.

"I'm your father. Erish dah melampau sangat sampai hilang respect dekat papa. Erish, papa dah tak tahu nak buat apa lagi dengan perangai Erish yang makin hari makin merisaukan papa. Keluar pagi balik subuh. Melepak dengan lelaki sampai lewat pagi, keluar masuk club. Erish ingat papa tak tahu apa Erish buat belakang papa?"
"Suka hati Erish lah Erish nak buat apa. Erish dah 25tahun papa! Erish dah besar, and you! Tak ada hak nak tentukan hidup Erish. Selama ni ada papa kisah pasal Erish? Pergi lantak lah Erish nak buat apa! Jangan sibuk ambil tahu." Balas Erish berang. Mukanya merah menahan marah.

"Sebab aku papa kau aku perlu ambil tahu! Selama ni kau kurang ajar dengan papa, papa masih bersabar. Saat ini, papa dah tak boleh tahan dengan kerenah Erish. Papa dah tua Erish, bila bila masa papa boleh pergi. Sebelum papa tutup mata, papa nak tengok Erish dibimbing seorang lelaki yang mampu ubah perangai Erish. Dengar cakap papa ni sayang."

"No I will not! Papa ingat Erish budak kecil? Ikut telunjuk papa. Heh. Memang tak lah pa." Balas Erish dalam nada yang masih meninggi.

"Suka atau tidak. Bulan depan Erish tetap kena nikah dengan dia. Kalau tak, Erish bukan anak papa lagi, merempatlah Erish dekat luar sana. Kalau Erish tak ikut kemahuan papa, Zneth's Hotel yang Erish tengah kendalikan sekarang, papa jual. Kemewahan yang Erish ada papa akan tarik. Think wisely Erish Damia."

"I hate you papa! I hate you! Papa sengaja hancurkan hidup Erish kan." Erish menghempas kuat pasu bunga kecil kesayangan papanya. Tergamam Tan Sri Azir dengan tingkah anak daranya itu.

"Please behave yourself Erish Damia!" Nafasnya turun naik tika itu. Tan Sri Azir memegang dadanya. Terasa sakit secara tiba tiba. Erish kelihatan gelabah namun dia sedaya upaya tidak mahu menunjukkan kebimbangannya dihadapan papanya.

" Okay, Erish ikut. Tapi jangan tanya kenapa kalau lepasni Erish hilang terus rasa hormat dekat papa. Papa pemusnah masa depan Erish!"
"Papa buat semua ni untuk Erish, Erish akan salahkan papa sekarang. Papa tak kisah, but one day Erish akan faham kenapa papa buat semua ni. Papa sayang princess papa." Balas Tan Sri Azir sebak.

"Kalau pa sayang Erish, pa tak buat Erish macam ni. Erish benci papa." Erish Bingkas bangun sambil melontar kusyen tepat kearah papanya.
"Satu hari nanti,Erish akan faham. Dia lelaki terbaik untuk anak papa. Maafkan papa sayang." Tan Sri Azir mengeluh sendirian. Hatinya sebak mengenangkan kelakuan biadap anaknya itu. Namun hati tuanya yakin, bakal suami Erish mampu membawa anaknya ke syurga.

Cerpen: Ustazku ROMANTIK !Donde viven las historias. Descúbrelo ahora