Bab 13

13.5K 403 3
                                    

“Where are you want to go Encik Isyraf Hakimi?” Soal Erish sejurus dia melihat susuk tubuh suaminya berjalan mahu menuju ke pintu utama rumah mereka.

“Abang nak keluar kejap. Pergi surau.” Balas Hakimi lembut. Dia senyum melihat isterinya. Erish hanya membuat muka bersahaja. Tidak betah dipandang begitu oleh suaminya. Meluatnya aku dengan pak lebai ni. Eii.

“Nak buat apa pergi surau?”

“Orang pergi surau buat apa?

Solatlah sayang. Abang dapat jemputan bagi ceramah dekat surau area rumah kita ni. Lepas solat isyak, abang start bagi ceramah. Jom sayang ikut abang. Best tau topik malam ni.” Balas Hakimi ceria.

“Konon konon sweet lah ni ajak wife pergi surau sama sama? Kau tahukan yang aku memang tak akan ikut kau? Tak kuasa nak ikut.” Erish membalas kasar. Dia tidak tahu mengapa hatinya sering sahaja mendidih bila bersama dengan suaminya itu.

“Saya tak cakap saya sweet, tapi kalau awak yang cakap memang betul lah tu kan. Tahu. Tapi manalah tahu, kot kot tergerak hati awak nak ikut saya. Awak kan bukan ada pendirian yang tetap.” Balas Hakimi bersahaja sambil membuat mimik muka.
“Hello! Kau kalau nak pergi jadi baik pergi sorang, takpayah nak paksa orang lah. Aku meluat tengok kau pakai macam ni tahu tak!”

“Haaa. Meluat? Tak apalah lepas ni saya pakai seluar pendek and singlet. Baru nampak handsome kan? Rock gitu.” Sengaja dia mahu menyakat isterinya yang sudah mula naik angin itu. Pantang diusik, pasti mengamuk. Erish Erish. Perangai kalah budak tadika.

“Kau takpayah nak perli aku sangat lah! Pukul berapa kau balik?”

“Ada improvement. Selalunya tak pernah tanya soalan macam tu. Abang balik pukul 11.30 maybe. After ceramah habis ada jamuan sikit, so maybe lewat. Why? Nak kirim apa apa?” Kedua dua tangannya diseluk ke dalam poket baju melayunya itu.

“Aku lapar. Tak tahu nak makan apa.” Erish mengadu kepada suaminya. Bola mata Erish memandang Hakimi dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Hakimi terpanar.

Semenjak mereka berkahwin. Inilah kali pertama dia mendengar suara isterinya seperti mengadu kepadanya. Minta untuk ditenangkan.

“Oh, sayang abang lapar. Boleh tunggu tak? Lepas abang habis ceramah, abang bawak sayang makan kat luar. Okay?” Soal Hakimi sambil mengusap perlahan rambut ikal mayang isterinya.

“Jangan balik lambat, dah pergi lah ke mana pun kau nak pergi.” Erish bersuara perlahan. Tangan suaminya yang memegang kepalanya dijatuhkan perlahan. Dia berlalu ke tingkat atas. Hakimi tersenyum melihat tingkah laku isterinya.

Cerpen: Ustazku ROMANTIK !Where stories live. Discover now