Bab 19

15.4K 381 7
                                    

“Sayang jalan slow slow. Kita nak sampai dah ni.” Hakimi memimpin jari jemari Erish. Erish hanya mengikut kata si suami sambil memaut lembut lengan sasa suaminya.

“Kita nak pergi mana ni abang? Lambat lagi ke?”

“Sabar lah sayang. Haaa, dah sampai dah pun.”

“Dah boleh bukak ikatan ni abang?” Soal Erish yang rimas dengan ikatan kain berwarna hitam yang menutupi pandangan matanya itu. Dia sendiri tidak tahu kemana suaminya mahu membawanya pergi malam malam begini. Ada ada sahaja Hakimi ni.

“Okay baby girl abang dah boleh buka mata luas luas. Jangan sampai terkeluar biji mata tu pula tau.” Ujar Hakimi sambil tersenyum simpul. Dia meleraikan ikatan kain itu.
Erish yang sedang memaut lengan suaminya itu spontan menekup bibirnya dengan kedua dua belah tangan. Dia tergamam melihat apa yang ada di depan matanya itu. Perlahan lahan kakinya menapak mendekati sesuatu yang menarik perhatiannya. Hakimi membawanya di tepi pantai rupanya. Patut lah sedari tadi terasa seperti berjalan di atas pasir pasir halus. Erish mendekati sebuah meja kecil di bawah sebatang pokok, meja itu dialas dengan alas meja yang tercoret namanya bersama si suami. “ Comelnya..” Makanan yang terhidang  di atas meja itu semuanya makanan.

kegemarannya. Pasir di pantai itu dipenuhi dengan gambar gambar perkahwinan mereka. Di susun menjadi bentuk love. Erish tersentak melihat botol botol kecil yang disusun membentuk namanya “Erish Damia” Dia mendekati botol botol itu dan setiap satu daripada botol kecil itu mengandungi nota nota ringkas dicoret khas oleh si suami. Antaranya “ I love you, annoying girl, princess garang, gorilla seksi, my soulmate, my short girl, my sweet wife, biniku tomboy, isteriku solehah, my pumpkin.” dan botol terkahir mengandungi nota kecil berbentuk hati yang berbunyi.

“Hi awak. Kenapa awak comel sangat bila bertudung? Awak memang comel dari kecil eh? Nak jadi ustaz awak boleh?” Erish tersenyum membaca bait bait kata yang ditulis oleh si suami. Boleh tahan juga suaminya ini. Dia kemudiannya berlari lari anak mendapatkan suaminya yang sedang tersenyum memandangnya.

“Jangan cakap yang semua ni abang yang buat?” Erish menyoal suaminya. Matanya merenung mata hazel milik suaminya.

Tidak sepet seperti keinginanya tapi cukup menyenangkan bila memandang.

“Kalau abang yang buat kenapa? Nak terharu ke nak nangis? Ke nak peluk abang?” Tangannya sudah melingkari ramping kecil isterinya.

“Seriously? Tapi bila abang buat semua ni? Petang tadi kan abang ada dengan sayang dekat hotel. Bila masa?” Erish melontarkan soalan sambil mengecilkan sedikit matanya.

“Abang keluar senyap senyap lah. Kalau tak nanti kantoi ler.” Ujar Hakimi sambil menjuihkan bibir.

“Pandai kan.”

“Well, tengok sikit husband siapa? Kena lah bijak kalau nak buat suri hati abang ni sentiasa happy.” Angin sepoi sepoi yang menyapa membuatkan Erish sedikit menggigil. Lantas Hakimi mengeratkan pelukan.

“So semua ni untuk…”

“Yaa, untuk sayang. Semua ni, hadiah daripada abang untuk sayang. Abang tak tahu macam mana nak cakap dekat Erish, so I make this for you. Gift for you sebab sudi jadi yang halal untuk abang.” Hakimi meluahkan penuh perasaan, dia mahu isterinya mengerti bahawa dia sangat menyanyangi isterinya.

“Nak nangis boleh? Thank you so much.” Erish menyentuh lembut dagu suaminya.

“No no no. Abang tak akan biarkan air mata sayang mengalir. Even sayang cakap sayang nangis sebab terharu. No, kalau terharu dengan semua ni. Peluklah abang sayang kuat kuat. Bukan nangis. Cair make up tu karang.” Ujar Hakimi bersawa tawanya.

“Tak sangka, orang yang paling Erish benci dulu. Sekarang ni dia lah insan yang paling Erish tak nak berenggang walaupun sesaat.”

“So sayang tak kisah bersuami kan pak lebai yang selalu duk pakai kopiah? Yang hanya ada kereta kancil cabuk besi buruk yang macam nak roboh tu?” Soal Hakimi sengaja mahu menduga isterinya.

“Cinta bukan terletak pada rupa, harta or status. Erish tak kisah, sebab abang pun boleh terima Erish yang dulu banyak sangat buat salah dengan abang. Why not Erish terima kekurangan abang?”

“Sayang, abang tak nak hilang penyeri hidup abang. Jangan pergi jauh jauh dari abang tau?” Hakimi membetulkan selendang isterinya yang ditiup angin.

“Tak pergi mana mana. I duduk bawah ketiak you je.” Balas Erish dalam nada bergurau.

“Tak pengsan nanti?” Soal Hakimi sambil menjongketkan keningnya ragu ragu dengan jawapan si isteri.

“Kalau duduk dalam hati abang, boleh tak? Tak ada siapa nak rampas sayang dari abang. Kan?”

“Sure. Si kenit duduk dalam hati abang sado diam diam tau.  Sebab, abang sado sayang ni perlukan sayang sampai bila bila.” Hakimi tunduk mencium dahi isterinya penuh kasih.

Terasa kebahagiaan yang selama ini dia cari sepanjang perkahwinan mereka. Kemudian, mereka berjalan beriringan menuju meja kecil di bawah pokok.

Cerpen: Ustazku ROMANTIK !Where stories live. Discover now