Bab 11

14.4K 396 0
                                    

Hakimi merenung potret perkahwinannya bersama Erish. Perlahan lahan jari jemarinya mengusap lembut foto mereka berdua. Kelihatan Erish tersenyum manis didalam dakapannya. Meskipun dia tahu, senyuman yang terukir hanyalah untuk mengaburi mata para tetamu yang hadir. Senyuman palsu yang direka oleh Erish Damia. “Kalaulah saya dapat miliki senyuman indah awak tu, saya tak perlu sebab lain untuk buat saya bahagia. Cukup senyuman awak sebagai peneman.” Hakimi meraup wajahnya berkali kali. Kemudian, potret itu diletakkan kembali di sudut meja ruang tamu rumah mereka. Bunyi deruan enjin  kereta Audi R8 milik isterinya kedengaran dari dalam rumah. Hakimi tersenyuman kesenangan. “Hmm awal pula dia balik hari ni.”

Erish melangkah mahu memanjat tangga untuk ke biliknya tanpa mempedulikan Hakimi yang sedang memerhatikannya.

“Awal awak balik harini?”

“Aku balik lambat salah. Aku balik awal kau bising. Kau ni nak apa sebenarnya ni? Cuba lah belajar bersyukur sikit.” Erish membalas dengan lantangnya. Bijak pula dia menasihati sang suami sedangkan diri sendiri ke laut.

“Uish, saya bukan tak bersyukur. Saya syukur sangat sangat ni. Yelah bukan senang permaisuri dalam rumah ni nak pulang awal. Orang bujang lah katakan.” Hakimi membalas dengan nada bersahaja.

“Aku rasa. Daripada kau buang masa cakap dengan aku. Lebih baik kau pergi bagi ceramah dekat masjid sana tu. Tak membazir air liur kau.”

“Hm betul dah tu. Tapi sebelum saya nak ceramah orang, saya kena ubah isteri saya dulu. Sebelum lagi jauh dia tersasar.” Ujar Hakimi tanpa menoleh ke arah isterinya yang jelas kebengangan dengan kata kata bidasan daripadanya.

“Kau takpayah sibuk nak ceramah aku! Kau ingat kau baik sangat? Jangan fikir kopiah dekat kepala, hari hari sujud dah rasa diri cukup sempurna!” Erish sudah berada dihadapan Hakimi yang sedang duduk menghadap televisyen. Dilempar sekuat hati handbegnya ke perut lelaki itu. Hakimi mengaduh kesakitan namun dia bersuara kemudiannya.

“Erish Damia. Takada siapa pun dalam dunia ni sempurna tau awak. Termasuklah saya. Tapi kita diajar, supaya setiap hari berusaha memperbaiki diri sendiri. Sebab tu diciptakan lelaki dan perempuan berpasang pasangan.  Untuk saling melengkapi. Awak isteri. Saya suami. Saya bertanggungjawab membimbing awak. Tu konsep dia.” Hakimi menerangkan panjang lebar. Dia menggunakan pendekatan berbicara dengan nada yang lembut. Dia harus bijak menangani sikap Erish Damia yang terlalu sukar untuk difahami.

“Aku tak faham lah kenapa kau sudi sangat nak jadi suami aku. Kau tak penat ke layan kerenah aku?”

“Tak. Tak pernah penat. Sebab saya yakin one fine day, isteri saya akan berubah. Dan masa tu saya adalah orang yang paling gembira sekali.” Hakimi menarik lembut tangan isterinya untuk duduk disebelahnya. Erish hanya mengikut. Tidak membantah seperti selalu.

“Jangan terlalu yakin Isyraf jangan. Takut nanti, kau frust menonggeng kalau sampai mati pun kau tak berjaya ubah cara hidup aku.”

“No jangan cakap macam tu. Saya yakin, saya boleh bawa awak ke jalan Allah. Erish Damia. Awak isteri saya, pelengkap hidup saya. Saya mohon awak beri saya peluang untuk usik hati awak. Supaya saya ada tempat di hati awak.” Hakimi bersuara penuh mengharap. Jujur, hatinya sudah mula menyanyangi wanita itu. Dia tidak tahu bila rasa itu hadir meskipun layanan yang diberikan sangat kasar. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Dia bertekad mahu mengubah cara hidup isterinya yang lebih ke arah kebaratan.

“Sampai bila bila pun, kau tak akan dapat peluang tu! Never Isyraf never! Kau tahu sebab apa? Sebab kau punca aku hilang semua kebebasan aku! Kahwin dengan kau satu kesilapan paling besar pernah aku buat dalam hidup aku. I hate everything about you! So, jangan pernah berharap hubungan kita akan mesra macam orang lain.

Because it will not happen.” Balas Erish sebelum bangkit.  Hatinya tidak terkesan langsung dengan kata kata nasihat daripada lelaki itu. Walaupun Hakimi tidak pernah putus asa menasihati isterinya yang keras kepala itu. Erish tetap begitu. Keras dan dingin.

“Ha tak apa tak apa. Cakap lah apa awak nak cakap. Yang tentukan semuanya adalah Allah S.W.T. Jangan terlalu mendabik dada bila bercakap sayang.” Belum sempat Erish memanjat tangga, Hakimi terlebih dahulu memintasnya. Sebelum berlalu ke dapur, sempat dia membalas kata kata angkuh si isteri.

Cerpen: Ustazku ROMANTIK !Where stories live. Discover now