2

5.1K 708 506
                                    

Tak tak tak...

Bunyi tapak kasut tumit tinggi evil queen menuruni tangga ke bilik bawah tanah.

Ha ye tu bilik faveret permaisuri Bangtanland acah hots gitu tu. Eh nyampah pulak saya dibuatnya ya. Maaf-maaf tugas saya sebagai pencerita cerita ini adalah-jauh pulak saya menyimpang ye.

Hahaha di mana kita tadi?

Di hati Kim Taehyung bukan?

Cia cia puih

***

Seperti biasa setiap hari Evil Queen atau nama yang diberi, Queen Hitman Bang

Agak pelik namanya bukan?

Dia akan berjumpa dengan cermin ajaib kesayangannya dan bertanya soalan yang sama pada setiap hari sampaikan cermin ajaib itu rasa nak pencen kemudian cari queen lain yang tak perasan cantik macam Queen Hitman Bang ini.

"Wahai cermin ajaib siapakah yang paling cantik di dunia ini?" Tanya Evil Queen kepada cermin ajaibnya yang diberi nama Shooky.

Seram eden dengo nama dia.

"Jawab lah Shooky oi!"

Evil Queen sudah mula mahu melenting.

"Patik pergi 'membuang' lah tuanku"

Evil Queen sekadar meng-rollskan matanya.

"Apa dia soalan tuanku tadi?"

"Beta tanya siapa yang paling cantik di dalam dunia ini?"

"Oh"

Cermin ajaib atau Shooky terdiam sebentar. Sedang mensearch puteri yang cantik dalam dunia ini. Sudah tentulah penulis cerita ini kan yang paling lawa HAHAHAH.

"Sudah tentulah yang paling cantik di dunia ini ialah..."

***

Situasi Snow White Tae

La la la la~

Kedengaran suara Snow White Tae sedang menyanyi sambil menimba air di perigi. Burung-burung terbang kelilinginya(?), binatang-binatang lain juga seperti tikus dan tupai juga turut singgah sebentar mendengarkan suara nyanyian yang merdu daripada Snow White Tae itu.

Mereka juga turut sama menyanyi bersamanya.

Snow White Tae telah dikurung di dalam istana setelah kemangkatan ayahandanya. Dia telah dilayan seperti hamba dari golongan bawahan dan bukannya sebagai seorang puteri raja negara Bangtanland itu.

Pada ketika itu, dia tidak menyedari ada seseorang sedang memerhatikannya yang sedang menyanyi dan sibuk mendengar gema dari dalam perigi hasil dari pantulan suaranya.

Ini lah yang dinamakan sains.

Orang tersebut mula mendekatinya dan mula menyanyi bersebelahannya.

Snow White Tae terkejut.

"Oh hai cik. Siapa nama cik?"

Snow White Tae tidak menjawab.

Dia terkejut lalu berlari masuk ke dalam istana dan melihat orang yang menegurnya tadi di celah tingkap.

"Hei! Jangan lah takut dengan saya!"

Snow White Tae menyorok disebalik langsir dari balkoni kamarnya tetapi dia masih mahu memandang orang tersebut.

Siapakah dia?

Situasi Evil Queen Hitman Bang

Ape ke dahsyat beno nama watak jahat cerita ni.

Ok kita abaikan.

Dia memerhatikan Snow White Tae dan lelaki yang sedang menyanyi di laman istana tersebut dari tingkap kamarnya. Dia hanya menjegilkan matanya lalu menutup langsir kamarnya.

Dia masih mengingati kata-kata dari cermin ajaibnya.

"Beta tanya siapa yang paling cantik di dalam dunia ini?"

"Sudah tentulah yang paling cantik di dunia ini ialah...

Snow White Tae"

Dia menggenggam bajunya.

Terlampau geram dengan Snow White Tae yang lebih cantik daripadanya.

Dia mesti membunuh Snow White Tae walau dengan apa cara sekalipun! Dia tidak peduli. Dia mesti menjadi yang paling cantik di dalam dunia ini!

To Be Continue...

I NEED INTERNET!!

I NEED BTS ALBUM!!😭

I NEED U😚💕

[C] Snow White Tae & 6 Idiot Dwarfs + BTSWhere stories live. Discover now