8

3.2K 475 300
                                    

Sudah genap 1 jam mereka berjalan ke Gunung Mic Drop. Kaki sudah lenguh, perut mula berkeroncong maka fikiran pun melayang. Mula lah nak mengeluh itu ini. Menyesal la ape la memacam perangai keluar.

Baru korang tau pentingnya Jin disisi korang hah padan muka!

"Hiyonggg~ jauh lagi ke? Kaki Kook sakitlah hik hik" Jungkook mula mengeluh.

"Kejap lagi sampai lah" Yoongi membalas.

"Ala... Kook penat.." Jungkook mengeluh lagi.

"Naik belakang hyung nak? Hyung dukung?" Pelawa Jimin.

"Taknak lah nanti hyung bongkok makin pendek pulak tehee"

Jungkook tersengih menampakkan giginya yang putih bersih lagi suci dari hati haters BTS yeah!

Maaf terover disitu.

"Taknak lawan Mobile Legend ngan Kook dah. Main sorang-sorang jangan ajak hyung battle sekali hmp!" Jimin muncungkan bibirnya 2 batu kehadapan.

Nampak tak author fanfic ni guna hiperbola melampau sangat? Tak tau maksud hiperbola tu pergi buka buku komsas tingkatan 1.

***

"Hah dah sampai akhirnya!!!" Hoseok mula terkinja-kinja diikuti dengan Jimin & Namjoon.

"Akhirnya Kookie dapat isi perut Kookie yang dah nyanyi lagu Not Today dari tadi!" Kata Jungkook gembira.

"Tapi... mana Jin hyung?" Namjoon mula risau kerana tiada kelibat Jin disitu.

"Selalunya Jin hyung akan duduk kat sini tapi mana dia?" Hoseok menggaru kepalanya.

Mereka sekarang sudah berada di bawah pokok yang Jin berehat sebentar tadi.

"Huargh Jin hyung pergi mana!! Ookie dah lapar ni!! Huarghh!!" Jungkook mula merengek pada bahu Jimin.

Jimin menepuk-nepuk belakang Jungkook perlahan, memujuk 'big baby' mereka. Sesekali Jimin memeluk Jungkook.

Snow White Tae terdiam. Dia dapat rasakan seperti ada seseorang sedang memerhatikan mereka berenam.

"Eh korang. Jom lah balik lain macam je kat sini, kot2 ada gwishin ke eeee takut lah!" Kata Snow White Tae dengan nada gedikssnya.

Muntah jap.

"Noona ni sabar lah! Jap lagi kita balik lah lepas pujuk Jin hyung balik! Ish noona ni gedik lah! Benci pulak Kookie tengok! Tak suka!" Kata Jungkook dengan nada mengadanya.

Snow White Tae terdiam.

***

Jin pov

"Tolong!!!"

Aku menjerit meminta tolong selepas terasa diriku berada di awang-awangan menentang graviti dan kedua tanganku terikat pada sebatang kayu.

Aku memandang keliling.

Di mana aku sekarang?

Aku memandang ke hadapan semula dan ternampak 2 orang lelaki Red Little Indians sedang mengangkut aku ke tempat tinggal mereka.

Kejap

Aku cakap Red Little Indians ke?

Orang asli?

TIDAKKKKKK!!!

Aku bakal dimasak dan dimakan oleh mereka!!!!

[C] Snow White Tae & 6 Idiot Dwarfs + BTSWhere stories live. Discover now