3

4.4K 646 516
                                    

Snow White Tae dihantar keluar ke hutan oleh Evil Queen. Katanya mahu Snow White Tae menikmati keindahan alam.

Kepala lutut kau la.

Setelah Snow White Tae telah dihantar ke hutan seorang diri, Evil Queen memanggil pembunuh upahannya untuk berjumpa dengannya.

Actually penulis cerita ni malas nak guna tatabahasa yang betul sepatutnya 'datang menghadap' bukan berjumpa😂

"Ya tuanku"

"Beta nak kamu bunuh Snow White Tae. Dapatkan jantung dia dan letakkan dalam kotak ni" kata Evil Queen lalu menghulurkan kotak istimewa berwarna emas itu kepada pembunuh upahannya.

Ok saya lupa nak bagitau. Cerita ini sedikit sebanyak telah dimodenkan oleh penulis cerita ini bukan amcam zaman kuno tahun 1939 cerita original keluar ye. Evil Queen pun dah pandai nak main ig kalau korang nak tau.

***

"T-tapi tuanku. Bukankah Snow White Tae itu anak tiri tuanku dan satu-satunya waris negara Bangtanland ini?" Tanya pembunuh upahan itu.

"Anak tiri bukan anak kandung. Kau buat je la kerja kau. Cukup bulan gaji masuk" balas Evil Queen bongkak.

"Baik tuanku. Patik akan laksanakan dengan secepat yang mungkin" kata pembunuh upahan atau sebenarnya cumalah pekerja di istana itu juga.

"Ha bagus. Now pergi cari dia" kata Evil Queen sambil membuat isyarat tangan menghalau lalu dia mencapai iphone 7 nya.

Dia membuat duck face.

Kcak!

Bunyi dari kamera selfie iphonenya menunjukkan gambarnya telah di-snap. Dia membuka aplikasi instagram lalu dipost gambar selfie tersebut setelah diphotoshop terlebih dahulu. Saya boleh simpulkan Queen Hitman Bang ini...

FAKE.

Jangan memain dengan followers dia.

Queenhitmanbanggojes
100M followers
7012 posts
0 following

Korang hado?

Tu pun haters banyak komen hahahahahah. Batak jugak Evil Queen ni tak follow sesape pun.

***

Situasi Snow White Tae

Snow White Tae mula menyanyi di dalam hutan. Dia kelihatan riang menyanyi dan haiwan-haiwan di dalam hutan juga turut menyanyi bersamanya. Sesekali dia mengutip bunga-bunga liar yang tumbuh di dalam hutan untuk dibawa pulang ke istana nanti.

Bang! Bang! Bang!

Hengkorang jangan menari lagu Bigbang pulak.

Snow White Tae terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan sebanyak 3 kali. Dia mula resah. Risau ada sesuatu yang akan berlaku. Dia mula berasa tidak sedap hati. Dia mencapai iphone 7+ nya dan melihat jam.

4:30 pm

Dah petang rupanya.

Dia cepat-cepat mengambil bakul yang diisi dengan bunga-bunga liar yang dipetiknya tadi. Dia bergegas pulang ke istana. Malangnya dia tidak sempat pulang kerana telah ditahan.

"Tuanku sila angkat tangan! Ini arahan dari Queen Hitamman eh Queen Hitman Bang" sasul pembunuh upahan itu.

"B-beta tak buat salah! Beta cuma petik bunga saja! Kalau kamu mahu ambillah! Jangan bunuh beta! Beta merayu!" Snow White Tae mula menitiskan air mata.

Pembunuh upahan itu mula berasa kasihan terhadap Snow White Tae. Mana taknya... dia selalu dilayan seperti hamba bukan sebagai seorang puteri tetapi pakaiannya hari ini kelihatan mewah seperti seorang puteri raja. Baju gabungan warna kuning, biru dan sedikit warna merah.

Cantik ditambah pula dengan cekak rambut berbentuk reben berwarna merah pada kepalanya.

"M-maafkan patik tuanku! Patik tidak sampai hati mahu membunuh tuanku! Patik cuma mengikut arahan! Lari lah tuanku! Ibunda tuanku mahu membunuh tuanku kerana tuanku lebih cantik daripadanya! Lari lah tuanku, selamatkan diri tuanku" kata pembunuh upahan itu sambil melutut kepada Snow White Tae.

"Habis kalau beta larikan diri bagaimana pula dengan kamu?" Tanya Snow White Tae dengan nada yang lembut. Dia mengelap sisa air mata pada wajahnya.

"Patik akan uruskan dengan mengambil jantung beruang bagi menggantikan jantung tuanku sebagai bukti yang patik sudah pun membunuh tuanku. Sekarang selamatkanlah diri tuanku terlebih dahulu. Jangan pulang ke istana" pinta pembunuh upahan itu.

"Baiklah kalau begitu" Snow White Tae mula mengatur langkah berlari jauh ke dalam hutan.

***

Snow White Tae berlari jauh ke dalam hutan sehingga dia tidak tahu dimana dia berada sekarang. Dia membuka iphonenya.

Oh tidak! Tiada isyarat talian!

Ni mesti berjangkit dengan rumah penulis cerita ni. Selalu je takde isyarat talian. Dia terjatuh di atas tanah dan mula menangis mengenangkan nasibnya yang serupa dengan tahi kucing itu.

Haiwan-haiwan yang mengikutinya tadi turut sama berkongsi kesedihan yang dialami oleh Snow White Tae.

Snow White Tae mengeluh lalu menguatkan dirinya dan memandang ke arah atas. Dia ternampak asap berkepul-kepul seperti ada rumah di tengah-tengah hutan tersebut.

Dia mula berdiri dan berjalan perlahan ke arah dari mana asap itu keluar.

Seekor rusa telah menunjukkan jalan kepada Snow White Tae itu. Dia menggunakan tanduknya untuk menyelak daun-daun yang seperti langsir itu.

Maka terpapar lah sebuah rumah yang tidak berapa besar saiznya. Cukup untuk 7-8 orang tinggal didalamnya. Snow White Tae tersenyum lalu segera ke arah rumah tersebut.

Dia mula menjerit memanggil tuan rumah itu.

"Hello? Ada sesiapa di dalam tidak?"

Dia mengetuk pintu rumah itu beberapa kali. Hampa tiada siapa yang keluar. Dia menolak pintu itu dan ianya tidak berkunci.

Perlahan-lahan Snow White Tae berjalan masuk ke dalam.

"Ahh!"

To Be Continue...

Sumpah rasa hambar je chapter ni HAHAHAHA acah jee kata nak update sabtu ahad tangan ni tak sabar nak publish sangat!😂

[C] Snow White Tae & 6 Idiot Dwarfs + BTSWhere stories live. Discover now