10

2.9K 430 133
                                    

Pied Piper River

Klup!

Bunyi batu dibaling ke dalam air kedengaran. Katak yang sedang berjemur di atas daun teratai itu terus terjun semula masuk ke dalam air kerana batu yang dibaling oleh Snow White Tae.

"Hmm Jin" Snow White Tae memanggil Jin.

"Wae?" Jin membalas tanpa memandang empunya suara yang memanggilnya. Matanya pula masih melekat pada buku.

"Nak tanya sesuatu boleh?" Snow White Tae merapatkan kedua-dua belah jari telunjuknya.

"Tanya apa ya?" Balas Jin lembut.

"Ceritalah macam mana korang boleh wujud dengan rupa yang macam erm macam sekarang ni la" Snow White Tae menunduk.

Risau yang kata-katanya akan membuatkan Jin terasa hati dengan ciri fizikalnya yang lebih rendah daripada Snow White Tae.

"Sebenarnya..."

"Sebenarnya?" Snow White Tae mula duduk disebelah Jin.

"Sebenarnya kami semua pun manusia macam awak juga tapi-" Jin terhenti berkata lalu menyedut hingusnya yang keluar.

Euw

"Kami disumpah oleh seorang ahli sihir ni. Mula-mula Jin yang kena sumpah dulu lepas tu dia sumpah yang lain pula. Kalau tak Jimin tu dah bertukar jadi ikan nasib baik disumpah jadi macam kami" Jin berkata dengan nada menahan air matanya.

***

Flashback

25 tahun lepas...

Negara Bangtanland diperintah dengan adil & saksama tidak menindas sesama mereka sama ada cacat dari segi fizikal atau taraf hidup, golongan kaya & miskin tidak pernah diasingkan. Tiada perang serta amatlah aman dan harmoni.

Satu hari, permaisuri negara Bangtanland mangkat dan akhirnya muncullah permaisuri baru iaitu Queen Hitam eh Queen Hitman Bang.

Maaf terspoil mood pulak😂

6 bulan kemudian, Raja negara Bangtanland pula mangkat dan dikatakan Permaisuri baru itu yang membunuh raja kerana mahukan takhta.

Menurut legenda negara Bangtanland, setiap 30 tahun akan munculnya seorang ahli sihir yang ingin membalas dendam ke atas keluarga diraja negara Bangtanland iaitu Keluarga Snow White Tae.

Tetapi semua itu dikatakan karut selepas sudah hampir 100 tahun ahli sihir itu tidak muncul.

Mungkin dia telah berubah menjadi manusia dan mengahwini Raja tanpa Raja perasan akan ke'fake'kannya?

Semuanya...

Hanya Author fanfic ni yang tau.

😌

***

"Dah tu? Apa kena mengena dengan korang pulak? Apsal tak ada sebut pasal korang je?" Snow White Tae perasan yang Jin tidak cerita bagaimana mereka boleh disumpah.

Tetiba otak dia boleh guna😒

"Sabar lah. Aku tolak kau dalam sungai tu kang eyy pompuan ni. Aku baru cerita pasal ahli sihir malaun tuh haihh" Jin meraup wajah kasar.

"Ok ok... sambung"

"Ketika itu, eh maksud aku 7 tahun yang lalu aku dah berkawan dengan Namjoon & Yoongi, belum lagi jumpa yang lagi 3 tu. Kitorang ni memang degil. Omma dah pesan jangan masuk hutan larangan tapi kitorang ni degil masuk jugak. Sebenarnya kitorang main 'true or dare' dan aku pilih lah 'dare'. Diorang berdua tu pun cabar lah aku masuk hutan larangan tu. Masa tu dah hampir senja. Sebab taknak kena panggil 'penakut' so aku pun masuklah dan aku ternampak satu figura ni tengah bunuh binatang-binatang dalam hutan tu dan paling mengerikan, dia makan bangkai binatang tu eeee" Jin membuat muka geli.

[C] Snow White Tae & 6 Idiot Dwarfs + BTSWhere stories live. Discover now