4

3.9K 574 612
                                    

"Ahh!!"

Snow White Tae terkejut apabila dia melihat rumah kecil tersebut sangat bersepah.

Nampaknya tiada sesiapa di dalam.

Dia mula meninjau sekeliling didalam rumah tersebut.

Mana tau ada raksaksa ke dinosaur ke tinggal dalam rumah tu, silap-silap multimonster pun ada mungkin?

"Ah nampaknya tiada sesiapa. Yahoooooooo!!"

Snow White Tae mula melompat keriangan. Dapatlah dia menyanyi macam orang gila sekejap lagi.

Ppak!

"Adoii!!"

Snow White Tae mengusap bahagian kepalanya yang terhantuk pada siling rumah itu. Saiz rumah itu jauh lebih kecil berbanding dengan saiz ketinggiannya.

Tu la lompat macam binatang ekor panjang lagi kan dah terhantuk

Padan muka.

***

"Wah 'bersih' sangat rumah ni. Nampaknya banyak lah kerja nak kena buat sebelum dapat rehat dalam rumah ini. Eeee kotor!! Not ma style lah!"

Eh Snow White Tae baik kau bersyukur ada jugak tempat kau nak berteduh kalau tak duduklah kau dalam gua, entah-entah dah kena makan dengan beruang agaknya.

"Hey nak tolong saya kemas rumah ni tak?"

Snow White Tae mengajak dua ekor Sugarglider yang berada di dalam rumah itu atau lebih dikenali sebagai

Eomuk & Odeng.

Belum sempat Snow White Tae mahu berkata lagi, Eomuk & Odeng mengeluarkan pisau dan hala pada Snow White Tae dengan muka yang ala-ala psycho.

"B-baiklah nampaknya kamu berdua tidak sudi"

Dia terus berlari ke dapur.

Takut dengan Eomuk & Odeng, satu-satunya penghuni yang ada di dalam rumah itu.

Dia menapak masuk ke dalam sebuah bilik yang agak besar dan terdapat 6 katil bersaiz sederhana di dalamnya.

Dia berjalan ke arah rak yang diletakkan bersebelahan dengan tingkap.

"Apa ni? Porn? Anak patung? Eh Ryan pun ada? Orang ni mesti otak kotor"

Snow White Tae membuat mimik muka

Geli.

Dapat teka tak barang itu siapa punya?

"Wah lepas dah kemas dapur dan ruang tamu boleh la tidur dalam bilik ni dulu hihihi"

Snow White Tae berlari terkedek-kedek ke dapur, ditambah pula dengan gediknya. Dia mencapai penyapu yang ada ditepi meja makan.

***

"BULTAOREUNE FIREEEEEEEEE!!!"

Snow White Tae mula menyanyi, penyapu yang digunakan itu digunakan sebagai mikrofon acah macam artis tengah nyanyi atas pentas.

Sampai tertonggeng-tonggeng sebab nak capai high note dalam lagu tu. Dia menari walaupun tariannya tidaklah sama sangat dengan tarian yang asal.

Erk saya syak Snow White Tae ni lari dari hospital gila.

"SSAK DA BULTAEWORA BOW WOW WOW!"

Dia mencampak penyapu tersebut.

"La aku ni nyanyi je kerja tak jalan"

[C] Snow White Tae & 6 Idiot Dwarfs + BTSWhere stories live. Discover now