Bab 5

571 26 4
                                    

Pintu bilik pejabat diketuk. Emir merengus perlahan. Sudah dapat mengagak siapa di luar. Badan disandarkan ke kerusi, mahu merelakskan diri. Fail yang ditelitinya awal tadi kini ditutup.

"Masuk!" Laungnya seidkit kuat.

Selang beberapa saat, pintu dibuka dari arah luar.

Datuk Ashman melangkah dengan penuh karisma ke arah anak lelakinya sebelum duduk di hadapan Emir. Dia melihat-lihat bilik pejabat Emir. Kedua-dua mereka masih senyap.

"Ada apa pa?" Tegur Emir terlebih dahulu. Mesti ada hal, kalau tak, mana mungkin papa boleh turun ke department dia.

"Along tidur mana semalam?" Soal Datuk Ashman langsung menghiraukan pertanyaan Emir.

"Rumah Aril." Jawab Emir pendek.

"Mama kat rumah risau.. So petang ni, balik rumah, papa nak bincang sikit. No excuses.." Beritahu Datuk Ashman sambil menggerakkan jari di dihadapan Emir.

"Tapi paa." Emir cuba mencelah namun Datuk Ashman terlebih dahulu menyambung kata-katanya.

"Be a man. Lari macam ni takkan selesaikan masalah pun. Dengar dulu apa yang papa dan mama nak cakap." Pesan Datuk Ashman tegas sekaligus mejadikan kata-katanya tidak ubah seperti arahan yang wajib dipatuhi Emir.

"Baik pa.." Jawab Emir sedikit lemah. Kena redha jelah nampaknya. 

Sebaik tamat waktu pejabat, Emir sengaja melambat-lambatkan diri untuk pulang ke rumah.

Bro, aku balik rumah aku. Big boss dah bagi arahan suruh balik.

Emir menghantar mesej kepada Aril. Sekadar memaklumkan.

Goodluck! Buat keputusan terbaik untuk kau dan masa depan kau. Apa pun keputusannya, aku tetap sokong kau.

Balas Aril beberapa minit kemudian dengan kata-kata semangat.

Tiba di rumah, Emir melangkah takut-takut untuk masuk ke dalam rumah. Tidak betah mahu berdepan dengan mama setelah menghilangkan diri hampir dua puluh empat jam.

"Bik, mama mana?" Emir menyoal Suri sebaik masuk ke dalam rumah.

Suri yang sedang mengemas meja kopi sedikit tersentak dengan soalan Emir itu.

"Dia pergi rumah Puan Ros. Tuan Emir nak minum petang? Makan ke? Tadi Datin ada buat puding."

Jawapan yang diberikan Suri melegakan hati Emir. Sekurang-kurangnya dia masih ada masa untuk menenangkan diri sebelum berhadapan dengan mama malam nanti.

"Thanks. Takpelah tak lapar lagi. Saya naik dulu". Balas Emir.

"Baik tuan."

Emir menyegarkan badan dan solat maghrib sebaik masuk ke dalam biliknya. Hati berdebar-debar menanti apa yang bakal berlaku seketika nanti.

Selesai makan malam, Emir mengikuti kedua ibu bapanya ke ruang tamu untuk membincangkan isu yang sebolehnya ingin dielak oleh Emir. Namun dia tahu dia tak akan dapat mengelak lagi malam ni.

"Duduklah." Arah Datuk Ashman kepada Emir yang kelihatan kekok. Dia awal-awal lagi sudah duduk bersebelahan dengan Datin Maria.

Tanpa berlengah lagi, Emir segera duduk di sofa berhadapan mama dan papanya. Mahu semua ini segera berakhir.

"Papa straight to the point terus." Datuk Ashman memulakan bicara sewaktu Emir belum sempat membetulkan duduk.

Emir telan liur.

"Kami nak along kahwin dengan Elina." Ujar Datuk Ashman jelas dan langsung tidak berkias.

Aku kena kahwin dengan Elina. Itu yang akal Emir faham berdasarkan kata-kata yang keluar dari mulut papanya.

Dejavu Semusim CintaWhere stories live. Discover now