BAB 23

4.3K 159 3
                                    

Daniel dari tadi mundar-mandir di depan bilik Nayla. Dia berhenti di depan bilik Nayla. Matanya dipejamkan lalu tangannya mula digenggam untuk mengetuk bilik Nayla.

"nak ketuk ke tak" gumamnya perlahan. Tangannya yang tadi ingin mengetuk bilik Nayla diturunkan. Badannya dipusingkan kebelakang lalu nafasnya dihela perlahan.

"nak ketuk tu ketuk jelah. Itu pun nak fikir lama ke?" Reza yang ada dibelakangnya membuat dia terkejut. Sejak bila pula Reza ada di sini. Tangan Reza disilangkan ke dada lalu kedua dua bela keningnya diangkat kearah Daniel.

"dari tadi ke kau ada dekat sini?" tanya Daniel. Mati lah dia kalau dari tadi Reza melihat perlakuannya. Malu dibuatnya weyh.

"yelahh ngok. Kau dari tadi pusing- pusing kat sini takkan tak perasan aku kot? "

Serius Daniel langsung tak perasan kehadiran abangnya itu. Lagi sekali, habislah dia akan menjadi bahan ejekan abangnya. Cukup-cukuplah haritu dia kantoi memikirkan Nayla depan Reza.

"sebok lah kau. Bla lahh" Daniel mendorong belakang Reza ke biliknya.

"HAHAHAHAHAHHA ehhh suka hatilahhh. Aku tak puas lagi ni tengok kau mundar mandir macam orang gila" katanya sambil ketawa. Makin malulah Daniel dibuatnya.

Setelah Reza masuk ke biliknya, Daniel sekali lagi bergerak menuju ke bilik Nayla. Nafasnya dihembuskan perlahan lalu tangannya mula digerakkan untuk mengetuk pintu kamar Nayla.

Belum sempat dia mengetuk pintu kamar Nayla, Nayla terlebih dahulu telah membuka pintu. Daniel kaku seketika di situ. Nayla hanya menjeling kearah Daniel tanpa mengucapkan sepatah perkataan kearah Daniel. Kakinya laju membuka langkah untuk menuruni anak tangga.

"Naylaaa" panggil Daniel.

Langkah Nayla terhenti. Dia memusingkan badannya memandang Daniel. Keningnya diangkat sebelah. Daniel laju menarik lengan Nayla masuk ke biliknya.

"apa dia awak ni!" marah Nayla. Pegangan Daniel sebentar tadi dilepasnya. Tangannya disilangkan ke dada.

Daniel mengunci pintu biliknya. Takut Reza yang kerek tu main serbu bilik dia. Reza tu bukan boleh percaya sangat. Ada satu haritu, sedang dia memakai baju, boleh pula Reza tu main masuk tanpa ketuk terlebih dahulu. Haih, geram betul!

Daniel memusingkan badan Nayla menghadap kearahnya. Tangannya masih kemas memegang kedua dua bahu Nayla. Sekali pandang dah macan isteri merajuk dengan suami pula. ngahngah-,-

Nayla memalingkan mukanya agar tidak memandang wajah Daniel. Tangannya masih kekal disilangkan ke dada.

"pandanglah aku." ujar Daniel lembut. Matanya merenung wajah Nayla yang masih masam mencuka.

"taknak!"

Daniel menghela nafas perlahan. Matanya dipejam cuba untuk mencari kekuatan memujuk Nayla.

"okay2, aku minta maaf sebab marah kau tadi. Dahlah, tak payahlah nak merajuk macam ni. Tak suka lah" kata Daniel. Tangannya yang tadi memegang bahu Nayla dilepaskan.

"tak suka sudah! werk!" Nayla menjelirkan lidah. Secara tidak sengaja, sebuah senyuman terukir di bibirnya. Dia segera berlari keluar dari kamar Daniel. Tak mahu Daniel perasan akan senyuman itu.

Daniel membiarkan Nayla pergi. Dia ketawa perlahan. Bukan dia tak perasan yang Nayla tersenyum tadi.

"tunggulah, asyik buat aku jeles je kan. Lepasni, biar aku pula yang buat kau jeles" gumamnya perlahan.

~~~~~~

Malam itu Daniel, Reza dan Nayla duduk di ruang tamu menonton televisyen. Keropok di tangan Reza disuapkan ke dalam mulut perlahan. Manakala Nayla pula fokus menonton rancangan yang disiarkan pada kaca televisyen.

Satu idea jahat mula terlintas di fikiran Daniel. Inilah masanya untuk dia membalas dendam kepada Nayla! jangan ingat pujukannya pada Nayla siang tadi free free je eh. Tangannya mencapai iphone miliknya.

Nombor Damia ditekannya. Nasib baiklah haritu dia ada swap  nombor dengan Damia masa dekat luar hospital.

" Damia sayangg" katanya dalam talian. Mata Reza dan Nayla mula beralih pada Daniel. Bagus!

"apehal kau ni? mabuk ke apa?" ujar Damia dalam talian. Yelah, tiba tiba panggil sayang.

"Aku rindu kau lah, esok jumpa nak tak? "

" besok aku busy sikit. Lusa lah" jawab Damia dalam talian.

Daniel memutarkan biji bola matanya keatas. Damia ni memang perosak rancangan betul lah.

"okaylah kalau macam tu sayang, nanti ada hari kita jumpa okay? byeee sweetie" suaranya sengaja dikuatkan agar didengari oleh Nayla.

"gila" itu ayat terakhir Damia sebelum telefonnya dimatikan.

Nayla dan Reza memandang Daniel lama. Selama ni ada awek, tak pernah pula dia cerita. Daniel memandang mereka berdua dengan senyuman.

"sape tu?" tanya Reza.

"adalah. rahsia! " Daniel memfokuskan semula pandangannya pada kaca tv. Nayla hanya mencebik. Melihat reaksi Nayla yang seperti tidak puas hati itu membuatkan hatinya gembira.

~~~~~~

"Kalau masih tiada penderma dalam masa dua minggu ni, memang saya tak boleh jamin keselamatan ayah cik" kata seorang doktor perempuan kepada Damia.

Bapa Damia menghidap penyakit buah pinggang yang kronik. Sudah hampir setahun hidup bapanya hanya bergantung kepada mesin hemodialisis.

Perasaan sedih dalam diri Damia semakin bertambah apabila dia sebagai seorang anak tidak mampu mendermakan satu ginjalnya kepada bapanya. Doktor kata, ginjalnya tak padan dengan ayahnya.

"Sudahlah Damia.. abah pun dah tua. Mungkin dah tiba masa untuk abah pergi.. " Raut wajah pucat ayahnya ditenung dalam. Air matanya mula tumpah.

"abah janganlah cakap macam tu.. abah suka ke tengok Damia hidup sebatang kara? "

Damia seorang gadis yang berumur 17 tahun. Ibunya telah lama meninggal sejak dia berumur 14 tahun. Dia juga sering tidak hadir ke sekolah kerana ingin menjaga ayahnya di hospital.

Kini, dia duduk bersama neneknya. Neneknya itu pun tidak lah sihat mana. Dengan penyakit kencing manisnya lagi. Bila-bila masa sahaja ajal neneknya boleh ditarik oleh tuhan.

Damia keluar dari wad ayahnya dengan perasaan hampa. Entahlah kenapa dugaan yang datang padanya begitu berat. Kalau ayahnya dan neneknya sudah tiada, dengan siapa lagi dia ingin bergantung harap?

From: Daniel
Time: 10:00.a.m.
esok kau dah janji kan nak jumpa? datanglah rumah aku. Ada reza sekali. Aku ada banyak benda nak cerita dengan kau.

To: Daniel
Time: 10:02 a.m.
haa yeee. nanti aku datang. yes! ada Reza!. Mesti sekarang dia bertambah gemuk ennn? Rindu nak picit lemak diaa.

From: Daniel
Time: 10:03 a.m.
lemak? haa kau jangan terkejut pulak kalau tengok Reza yang version dewasa ni.

Damia mengangkat keningnya sebelah. Tidak memahami akan ayat yang disampaikan Daniel. Dulu memang Reza sering diejek gemuk ketika kecil. Dengan tangannya yang berketak- ketak dengan lemak. Tapi, lemaknya serta merta hilang bagaikan debu apabila umurnya mencecah 18 tahun. Puberty mungkin-,-

_____________________________________

-vote & comment-

Isteriku Miss CinderellaWhere stories live. Discover now