BAB 43

4K 126 28
                                    

4 bulan telah berlalu dan kini, masa yang ditunggu- tunggu buat semua pelajar tingkatan 5 akhirnya tiba juga. Semua bekas pelajar tingkatan 5 mula berkumpul di dalam dewan sebelum para guru menyerahkan slip keputusan mereka. Beberapa taklimat ringkas turut diberikan.

"Daniel! Aiden!" tegur Maria dari belakang.

"Mariaa!" Aiden melambai-lambaikan tangannya kearah Maria. Daniel seperti biasa hanya memberikan senyuman ringkas.

" lama tak jumpa!"

"tulahh. By the way, you look more prettier than before. Like, totally different!" Seperti biasa, Aiden masih lagi tak putus-putus menaruh harapan pada Maria.

"amboi! Maknanya sebelum ni I tak lawa lah?" Maria ketawa kecil.

"bukan macam tu maksud I! sebelum ni you memang lawa. Tapi, sekarang ni macam bertambah lawa pulak! Kan Daniel?!" Aiden menyiku lengan Daniel.

Daniel memutarkan biji bola matanya keatas. Memang dia langsung tak berminat tentang perempuan. Apa lagi Maria.

"yeke Daniel?" tanya Maria menginginkan kepastian dari Daniel pula.

"haa? haarr. Makin lawa." Daniel memberikan senyuman palsu. Kalau bukan sebab Aiden, memang tak lah dia nak puji perempuan. Pujiannya mahal tau! Bukan calang-calang orang boleh dapat.

"haish you both ni buat I kembang tau dak!" Maria tersenyum sipu.

"kitorang bagitahu benda yang betul je!" jawab Aiden meyakinkan dirinya.

"By the way guys, I'm super nervous!"ujar Maria.

"Ala, you boleh punya! yakin dengan diri okay? Everything gonna be alright! just be confident with yourself!" kata Aiden cuba menghilangkan kerisauan Maria.

Sekali lagi Daniel memutarkan bebola matanya keatas. Nak termuntah dengar ayat Aiden tu! Bukan main lagi 'be confident with yourself' konon! Diri sendiri pun takut setengah mampus sampai tak nak masuk sekolah! Ada hati nak yakinkan orang-,-

(IMBAS KEMBALI)

Daniel yang baru keluar dari kereta mula terlihat Aiden sedang duduk mencangkung di luar pagar sekolah

"woi, kau buat apa kat sini" sergah Daniel dari belakang.

"Daniel!!!!" Aiden memeluk Daniel.

"orang pandang lah gila!" Mata Daniel memandang sekeliling. Beberapa pasang mata mula memerhati mereka.

"Daniel! aku taknak ambik result! Daniel, macam mana kalau aku tak dapat keputusan bagus? macam mana kalau mak aku marah aku? macam mana kalau takde universiti nak terima aku? macam mana??!! Aku taknak ambik keputusan SPM. Aku nak balik!" bebel Aiden. Mukanya kelihatan pucat. Mungkin disebabkan ketakutan yang melanda dirinya saat itu.

"jangan buat hal lah! jom masuk" Daniel menarik lengan Aiden memaksanya agar masuk.

"taknak! taknak!" bantah Aiden. Sekali pandang, dah macam budak tadika tak nak ke sekolah! budak tadika pun tak macam tu!

"jomlah!!" Daniel menarik lengan Aiden dengan lebih kuat. Akhirnya,dia mula masuk ke dalam sekolah setelah dipaksa berkali-kali oleh Daniel.

~~~~~~

"kepada para pelajar SPM yang masih berada di luar, sila masuk ke dalam dewan sekarang. Taklimat akan berlangsung tak lama lagi" ujar seorang guru di sekolah itu menggunakan mikrofon.

"eh, cikgu dah panggil tu. jomlah masuk" ajak Aiden. Mereka berdua hanya akur. Maria mula melangkahkan kaki masuk ke dalam dewan.

"dah hilang ke rasa gugup tu lepas tengok Maria?" perli Daniel.

"hilang! aku rasa lebih bersemangat"  Aiden menggenggam tangannya tanda bersemangat.

"geli aku dengar" Daniel membuat gaya nak  termuntah. Aiden hanya ketawa melihat reaksi Daniel.

~~~~~~

Nayla dari tadi tidak senang duduk. Kerja gubahan bunga juga tidak secantik seperti biasa. Semua barang yang diambilnya seperti gunting, riben dan bakul juga turut jatuh.

"apesal kau ni Nayla" tanya Aliza hairan. Rimas pula tengok reaksi Nayla dari tadi yang seperti kera kena belacan.

"Daniel dengan Aqil hari ni ambil keputusan SPM. Tulah, saya rasa takut semacam" ujar Nayla. Dia menghela nafas perlahan.

Sejujurnya, dia paling risaukan Daniel. Entahlah kenapa, di mindanga sekarang hanya Daniel, Daniel dan Daniel.

"Ala, tak payah risau sangatlah. Diorang yang ambil keputusan, kau pula yang takug semacam." kata Aliza cuba menenangkan Nayla.

"haihh.. harap-harap semuanya okaylah" gumamnya perlahan.

~~~~~

Daniel segera melihat slip keputusan yang berada di tangannya. Bibirnya mula melakar senyuman. Matanya kini beralih kepada Aiden yang sedang beratur mengambil keputusan.

"kau berapaaa?!" tanya Daniel kepada Aiden.

"tak tengok lagi. Takutlah" jawab Aiden. Slip keputusan di tangannya dipegang namun tidak dilihat langsung.

"nak takut apa. Tengok lah!" arah Daniel. Matanya memandang Aiden tajam. Semua benda nak takut!

Aiden mula mengangkat keputusan di tangannya agar selari dengan wajahnya. Matanya dibuka perlahan-lahan melihat markah pada slipnya. Dengan serta merta, matanya terbuntang luas.

"berapa berapaa??" tanya Daniel semangat.

"kau dulu" arah Aiden.

"kau lah duluu" jawab Daniel.

"takde, kau dulu!"

"apa pulak! aku yang tanya kau dulu, maknanya kau dulu lah!"

Aiden mengecilkan matanya memandang Daniel. Daniel juga turut mengecilkan matanya memandang Aiden. Eh, ingat ni pertandingan jangan kelip mata ke haa!

"okay, kalau macam tu kita tukar slip serentak!" Daniel mula memberi kata putus.

"okay!" Aiden mengangguk tanda bersetuju.

1...2....3....!!!!!

______________________________________

author minta maaf sebab dah 3 hari x update. Tahun 2018 ni rasanya macam akan jadi tahun yang paling busy gila nak mati sebab this year author akan ambik SPMT_T. Baru awal tahun dah ada homeworkT_T. Lepastu ada kelas tambahan, tuition lagi. Haduhaii. THE STRUGGLE IS REAL!



Isteriku Miss CinderellaWhere stories live. Discover now